Kem Inspirasi New Media 『12, 13 & 14 September 2014』

23:22:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera korang! Sekali lagi kelewatan update blog. Maafkan saya. haha Okeylah entri kali ni nak story sikit pasal Kursus yang saya hadiri. Kalau bekerja ni konfem kene pergi kursus. Saya menghadiri kursus yang dipanggil "Kem Inspirasi New Media" pada 12, 13 & 14 September 2014 yang bertempat di Hotel Impian, Morib. Kem ni anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan dikendalikan oleh Sifoo.com dengan kerjasama: Vision Karisma, MIMOS Berhad, USM, Info-Trek & Rithauddin Photography . Jom baca kisah selanjutnya.
Jumaat, 12 November 2014


Macam hari-hari biasa, kene kerja jugak pagi tu sebab dalam surat tu tertulis pukul 3.00 Petang bertolak. Tapi susah sikit sebab kene bawak beg pagi-pagi lagi, well nak naik bas, susah sikit bawak beg dengan orang ramai lagi. Lepas sembahyang Jumaat dah tak buat kerja dah, terus siap-siap nak pergi , naik la bas yang disediakan. Pukul 3.30 petang jugak la gerak ke sana.


Kira-kira pukul 5.00 petang baru sampai dekat Hotel. Ramai yang ingatkan dekat, rupanya jauh jugak. Tanpa membuang masa terus check-in, nak masuk bilik cecepat (tak sabo nak nengok rupe bilik nye~ hehe). Saya sebilik dengan Nabil. Bilik kitorang bernombor 216. Masuk bilik terus terjun katil! hahaha Lepas tu bukak tingkap dok hai hai orang sebelah, macam tak pernah jumpa kononnya. En Zul suruh turun tepat 5.30 petang sebab ada minum petang dan terus akan ada aktiviti.


Masa mula-mula aktiviti tu, kitorang kenal dengan Pak Tam. hee Pak Tam seorang yang kelakar, lawak, funny dan lucu (haha sama je). Kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan; Pantai Berduri, Getaran Jiwa, Jalak Lenteng dan Pisang. Semua nama tersebut diberi oleh Pak Tam! hahaha Saya dapat team "Pantai Berduri" Aktiviti bersama Pak Tam banyak berunsurkan silaturrahim dan semangat pasukan. Lepas aktiviti rehat dan makan, lepas tu jam 9.00 malam sambung balik aktiviti bersama Pak Tam. Aktiviti malam tu memang menguji saya. Game dia ala-ala game "Minesweeper Game" , salah pijak kene ganti orang lain plak. Sangat stress! hahaa Aktiviti ni habis jam 10.30 malam. So balik bilik dan tido! haha


Sabtu, 13 November 2014


Hari ke-2 bermula. Pukul 8.00 pagi baru keluar pergi sarapan, padahal kelasnya start pukul 8.30 pagi. Makanlah dengan pantasnya. Pagi sampai petang akan ada ceramah selama 2 jam (8.30 pagi-10.30 pagi, 11.00 pagi-1.00 Petang, 2.30 petang-4.30 petang). Mostly ceramah new media, so dengar je la dapat jugak beberapa info berguna untuk masa depan. Habis je ceramah semua, ada aktiviti sikit petang tu, semua peserta dengan pakaian sukan sebab ada Mini Explorace (memang ditunggu-tunggu! XD) . Ada 3 task, 4 checkpoint. Ala main kat area Hotel Impian je. Paling bestnya team kami dapat tempat terakhir! haha


Malamnya pulak ada aktiviti yang lebih-lebih membuatkan saya stress dan emosional. haha Game dia ada dua barisan kerusi, lelaki dan perempuan, so tugasnya macam mana nak tukarkan lelaki duduk baris perempuan dan perempuan duduk dekat barisan lelaki tu. (Kalau tak faham, tengok gambar kat atas tu. haha) Mase ni kerjasama semua orang amat diperlukan. Ada 3 Fasa; Fasa Pertama: Seorang beri arahan dan yang lain semua ikut ( yela kalau 842376427834678234 orang bagi arahan susah jugak kan?) [yang ni buat 11 kali] , Fasa Ke-2: Seorang beri arahan tanpa bunyi, hanya gunakan mata dan jari sahaja. Takde boleh ada bunyi bunyian [yang ni buat 5 kali]. haha dan Fasa Ke-3: Korang kene ikut gerak hati sendiri, takde sape boleh bagi arahan. Okey fasa ke-3 tu yang paling saya stress. hahaha [yang ni hebat, 3 kali je.. haha].  Aktiviti tamat hampir jam 11.00 malam. Lepas tu masuk tido ler. ahaha


Ahad, 14 November 2014


Hari terakhir, I call it 'Hari Air Mata' untuk saya la. Dah lama rasanya tak menangis depan orang. haha Aktiviti terakhir bersama Pak Tam dan teamnya. Aktiviti terakhir ni bagi saya paling best la yang pernah yang join. Pergi dekat orang yang berada didepan, dan cakap la 3 benda yang positif yang ada pada orang itu. Masa bercakap dekat orang okey lagi, saya turn sendiri kene dengar apa benda yang baik orang cakap pasal kite, itu sangat sangat membuat saya terharu. haha Menangis tak hengat punya! haha


Lepas aktiviti tu, masa untuk penutup pulak. Majlis penutup Kem ni dihadiri oleh Dr. Haji Ahmad Jailani Muhamed Yunus (Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik)) dan En. Manap Hamid (Bos RTM Online, boss saya! hehe). Majlis penutup ni ada ucapan sedikit dari Dr. Jailani dan penyampaian sijil kepada peserta kursus. Sampai turn saya ambik sijil, kemain semua dok bersorak! hahaha Akhirnya tamat sudah kursus "Kem Inspirasi New Media" , semua orang kekemas dan check-out. Sebelum balik sempat makan tengah hari kat hotel tu. hehe Jom tengok beberapa kenangan kami semasa kursus :

























Sumber Gambar : Facebook "Sifoo.com" & Khairil Adzlan (Lan)
Edit /re;edit : Rafzan Tomomi

Tamat sudah cerita kursus dekat Hotel Impian, Morib. Panjang pulak ceritanya kan? Harap korang seronok membaca pengalaman saya hadiri kursus ni. Harap dapat la join lagi kursus-kursus sebegini. hehe InsyaAllah. Terima kasih kepada mereka yang terlibat. Saya suka saya suka. Okeylah sampai disini dulu entri kali ni, Jumpa lagi dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^___^

2 comments:

  1. nampak bersemangat semua yer...tapi tang gambar kat bilik tu tak boleh blah,....haha

    ReplyDelete
  2. Jaymiee : hahaha itu memang gaya saya hahahhaa :P

    ReplyDelete