RANDOM RAYA 2014

09:59:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang semuaa! Masih lagi dalam bulan Syawal, so saya nak update pasal Raya! Raya! Raya! hee Lagi beberapa hari je, Syawal akan meninggalkan kita kan? Masih ada banyak lagi open house sana sini, seronok betul hee. Saya nak share sikit moments-moments raya 2014 ni! :) 



Syawal ke-7 : Beraya kampung belah Emak dekat Beranang, Selangor. Kami sekeluarga bersama keluarga Mak Teh serta Pak Canon & Pak Jay Jay. Raya 2 buah rumah je , first rumah Along Ida (Mak selalu panggil dia Along Ida, kitorang ikut jugak panggil. haha) pastu rumah Nek Wit dekat Nilai. 


Syawal ke-13 : Rumah terbuka keluarga saya! Yeayy Macam-macam menu ada okey; Nasi Ayam, Laksa Johor, Soto, Nuggets dan Kek Batik Cheese Melted Nadia! hehe Terima kasih kepada kaum keluarga, sedara mara dan kawan-kawan yang datang memeriahkan majlis. Memang tak menang tangan, ramai orang datang. hee 


Syawal ke-18 : Depan office saya tu ada buat open house, sememangnya faveret! Terima kasih kepada unit yang buat open house, memang kenyang habis! Makan Lontong, Laksa, Kek, Bubur dan macam-macam lagi. Mase ni dah rasa badan mula naik! hahahaa


Syawal ke-25 : Open House RTM pulakkk! Unit kitorang kene buat Dessert, tapi maafkan saya, saya hanya bantu tengok je. hehe Sebab yang buat kerja tu dah ramai. Datang makan je la. Macam-macam jugak makan yang ada; Sate, Kambing golek, Buah-buahan tempatan, air-air, Laksa, Laksa Johor, Kuih-muih dan beberapa lagi yang tak sempat diterokai haha. Memang kenyang! Lepas makan tu, dok cari orang untuk selfie bersama, 'acah-acah' meriah gitu. hee


























Haha, raya ni kurang sangat berjalan sana-sini, sebab terlalu busy. hehe Okeylah sampai disini dulu entri kali ni. Jumpa dientri seterusnya. Selamat Hari Raya! hehe Assalamualaikum & Bye Bye ^_^ 

0 comments: