Movie Review - Step Up : All In



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri kali ini nak review sikit pasal filem omputeh "Step Up : All In" atau lebih dikenali "Step Up 5". Filem ni ditayangkan dekat Malaysia mulai 31 Julai 2014 (Khamis). Jom baca review selanjutnya. :)



Tempat : GSC Mid Valley Megamall
Hall : 9
Tarikh : 31 Julai 2014
Masa : 6.00 Petang

Filem ini diarahkan oleh Trish Sie dan direleasekan mulai 31 Julai 2014 (Beberapa Negara) dan 8 Ogos 2014 (US). Mengikut wikipedia, kutipan terkini selepas ditayangkan sebanyak $26,200,000 (27 Juta). Durasi filem ni ialah 112 minit (1 Jam 52 Minit). Filem ini menampilkan pelakon seperti Ryan Guzman sebagai Sean Asa, Briana Evigan sebagai Andie West, Misha Gabriel sebagai Eddie, Adam Sevani sebagai Robert "Moose" Alexander III, Alyson Stoner sebagai Camille Gage, Izabella Miko sebagai Alexxa Brava dan ramai lagi.


Siapa pernah tengok Step Up Revolution (2012), semestinya korang kene tengok Step Up All In ni. Jalan cerita dia yang menarik dan banyak scene-scene kelakar. Semestinya filem ni banyak menari nari , memang layan habis! Kebetulan duduk dekat seat paling belakang, memang menari sorang-sorang la cite dia hahaha Tapi pada pendapat saya, yang Step Up Revolution lebih boom dari ni, tapi saya suka je dua-dua. Kalau nak rasa keseronokkannya, sila tengok di panggung wayang berhampiran!

Rating : 4.3/5 !

Post a Comment

2 Comments

Khairul Zamri said…
Macam best cerita ni tapi tak tengok lagi
Scha Nazri said…
Bagi Scha, scha paling suka step up 3. Tak tahu nape. Lagu dia pun best2. hehe.