Review Album Dato' Siti Nurhaliza 『FRAGMEN』

00:00:00 Rafzan Tomomi 7 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Selamat berpuasa guys! hee Entri kali ni istimewa sikit sebab entri ini adalah entri pertama nak review album! yeay haha *neves neves* Entri kali ini nak review pasal album terbaru dari Dato' Siti Nurhaliza, "FRAGMEN" yang baru je direleasekan puasa ke-2 hari tu, 30 Jun 2014 (Isnin). Jom baca review selanjutnya. :)


Bila orang sebut "Siti Nurhaliza" siapa je tak kenalkan? Sememangnya dari kecik sampai la sekarang, saya minat dengan Dato' Siti Nurhaliza. Bukan kerana rupa yang cantik je, tapi kerana hasil muzik dia yang sememangnya best dan awesome dari mula sampai ke hari ini. Isnin lepas releasenya album studio ke-15 (keseluruhan 16, jika dikira Album Inggeris "All Your Love") beliau yang berjudul "FRAGMEN" ni dengar nama pon macam fresh gitu. Dengar cerita ada beberapa tempat album ni sold out. Wow! memang boom. Tengok je kat instagram hash tag #FRAGMEN, ramai yang beli okey. hehe  Saya bukanlah pakar dalam bidang muzik ni, tapi saya komen mengikut apa yang saya dengar je. haha Jom baca review setiap lagu :

01 Aku
Lagu : Faizal Tahir & Mike Chan
Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan

"AKU" lagu pertama yang 'catchy' dan bersemangat! Bila dengar sekali macam lagu Faizal Tahir, sekali tengok komposer dia, okey. Memang Faizal Tahir! haha Kali pertama dengar lagu ni boleh tangkap beberapa lirik lagu dan melodi  dia. Lagu ni macam lagu semangat menjadi seorang Wanita. Saya beri 4.5/5 Bintang!

02 Jaga Dia Untukku
Lagu : Aubrey Suwito
Lirik : Rozisangdewi

Semestinya lagu "JAGA DIA UNTUKKU" antara lagu feveret dalam album ini. Tempo dia tak perlahan sangat dan sedap didengar. Bila ada hasil Aubrey Suwito mesti awesome! hehe Tunggu jugak muzik video lagu ni, bile la nak keluar kan? hee Saya beri 4.9/5 Bintang!

03 Mula & Akhir
Lagu : Awi Rafael
Lirik : Tinta

Lagu "MULA DAN AKHIR" ni liriknya memang best dan ada unsur ketuhanan. Cuma muzik dia macam mendatar, tapi bagi saya muziknya sesuai untuk lagu lagu macamni. Hari tu ada cerita kat TV pakai lagu ni. Best ! :D Saya beri 4.5/5 Bintang

04 Kau Sangat Bererti
Lagu : Hamid Mufari
Lirik : Hamid Mufari

"KAU SANGAT BERERTI" amat sesuai untuk mereka yang sedang dilamun cinta. Bila dengar macam fefeeling atas katil, guling-guling. hahaa (saya tak eh! haha) Suka lirik ni "Kau curi hatiku... Rasa cemas tak menentu..."  dan suka part yang "aaaaaa~" atau "Haaaaa~" (bukan jerit eh). Saya beri 4.7/5 Bintang!

05 Sanubari
Lagu : Adi Priyo
Lirik : Ce'Kem

Lagu "SANUBARI" ni antara lagu feveret dalam album ni. Lagu ni pon macam sweet jugak walaupun awal dia macam lagu sedih yang teramat, sampai korus dia jadi BOOM! saya paling suka korus dia. "Ooooooo…Engkau Sanubariku.. Melengkapi Hidupku...Bagaikan Syurga Bertamu..." Saya beri 4.7/5 Bintang!

06 Terbaik Bagimu
Lagu : Ade Govinda
Lirik : Ade & Jeje Govinda

Lagu "TERBAIK BAGIMU" mencerita pasal 'dirinya tak yakin sudah bagi yang terbaik untuk pasangannya' (Macamtu la~) Pertama kali dengar lagu ni layan jugak dan senang nak tangkap melodi dan liriknya. Saya beri 4.5/5 Bintang!

07 Warna Dunia
Lagu : Lin Li Zhen
Lirik : Rozisangdewi

It's cheer song! haha "WARNA DUNIA" merupakan lagu ke-2 rancak selepas lagu "AKU" dalam album ini. Lirik dia best dan banyak beri semangat untuk tabah mengharungi kehidupan ini. haha (wah ~ wah~ ayat). Kalau Dato' Siti Nurhaliza perform ni mesti best! btw, lagu ni jadi lagu tema untuk iklan Cadbury. :D Saya beri 4.7/5 Bintang!

08 Membunuh Benci
Lagu : Acap
Lirik : Hairul Anuar Harun

Lagu "MEMBUNUH BENCI" paling nak didengar sangat, sebab ramai yang suka dengan lagu ni. Dan lagu ni sememangnya best! dan salah satu lagu Feveret saya dalam album ni. Suka lirik ni "Ada Rindu Yang Tertangguh... Tika Hati Luka Luluh... Tersembunyi Nazakmu... Dalam Khilafku...". Saya beri 4.8/5 Bintang!

09 Lebih Indah
Lagu : Aubrey Suwito
Lirik : Ad Samad

Lagu terakhir dalam album ini, "LEBIH INDAH". Lagu ni semestinya terkenal dengan perkataan "Dinding Dinding" haha. Pernah dipersembahkan semasa AIM 20 (Anugerah Industri Muzik 20). Sebuah lagu yang santai dan sedap je didengar. Memang sesuai jadi single untuk album ini. hee Lirik yang saya suka; "Tiada Yang Mustahil Di Dunia... Segalanya Mampu Ditawan... Sejauh Manakah Kemahuan... Demi Ke Sana..." Saya beri 4.9/5 Bintang!

(bukti pembelian. haha)

Overall, saya rasa puas dengan 9 buah lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ni. Keseluruhannya saya bagi 4.8/5 Bintang! hee Ia berbaloi kepada peminat Dato' Siti Nurhaliza yang menunggu hampir 3 tahun untuk album "FRAGMEN" ni. Jangan lupa support dengan membeli CD "FRAGMEN" di kedai-kedai CD berdekatan. Dah lama tak beli CD album artis melayu ni, last beli yang Akademi Fantasia 3 punya album, EVO 05 01. haha Sampai disini dulu entri kali ini. Segala komen dari saya adalah jujur dari hati (wah wah~) dan jika tak berapa senang dengan komen saya, maafkan saya. Biasalah pendapat orang, lain lain kan. hee okeylah, Jumpa dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^___^


**p/s : suka cover album dia, nampak class. Tahniah Dato' Siti Nurhaliza. ;D

7 comments:

  1. Dah dengar kesemua lgu Siti. Memang awesome dan terbaik. Macam sikit sangat track.hahah rasa mcam tak puas dengan 9 track je. haha. worth to buy.

    ReplyDelete
  2. Bahrain : setuju. sangat berbaloi hehe :)

    ReplyDelete
  3. serius ! berbaloi

    makin syg tok iti

    ReplyDelete
  4. Dah beli smlm... dah masok 10 kli putar... Warna Dunia kompom hitz pas ni.. sayang DCT

    ReplyDelete
  5. Sedikit kecewa, lagu, instrumen, dan vokal siti monoton, beda dengan album2 sebelumnya...lagu didominasi piano, suara vokal siti makin banyak fibrasi dan seriosa... Tapi tetap cinta siti forever from jakarta...(paling suka album Hadiah daripada hati, Safa, Pancawarna dan Sahmura)..

    ReplyDelete
  6. album ini sgt berbaloi dimiliki. aset muzik yg bermutu. vokal yg berbeza n bagus. peningkatan dr transkripsi. tp track mcm tak cukup je 9. hehe

    ReplyDelete
  7. The worst album dari Siti Nurhaliza. Start album omputih sampai yg ni, lagu-lagu beliau makin teruk.

    ReplyDelete