RANDOM AWESOME #28 : Still "FROZEN"

21:45:00 Rafzan Tomomi 0 Comments



Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Korang ada dengar lagi pasal filem animasi, "FROZEN". Mesti ada punya. Jangan terkejut kalau saya bagitahu yang filem ni masih lagi ditayangkan di beberapa negara sehingga sekarang. hee terkejut tak? hahaha Semestinya filem ni mempunyai peminat yang ramai, jangan kat budak budak kecik, yang pak cik mak cik pon suka okey (termasuk saya!). hahaha No wonderlah kutipan terkini filem tu dah cecah bebillion! ($1,169,285,486) FROZEN adalah filem animasi No. 1 di dunia dengan kutipan yang tertinggi seleps mengalahkan "The Lion King" & "Toy Story 3".

Poster

Dua kali jugak tengok filem ni dan paksa Abadik beli dekat Astro First sebab nak tengok dalam bahasa melayu. hehe Tak cukup dengan tu, download pulak versi HD dan dapat DVD (sebab beli kat Astro First mase tu). Untuk pengetahuan korang, hari pertama DVD FROZEN di releasekan dah terjual sebanyak 3.2 Juta.  Some people kata filem ni biasa je tapi bagi saya best sangat! Sebab ada nyanyi-nyanyi. Lepas tengok filem tu pertama kali, terus carik download OST (Original Sound Track) dia, dan dapat yang duluxe edition punya. 


Bercakap pasal OST, OST dia dah terjual lebih 2 juta. Fuhh~~ Setakat ini, OST FROZEN telah berada No. 1 dalam carta Billboard U.S selama 13 minggu. Lagu paling feveret semestinya lagu "Let It Go". Lagu tu memang berhantu sebab hari hari dengar. haha Umairah & Qaisarah pon minat sangat dengan lagu tu. Bukan sahaja versi asal tapi versi 25 bahasa pon hafal jugak. hahahaa Lagu-lagu dalam bahasa melayu pon saya hampir hafal. Hari hari dok dengar kat YouTube je lagu-lagu seperti "Bebaskan" (asal : Let It Go)"Nak Tak Bina Orang Salji" (asal : Do you want to build a snowman), "Untuk Pertama Kalinya" (asal : For The First Time In Forever), "Cintamu Yang Indah" (asal : Love is an open Door) dan beberapa lagi. 

video
Bebaskan versi bahasa melayu.

Tarikan lain dalam filem ni semestinya watak orang salji, Olaf. Olaf dia sangat kelakar, innocent dan sangat comel. hahaha Jalan cerita dia pon menarik so memang menarik orang untuk tengok lagi. Siapa tak tengok tu, takpe nanti keluar TV jugak. hahhahaa Okeylah sampai disini dulu entri kali ni. Jumpa lagi di entri seterusnya. Kat bawah ni ade tinggalkan korang video-video dari FROZEN. Selamat menonton. hehe Assalamualaikum & Bye Bye ^___^ v

LET IT GO : 



Let It Go (Sing-a-long)


Let It Go (25 Bahasa) (Siapa yang menyanyi sebenarnya?)

SEDUTAN DARI FILEM : 














0 comments: