RANDOM AWESOME #24 : Pesta Buku


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Khamis lepas, saya, Abadik dan Amy pergi lah jenjalan sambil membeli buku kat Pesta Buku Antarabangsa, dekat PWTC, Kuala Lumpur. Memandangkan mase tu hari cuti, cite dia memang ramai manusia yang ada dekat sana. haha


Kitorang pergi dalam pukul 11.30 pagi , dekat STAR LRT pon dah ramai orang. Bila sampai je sana, masuk dalam tu diaaaaa..... penuh manusia. haha Macam-macam booth ada. Masuk je dalam tu mesti nak cari Komik-M dulu, Abadik nak sangat komik "ADIWIRA" yang dilukis oleh Ash-Kun. Lepas tu cari beberapa lagi komik yang diorang nak carik. Seronok tengok ramai orang cari buku tu. hehe


Selepas bayar, kitorang gerak pergi booth Gempak pulak. Sini memang gilers, sebab ramai sangatttt orang! Berebut-rebut orang nak beli komik dan novel grafik. Kitorang pon beli jugak, dalam 13 buah buku dekat sini. haahha Dapat 2 fail, dengan 3 beg. Memang superb! hehe Setelah selesai membeli apa yang perlu, kitorang pon balik. Tapi sebenarnya kitorang melencong ke tempat lain. haha Siapa yang nak pergi, esok masih ada lagi, Last day okey!!! hehe Okeylah sampai disini dulu entri kali ni. Jumpa dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^___^ v

Post a Comment

1 Comments

Najiha Sabri said…
bestnye bole pegi. Nak pegi tapi jauh sgt . sobsob