PHOTOBOOTH


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Hari ini Jumaat, 11 April 2014. Semalam tak sempat nak update blog sebab semalam keluar berjalan dengan Nadia & Fuzz. Dah lama tak jumpa okey! Semalam jumpa sempat bergambar dekat photobooth yang comel-comel tu. hee So entri  ini nak cerita pasal photobooth tu. hehe Maaf jika foto kurang menyenangkan pandangan mata anda. hahaa

hahaha.. why??

Mesti ada diantara korang pernah pergi kat mesin ni. Dia selalu ada dekat kedai games kanak-kanak (kalau nak main game mesin tu, kene pakai token). Setakat ni pergi dekat Mid Valley, Seremban 2 Aeon dengan D Mall Seri Iskandar, harga dia tetap sama RM13.00. Kebanyakkan mesin dia berbeza, ikut tempat la kot. Setiap kali keluar mesti cari benda alah ni la untuk kenangan. hehe Kepada lelaki yang nak bergambar ni jangan terkejut kalau muka comel dan bermake up, Dia memang auto edit okey hahahaa


Cara nak mengedik dengan photobooth ni :
  1. Mula-mula korang beli la token dulu kat kaunter. 
  2. Pergi dekat mesin tu ada bahagian tangkap gambar, memang cahaya terang benderang. hee 
  3. Pastu masukkan 13 coin token tu.
  4. Lepas settle masukkan coin, kat screen tu ada keluar suruh touch.
  5. Lepas tu ikut la korang nak style edit macam mana, frame yang macam mana.
  6. Haa apa lagi posing laaa... hahaha Dia akan tangkap gambar dalam 3 atau 4 kali. (Depend pada mesin tu la).
  7. Selepas selesai bergambar, pergi bahagian sebelah dia untuk edit pulak. Masa ni korang boleh pilih nak tambah love ke, bintang ke ada macam-macam pilihan (corak depand pada mesin tu).
  8. Dia bagi masa dalam 100 saat je rasenya. So kene pantas okey. 
  9. Selesai tambah gambar tu pergi satu bahagian lagi, untuk tunggu gambar siap. tadaaa! hehe
Bersama Abadik dan Amy. Modern Girl pon boleh eh? hhahahaa

Ada beberapa Tips masuk situ, jom baca :
  • Disyorkan tak perlu pakai make up cantik-cantik sangat sebab dia akan edit cantik nanti. haha
  • Jangan risau sebab tempat dia tertutup sikit so korang boleh posing la macam mana korang nak.
  • Korang kene bersedia cepat-cepat depan kamera tu sebab dia bagi masa 3 atau 4 saat je.
  • Pastikan maximum 3 orang je, kalau lebih tak muat kot haha. Lagi satu maybe gambar yang akan keluar 2 keping gambar yang sama, 3 atau 4 keping.
  • Sebelum masuk coin, boleh la selfie-selfie dulu sebab pengcahayaan dia memang cantik. Tapi kalau ramai orang , jangan la lama sangat pulak eh. haha

Bersama Ara Kimora.

Haa korang kalau saje-saje nak bergambar buat kenangan dengan kawan-kawan atau pasangan, apa salahnya cuba benda ni. hehe Nak bagitahu esok nak balik kampung Pontian, hee tak sabarnyaaa.. Doakan selamat sampai dan pulang ye. ;) Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Harap korang enjoy baca entri ini. hehe Jumpa dientri seterusnya okey. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^

MORNING MUSUME. '14 - Password is 0

Post a Comment

2 Comments

Boleh try ni. Tq sudi kongsi yerr

- www.aimanaziz.com -
Rafzan Tomomi said…
yuppp. mesti cuba haha