RANDOM AWESOME #16 : 'Weekend' Itu

21:00:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Soalan yang sama setiap entri, apa khabar? Harap semuanya sihat selalu. Kalau tak sihat, jangan lupa makan ubat ye. Haa nak tanya selalu kalau hujung minggu korang ke mana je? Kalau saya selalunya mesti ada je aktiviti keluar jalan-jalan bersama keluarga, kadang-kadang dengan kawan-kawan. Ni la nak cerita pasal hujung minggu lepas; 5 April & 6 April.

selfie

Sabtu (5 April) pergi ke Seri Iskandar nak amek barang si Amy yang dah habis semester 1 dia kat UiTM sana. Kalau pergi sana mestilah kene jalan-jalan dulu kan kat sana. hee Sampai sana simpan semua barang dia dalam kereta, pastu rehat solat jap. Lepas tu memasing dah lapa jadi kitorang carilah kedai makan sekitar Seri Iskandar. Amy kata banyak sangat kedai makan , susah nak cari  makan kat mana. haha Kitorang pon pilih kedai Nasi Ayam. Makan memang kenyang! Puass! hehe 



Lepas makan tu ingat nak pergilah jualan gudang sekali hujan pulak. Jadi kitorang menyinggah tempat tumpuan ramai student sana, D-mall atau lebih dikenali dengan 'Billion'. Amy kata situ baru bukak panggung wayang, wah seronok la korang nengok wayang ye. hehe Memang lama gak lepak sana, main game mesin tu dan macam biasa cari photobooth. hahaha Menghabiskan duit je kat sana, nasib 1 token 50 sen je. haha Dalam pukul 6 tu, kitorang pon naik balik tapi Amy stay sana lagi ada event ape tah. Jadi bye bye Amy haha


Ahad (6 April) pulak, pergi Wedding Sis Aida dan Abang Zack. Wee Selamat Pengantin baru kepada mereka. Majlis yang sangat kelasss.. Paling comel masa makan beradab tu pengantin berdua je so sweet hee Nora bagi empat bintang ye. hee Sempat gak bergambar bersama pengantin. Cantik okey Sis Aida kiter. hehe Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu cicit dan selamanya. Terima kasih kepada Kak Ros sebab bawakkan saya kesana jugak. hee


Ahad tidak habis disitu je eh? haha Lepas tu, Kak Ros hantar sampai rumah. Naik kereta lain, bersama Abang Iju & Abadik ke pusat Karaoke. Kitorang bayar yang 3 jam punya. haaa Memang puas la diorang menyanyi. Saya kurang menyanyi kerana malas sikit. haha Haa lepas karaoke marilah kita menikmati meat ball di Ikea. hehe Ikea tu, mana pernah tak ramai orang, penuh saje! haha Dah teringin sangat sebab paksa Abadik belanja masalahnya. haha Memang puas, beli yang 15 ketul punya. Haihh~ masih terngiang rasanya. hahaa Terima kasih Abadik belanjers. Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Jumpa dientri seterusnya esok! ;D Assalamualaikum & Bye Bye ^__^ 

0 comments: