RANDOM AWESOME #11 : MH370


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hari ini Selasa (25 Mac 2014). Hurmm.. semalam, Jam 10.00 Malam ada pengumuman dari PM kita mengenai pesawat MH370. Selepas 17 hari pencarian, "Pesawat MAS MH370 kali terakhir dilihat di lautan Hindi" Pengumuman itu memang membuatkan saya sebak seketika. Bayangkan lepas tu ada tengok orang share pasal "Lautan Hindi" memang cukup dalam. Lihat sahaja bagaimana pencarian dilakukan walaupun dalam keadaan ombak sebegitu. Hurmmm... Selepas pengumuman tersebut, ramai rakan Facebook dan Twitter update pasal MH370. Sangat sukar untuk menerima pengumuman itu, walaupun saya bukan antara ahli keluarga mangsa tapi turut merasa sebak dan sedih mendengar berita itu. Jika benar ia terhempas, saya redha. hurmm. Takziah buat keluarga mangsa dan al-fatihah. Okey sampai disini entri kali ni. Untuk mengetahui perkembangan selanjutnya mengenai MH370, boleh tengok dekat page ni. Jumpa dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye bye. 

Post a Comment

0 Comments