150TH SPECIAL : MR. MR.

00:34:00 Rafzan Tomomi 0 Comments



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang sedang membaca. hee Apa khabar?  Hari ni kita dah masuk bulan MAC dah! yeayyy Bulan ke 3 tahun 2014. Kejap je kan? hahahaa Dah seminggu lebih tak update blog kan? Sibuk promote entri sebelum ni pasal Review filem "Kami Histeria" yang dah mencecah 400++ viewers. hee  Terima kasih kepada yang sudi membaca dan juga terima kasih kepada page/twitter "Kami Histeria" yang share kan link review tu. hee okeylah entri kali ini adalah entri ke 150! Yeahhh! Entri ni nak fokus pasal mini album dari GIRLS' GENERATION "Mr. Mr." Album mini GIRLS' GENERATION "Mr. Mr." direleasekan secara digital pada 24 Februari 2014 dan dalam bentuk CD pada 27 Februari 2014. 

Cover & Tracklist


Yang gambar kat atas ni adalah cover album tersebut. Cantik kan? hee Saya suka dengan konsep yang dipersembahkan untuk comeback kali ni. Album mini ini mengandungi 6 buah lagu. Lagu-lagu dalam album mini tu (ikut turutan dalam album) seperti "Mr. Mr.", "Goodbye", "Europa", "Wait a minute", "Back Hug" & "Soul". Setiap satu lagu dalam album ni ada tarikan masing-masing. Bila dengar layan je. Tapi most favourite song semestinya "Mr. Mr.", "Europa" dan satu lagi, "Soul". Jom dengar preview lagu-lagu dalam album tersebut :



Bintang : 
Mr. Mr. : 4.7/5*
Goodbye : 4.5 / 5*
Europa : 4.7/5*
Wait a minute : 4.5/5*
Back Hug : 4.5/5*
Soul : 4.7/5*

Packaging Album


Haa. Kalau sudah namanya K-pop mestilah terkenal dengan packaging album diorang ni. Macam "The Boys" dalam kotak tin, "I GOT A BOY" pulak memang unik habis. "Mr. Mr." jugak menarik perhatian saya. Saya dah pon pre-order album ni di VALOA RECORDS. Selalu beli kat blog ni je hee Harga dalam RM65 + RM10 sebab poster. Sejak album "I GOT A BOY" takde dah fotokad. hurmm

Teaser Image

Dalam post lepas ada tunjuk gambar teaser Yoona kan? Haa kali ni meh saya tunjuk semua sekali. heee

Hyoyeon

Jessica

Seo Hyun

Sooyoung

Sunny

Taeyeon

Tiffany

Yoona

Yuri

Comeback Teaser


Yang ni dah pernah saya tunjuk masa entri yang lepas. Teaser dia memang sangat mengujakan. hahah Sebab masa teaser ini keluar secara mengejut dan setakat ni dah lebih 4juta penonton. Hebat ! hahahaa

Music Video Mr. Mr.


Muzik video "Mr. Mr." telah pun direleasekan! Huarghhhhh! Jerit yang sangat ekstream. hahaha Konsep yang unik, muzik video yang pelik dan sangat misteri.Mase tulis entri ni memang bukak klip video tu. SONEs seluruh dunia sedang cuba buat video muzik ni dapat 10 juta viewers dalam masa 24 jam. Goodluck semua! hee *saya pon join jugak ni* Jadi saya beri 4.8/5 bintang ^___^

Masalah Semasa Release?


Yup terdapat beberapa masalah untuk comeback kali ini. Sepatutnya muzik video "Mr. Mr." direleasekan pada 19 Februari 2014 tapi disebabkan masalah kehilangan data berlaku menyebabkan penghapusan sebahagian daripada rakaman video muzik itu. Atas sebab itu, S.M Entertainment dah mengedit semula muzik video tersebut dan baru je release semalam (28 Februari 2014 10 Malam [Waktu Korea]). hee 

All-Kill Charts!


Setelah album mini ini direleasekan pada 24 Februari 2014, 5 Petang (Waktu Korea), lagu Mr. Mr. telah mendapat tempat #1 dalam 9 carta muzik di laman web muzik di Korea dalam masa satu jam sahaja. Wow so greatt!!! Bukan di Korea sahaja, “Mr.Mr.” juga mendapat tempat #1 melalui  iTunes di 11 buah negara : Taiwan, Singapore, Philippines, Vietnam, Thailand, Malaysia, Mexico, Peru, Hong Kong, Indonesia, dan Jepun. Juga mendapat tempat #1 dalam carta album pop di Canada, mendapat tempat #2 dalam carta album pop di US iTunes, dan tempat #5 paling popular keseluruhan album di US. 

Promotion


Promotion kali ini rasenya tak sehebat "I GOT A BOY" tapi ada beberapa jugak tarikan untuk comeback kali ini. Kumpulan GIRLS' GENERATION sendiri turun padang untuk buat grafitti sempena album mini ini. hee


Selain itu, ade jugak diorang release video pasal setiap seorang anggota GIRLS' GENERATION. hee Klik gambar untuk ke link video tersebut :


Suka sangat tengok video Jessica ahahaha kelakar betul. haa okeylah sampai disini dulu entri kali ni. Entri ni sepatutnya publish 28 Februari tapi atas sebab-sebab tertentu tunda la ke hari ni 1 Mac. hee Sekali lagi Selamat datang MAC! hee Jumpa dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye :)

0 comments: