RANDOM AWESOME #7

08:00:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada korang, korang dan korang. hahaa Apa khabar? Semoga semuanya sihat selalu. hee Okey, memang dah 3 minggu tak update blog ni. Haih ni lah dia. Mungkin sebab sibuk dengan kerja dan kehidupan seharian campur pulak dengan kemalasan hahaha Tapi hari ini dah kembali update semula. ahahhaa Ape yang nak diceritakan ni cerita bulan lepas, walaupun dah lama tapi masih nak ceritakan jugak. hehe Semoga terhibur ;)


DE DIVA'S 5/1

5 Januari 2014, kami (Saya, Nadia, Fuzz, Wani & Mira) kembali berjumpa setelah dah lama tak berjumpa. Ye lah memasing sibuk kan? hee Haa Mana dapat nama De Diva's ni? Saya saje je namakan macamtu sebab senang korang nak kenal nanti. Zaman bergroup bagai ni hanya kisah dahulu. hahaha Destinasi kali ini kami makan dekat WONDER MAMA, Bangsar Village. Kedai yang kelas dan cantik. Tema kedai tu maybe santai kot.


Harga okeylah. Lebih kurang sama dengan Tappers dan Sweet Chat . Saya, Fuzz dan Mira order Burger (tak ingat pulak nama dia. hahah) Wani order macam mee gitu dan Nadia order nasi goreng. Okey kalau dah berjumpa ni macam-macam la cerita keluar. hahaa Serius lawak. Dari zaman sekolah punya cerita sampai zaman sekarang. Paling best part majalah sekolah hahahaa Terima kasih kepada Fuzz, Nadia, Mira dan Wani sebab sudi luangkan masa. hehe (sorry uols, benda lama baru nak update sekarang. haha) Antara gegambar yang sempat kitorang rakam : 






MANDI MANDA SUNGAI GABAI 19/1

Tujuan asal nak ke rumah mak cik je kat Ulu Langat. Tapi alang-alang dah kesana , kitorang (Family) pon terjah la sungai kat situ. hahaha "Sungai Gabai Waterfall" nama tempat tu. Mase tu boleh tahan la ramai jugak orang. hee Sampai sana dalam kol 1 macamtu. Lepas tu ibu-ibu malas nak ke atas (air terjun), jadi pasang tikar dekat bawah je. Betul-betul nak masuk tu. hahahaa Sebenarnya bukan nak mandi sangat pon. Mase tu Mak Teh bawak Nasi Lemak. Mak saya pulak buat sandwich dengan nugget & sosej. Memang diam semua makan mase tu hee. Sempat jugak main air, borak-borak dan gelak. hahaha Seronok tengok Umairah dengan Qaisarah mandi. hehe Nanti kalau ade mase datang sini lagi. hahahaa Jom tengok gambar pulak : 





























MENARA CONDONG 25/1


25 Januari 2014, kami sebenarnya menghantar sepupu bertunang kat Teluk Intan tu. hee Lepas selesai je majlis tu kami menyinggah sekejap kat Menara Condong. Pernah nengok dalam gambar je, kali ni real punya. hahaha Malangnya mase hari tu, tutup pulak Menara tu so takpe, kite bergambar dari luar je la. hahahaa Mase tu jugak ada macam jualan kat situ, ape lagi kaum-kaum ibu tak melepaskan peluang untuk membeli belah. hahaha Okeylah tak banyak cerita pon , jom tengok gambar : 










haaaa... dah pon selesai update entri pertama untuk Februari. Dapat jugak curi masa untuk update. hehehe Okeylah jumpa lagi dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^ v 


Let It Go Sing-along Version. Jom nyanyi sama-sama! hehe

6 comments:

  1. waa enjoy ye hehe

    Frozen is one of my fav Disney movies ^^

    ReplyDelete
  2. awak , saya nampak awak comel .

    ReplyDelete
  3. Nurfaezah : weee ^___^ tahu xpe, FROZEN the best!

    ReplyDelete
  4. Anonymous : terima kasih walaupun saya tak tahu siapa awak. lol haha

    ReplyDelete
  5. awak cute sangat. saya cemburu tau.

    ReplyDelete