RANDOM AWESOME #5


Assalamualaikum & Salam sejahtera. Rasenye dah lama tak ber-RANDOM AWESOME. Kalau nak tahu RANDOM AWESOME tu entri yang akan saya tulis pasal apa-apa je topik. Mungkin ada 2-4 story yang diketengahkan. hee "Random Awesome" tu sebenarnya tajuk lagu Yuna dalam album Decorate. hee

Akademi Fantasia Kembali?

Logo Baru. hee

Akademi Fantasia kini kembali! Korang tak percaya? Percayalah. Hee Kembali dengan nama "AKADEMI FANTASIA 2013", dengan sedikit perubahan dan ujibakat dijalankan secara solo atau duo. Ujibakat dah pon bermula. So korang yang minat menyanyi tu, sila lah join okey. hee Untuk maklumat lanjut, (nak tahu tarikh dan tempat ujibakat ke, video ke) sila lah layari laman rasmi Akademi Fantasia. hee 

Bercakap pasal Akademi Fantasia, pastinya ramai jugak bintang bintang terkenal sampai sekarang lahir dari program ni. Mula minat Akademi Fantasia ni masa AF2 yang ada Zahid, Farah Breep Breep, Kaer, Bob dan ramai lagi. Mase tu takde astro, gigih la beli VCD konsert tiap minggu. *manalah VCD tu sekarang? haha~* . Harap musim baru ni memberi impak yang best . Tak sabar. hee 

GIRLS' GENERATION World Tour 2013 ~Girls & Peace~ & Japanese comeback!

Promo gambar GIRLS & PEACE

Kumpulan wanita No. 1 di korea, GIRLS' GENERATION akan mengadakan WORLD TOUR untuk pertama kali untuk tahun ni. Tak seperti tahun-tahun lepas, mereka mengadakan konsert di sekitar Asia sahaja. GIRLS' GENERATION atau So Nyeo Si Dae (SNSD) juga di katakan akan mengadakan konsert di Malaysia pada Ogos 2013. Tak sabarnya! hee :)


Mereka juga bakal mereleasekan single terbaru di Jepun yang berjudul "LOVE & GIRLS" pada 19 Jun 2013! Sangat excited dengan release ini. Saya juga dah pre-order siap-siap single ini. Semoga mendapat jualan yang best! heee

Running Man @ TV2


Peminat-peminat Running Man , jangan lepaskan peluang untuk saksikan episod terawal Running Man. Setiap Sabtu, 4.00 Petang sampai 5.30 petang. Hari tu first time tengok Running Man, actually tak berapa amek tahu pon pasal ni tapi saje-saje tengok episod satu, Sangat lawak! hahahaha Tak tahan nak gelak hahaha So korang jangan lepaskan peluang untuk tengok balik okey. heee :)

Okeylah sampai disini je entri kali ini. So korang semua jangan lupa Sabtu ini, 08 Jun 2013 blog ini bakal berubah lagi temanya. Hee Stay tuned okey! Assalamualaikum & Bye Bye. *lambai-lambai* :3

GIRLS' GENERATION - LOVE & GIRLS Dance ver.

Post a Comment

0 Comments