RANDOM AWESOME #3

00:00:00 Rafzan Tomomi 4 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut blog ini. Apa khabar? Macam mana awal Februari ni? semua Okey? Harap semuanya okey :) Entri kali ni ada beberapa bende awesome nak cerita. haha

I'm Sick


Sekarang ni entah la musim demam ke apa? Suhu badan tak menentu. Pening. Selsema. Risau je macam-macam penyakit sekarang ni. Mase tengah taip ni pon rase tak berapa sihat. Mungkin faktor cuaca kot. Doakan saya cepat sembuh ye :p hehe

"MR. TAXI & Run Devil Run Unboxing" 

 

Minggu lepas saya pergi Pos Laju amek bungkusan yang baru diorder (amek sebab takde orang kat rumah, so kene amek sendiri T.T) sekali tengok dalam box tu ada album Girls' Generation, "MR. TAXI" (3rd Repackage) dan "Run Devil Run" (2nd Repackage). Wahhhh seronok :D tinggal lagi 4 album nak beli. hahaha


MR. TAXI pada asalnya ialah lagu Jepun pertama Girls' Generation pada tahun 2011. Beberapa bulan selepas itu, versi korea di release kan dalam album korea ke-3 Girls' Generation, "The Boys". Dua bulan berikutnya, di release kan sebagai lead-track untuk album repackage ke-3. 


Run Devil Run juga merupakan album repackage ke-2 dari Girls Generation pada tahun 2010. Untuk pengetahuan korang, Run Devil Run dirakamkan pada tahun 2008 oleh Kesha. Tetapi lagu ini tidak dimuatkan dalam album pertama Kesha (kira macam demo jugak la). Love the concept. hehehe

Movie Review #1 : MAMA



MAMA adalah filem pertama 2013 yang saya tonton kat wayang. Bagi saya sangat seram sebab saya terpaksa tutup telinga masa menonton. hahaha Kalau cerita hantu sebelum ni semua tonton dengan senyap dan silent. Tapi kali ni, ramai menjerit bila hantu MAMA tu muncul tiba-tiba. hahaha Air yang saya beli tu tak habes sebab fokus sangat tutup telinga. Lagi satu, hantu Mama ni adalah hantu paling Diva dan Gojes dalam semua hantu cerita omputeh hahah Overall cerita dia seram dan best. Dari 5 bintang saya beri : 4 :).


Movie Review #2 : Hansel & Gretel : Witches Hunter



Hansel & Gretel : Witches Hunter adalah filem kedua yang saya tonton tahun 2013. Bagi saya sangat cool dan banyak jugak gelak masa tengok cerita ni. Jalan cerita dia sangat awesome dan paling best masa diorang semua lawan witches tu. hahaha Sangat kelakar.  Dari 5 bintang saya beri : 4.3 :).

Fuuhh~ banyak pulak menaip kali ni. Hee Harap korang semua enjoy membaca ye. Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Jumpa di entri seterusnya. Sebelum 'close' jom layan lagu dari Yuna - Sparkle. Assalamualaikum & Bye Bye! :)

4 comments:

  1. cerita mama boleh tahan tapi macam takde kaitan ayah budak-2 tu bunuh mak dia ngan hantu mama tu. Huhu

    ReplyDelete
  2. Nuna Alfe: saya rasa ayah budak2 tu nak bunuh sebab nak hilang semua bukti kot

    ReplyDelete
  3. get well soon bro! :)
    oh film mama blom tgok la..huhu..ramai g ckp best n seram..nk kne tgk jgk neh..huhu

    ReplyDelete
  4. Seneorita Baharin : thankss hee
    mesti tengok okey. heheh

    ReplyDelete