PAST < FUTURE

Past < Future

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut blog ini. Selamat Hari Isnin semua! hee Apa khabar? Sekali lagi meninggalkan blog ini seketika untuk urusan kerja dan urusan-urusan lain. Kita dah update dah ni. haha Tengah makan malam tetibe terfikir, "eh, tahun ni dah masuk 5 tahun saya tinggalkan sekolah" lepas tu masa tu kebetulan kat foodcourt. Teringat dulu ada tangkap gambar kat foodcourt masa umur 17 tahun (mase tu tahun 2008). haha Entri kali ini nak cerita sedikit sebanyak dari tahun 2008 > 2013. *Sila baca sampai habis, panjang entri ni haha*

2008 : SPM


Tahun itu adalah tahun paling penting dalam hidup. Bagi saya SPM adalah penting untuk halatuju masa depan. Banyak struggle rasanya tahun ni, ada banyak masalah yang saya hadapi nak dekat SPM ni. Sangat lemah dalam Matematik, Sains, Sejarah dan Akaun. Kire subjek paling susah la rasenya. hahaha Terima kasih kat kawan-kawan yang banyak membantu. Nak sebut nama, ramai sangat. hahaha 5A1 (5 Akaun) Terbaik!! :)

2009 : Ipoh


Keputusan SPM boleh tahan la teruk jugak. Mase tu sangat putus harapan, peluang untuk ke UiTM, Politeknik dan semualah tiada. Berserah je masa tu. Lepas tu memang tekad nak sangat sambung belajar tapi dengan keputusan SPM tu nak kemana kan? Satu hari, mak cik ada cakap dia nak tolong masukkan satu kolej ni, Kolej Poly-Tech Mara. Bila check semua apa yang perlu semua dah ada. Mula-mula nak mintak Kptm Cheras je la. Tapi rasa nak cabar diri sendiri nak duduk jauh sikit la katenye. Saya pilih Ipoh. Alhamdulillah. 2 minggu lepas apply, surat sampai dan 26.05 terus daftar. Perasaan nervous, takut, tak lalu makan semua ada. Saya sangat seronok tinggal dengan budak TAMBUN Rumah No. 5 sebab diorang best ! ;) Tahun ni jugak saya kenal Ara Kimora dan Ein. hee Beberapa bulan lepas tu dah biasa dah hidup dekat Ipoh dan Semester pertama habis dengan jayanya. :) Tahun 2009 jugak saya mula buat blog. hee

2010 : Erti Hidup


2010 mengajar saya erti kehidupan. Hidup berdikari, hidup berkawan dan hidup dengan orang lain. Tak semua hati sama, ada sebahagiannya mudah terasa, mudah memaafkan dan ada yang tak mungkin lupa. Macam-macam saya alami tahun ini. Tahun yang saya tahu yang mana kawan dan yang mana lawan. Tak semua orang suka dengan kita kan? Dan tahun ini juga saya berpeluang jadi ketua kelas untuk DIM0211 dan guess what? saya adalah seorang penghulu asrama lelaki pertama di Asrama Gunung Rapat. haha Terima kasih atas sokongan rakan-rakan. :) Tahun 2010 jugak saya dapat Housemate yang best sangat-sangat; Que, Bazli, Azmi & Syai. Rindu betul dengan rumah Sari 8 tu. Macam macam hal berlaku masa tu tapi diorang banyak buat saya senyum. Terima Kasih korang :)

2011 : Friendship Never End!


Semakin rapat dengan mereka dan semakin sayang semua. hee Tahun 2011 tahun paling busy sebab subjek semua susah susah. Ade tu sampai tak tidur malam buat bende alah ape tah. hahhaha macam-macam. Mase ni banyak lepak, banyak main dan paling banyak makan MCD. Buat assignment kat MCD sampai pagi. Semua mata panda hehehhe. :)

2012 : Into The New World


Tahun 2012 saya melangkah ke alam baru dan alam paling seram antara alam-alam. hahah Alam kerja lah . haha Selepas praktikal habis je April tu, bos call suruh masuk kerja. 2 Mei 2012 start kerja. Alhamdulillah rezeki dari Allah S.W.T . Saya sangat seronok bekerja sekarang. Sambung degree? Hurmmm tak pasti lagi. Kalau ade rezeki untuk sambung, insyaAllah saya sambung. Buat masa ni, saya bekerja dulu. hee.

2013 : Sugar Rush


Sekejap je dah masuk tahun 2013. 5 tahun sudah pun berlalu. macam macam rintangan yang dah saya lalui. Alhamdulillah. Permulaan tahun 2013 ni, akhirnya saya sudah ada kereta sendiri, tapi saya tak boleh bawak lagi. ahahah Saya masih belajar sehingga saya betul-betul boleh bawak. hee Korang doakan ye. :p Semoga tahun ni sesuatu yang baik berlaku pada saya. InsyaAllah. :)

Fuhh~ letih jari menaip banyak sangat. Kepada yang membaca, terima kasih sangat sebab sudi baca sampai habis. Itulah kisah saya dalam masa 5 tahun. Dulu kurus, sekarang gemuk sangat. haha Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Jangan lupa entri seterusnya, tapi tak pasti lagi bila? hahah Sebelum "close" jom layan lagu dari kumpulan Spice Girls - VIVA FOREVER. Assalamualaikum & Bye Bye.

Post a Comment

3 Comments