RANDOM AWESOME #1


Assamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut blog ini. Hari ini 26 Disember 2012. Gambar hari ini ialah Sooyoung. Tinggal beberapa hari je lagi sebelum releasenya album ke-4 Girls Generation. hee Topik hari ini ialah RANDOM (apa-apa je).

8,000 Viewers

Yeayy Akhirnya dah masuk 8,000 pengunjung blog ini. Terima kasih awak semua :') Walaupun blog lama sudah tiada tapi anda masih lagi datang follow dan baca. Saya amat hargai. Sebenarnya saya target hanya 5,000 pengunjung untuk tahun ini. Tapi dah melepasi target. Alhamdulillah saya seronok. hee Nanti 2 Januari 2013 saya akan buat review penuh untuk blog ini sepanjang 2012. :)

Sambung Kontrak

Alhamdulillah. Terima kasih kepada Allah S.W.T. Akhirnya saya sambung lagi kontrak kat tempat kerja. Tak lupa terima kasih kepada Bos saya. hee Saya akan cuba buat yang terbaik :D Paling penting kene improvekan design-design. InsyaAllah saya boleh!

The Hobbit


Ahad lepas saya keluar bersama Nisha & Rafi. Kami pergi The Mines, Seri Kembangan. Kami tengok wayang cerita The Hobbit : An Unexpected Journey. Cerita ni ditayangkan lebih kurang 3 jam. Saya tak tahu cerita ni pasal apa tapi lepas tengok okey la jugak. Banyak advanture. So saya bagi 3.5/5 Bintang. :)

AKAN DATANG


Mulai semalam lagi, saya akan release teaser image ala-ala artis macam tu dari 25.12.2012 sehingga 01.01.2013 sempena tema baru blog (new blog theme). Hahah Korang boleh bukak page ni "AKAN DATANG". Terima kasih sebab support :)

I Got A Boy "Sooyoung" Teaser Image


Hari ini teaser image dari Sooyoung. Sangat superb okey. hee Sooyoung adalah antara yang paling tinggi dalam Girls' Generation. Okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Tinggal lagi 5 hari je lagi untuk saya meraikan hari lahir saya. Super excited now! yeappy! Sebelum "close" jom layan lagu dari AKB48 - UZA. Assalamualaikum dan Bye Bye :)

Post a Comment

0 Comments