12 BEST J-POP SONGS 2012

09:00:00 Rafzan Tomomi 4 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca dan pengikut seta blog saya ni. Hari ini sihat? :) So tinggal lagi 4 hari lagi sebelum tahun baru 2013 dan tinggal 3 hari je lagi untuk hari lahir ke-21 saya :) Hari ini saya nak review 12 lagu J-pop yang saya minat. Kenapa 12? Sebab tahun ni 2012 lah! hehe Yang pastinya semua lagu dari kumpulan wanita. 

Tahun 2009, Lagu dari kumpulan Morning Musume, Nanchatte Renai mendapat tempat dihati saya. Tahun seterusnya (2010), lagu dari kumpulan AKB48 - HEAVY ROTATION dan tahun lepas (2011), GIRLS' GENERATION - The Boys (Japanese Ver.). Jom tengok 12 lagu pilihan tahun 2012 :)

12 cha cha SING - Berryz Koubou


Tempat ke-12 jatuh kepada lagu dari kumpulan Berryz Koubou, "cha cha SING". Lagu ini direleasekan pada 25 Julai 2012. Kalau korang nak tahu lagu ni adalah lagu asal nyanyian artis Thailand, P.Bird (Tajuk asal : Roh Mah Sing) . Sehingga kini ia terjual sebanyak 30,000++ unit CD.

11 Sashihara Rino - Soredemo Suki da yo


Tempat Ke-11 ialah lagu Soredemo Suki da yo nyanyian Sashihara Rino. Ini merupakan single pertama dari Sashihara Rino. Lagu ini di releasekan pada 2 Mei 2012. Masa lagu ni mula-mula keluar tak dengar sangat. Tapi lepas keluar rancangan TV Jepun, masa tu dia dengan kumpulan Berryz Koubou. Terus suka pulak lagu ni. hee Sehingga kini ia terjual sebanyak 150,000++ unit CD.

10 AKB48 - UZA


Tempat ke-10 jatuh kepada lagu dari kumpulan NO.1 terkini, AKB48 dengan lagu "UZA". Lagu ini di releasekan pada 31 Oktober 2012. Ini lagu pertama selepas Kaze wa Fuiteiru yang saya minat. Saya sangat suka lagu konsep konsep serius macam ni :) Sehingga kini ia terjual sebanyak 1,200,000++ unit CD.

09 Momoiro Clover Z - Saraba, Itoshiki Kanashimi tachi-yo


Tempat ke-9 jatuh kepada lagu "Saraba, Itoshiki Kanashimi tachi-yo" nyanyian Momoiro Clover Z. Single ini baru release minggu lepas. Tema lagu ni ala-ala Halloween sikit. Ini tahun pertama meminati Momoiro Clover Z lepas diorang datang Malaysia hari tu. hee Sehingga kini ia terjual sebanyak 84,000++ unit CD.

08 Morning Musume - Renai Hunter


Tempat ke-8 jatuh kepada lagu dari kumpulan Morning Musume, "Renai Hunter". Lagu ini di releasekan pada 11 April 2012. Masa mula-mula keluar lagu ni, saya selalu bukak lagu ni tanpa henti. Untuk pengetahuan korang, ini lagu terakhir bersama one of my favourite members, Niigaki Risa (Baju kuning). Sehingga kini ia terjual sebanyak 49,000++ unit CD.

07 FAIRIES - Beat Generation


Tempat ke-7 jatuh kepada lagu dari kumpulan FAIRIES, "Beat Generation". Lagu ini di releasekan pada 18 April 2012. Masa mula preview lagu ni, terus minat. Sangat cool dan awesome! Paling best, tarian lagu ni sangat cool dan diorang menari pakai heels tinggi. Sehingga kini ia terjual sebanyak 24,000++ unit CD.

06 C-ute - Aitai Aitai Aitai na


Tempat ke-6 jatuh kepada lagu dari kumpulan C-ute, "Aitai Aitai Aitai na". Lagu ini di releasekan pada 5 September 2012. Tarian lagu ni sangat cool dan diorang menari pakai heels tinggi sama macam Fairies. C-ute dulu bermula dari 8 orang kini tinggal 5 sahaja. Jualan single dan album mereka semakin meningkat. Sehingga kini ia terjual sebanyak hampir 50,000 unit CD.

05 Morning Musume - Wakuteka Take a chance


Tempat ke-5 jatuh kepada lagu dari kumpulan Morning Musume., "Wakuteka Take a chance". Lagu ini di releasekan pada 10 Oktober 2012. Arrangement lagu ni sangat best dan ada part-part yang saya suka. Sehingga kini ia terjual sebanyak hampir 89,000 unit CD. 

04 Momoiro Clover Z - Mouretsu Uchuu Koukyoukyoku Dainana Gakushou "Mugen no Ai"


Tempat ke-4 jatuh kepada lagu dari kumpulan Momoiro Clover Z, "Mouretsu Uchuu Koukyoukyoku Dainana Gakushou "Mugen no Ai". Lagu ini di releasekan pada 7 Mac 2012. Ini lagu pertama dari Momoiro Clover Z yang saya minat selepas "Santa-san". Sangat unik dan best. hee Sehingga kini ia terjual sebanyak 83,000++ unit CD.  

03 GIRLS' GENERATION - PAPARAZZI


Tempat ke-3 jatuh kepada lagu dari kumpulan GIRLS' GENERATION, "PAPARAZZI". Lagu ini di releasekan pada 27 Jun 2012. PAPARAZZI adalah lagu yang selalu jugak saya dengar. Sambil teringat-tingat muzik video lagu ni. Sehingga kini ia terjual sebanyak 136,000++ unit CD.   

02 Morning Musume - One Two Three


Tempat ke-2 jatuh kepada lagu dari kumpulan Morning Musume, "One Two Three". Lagu ini di releasekan pada 4 Julai 2012. Sehingga kini ia terjual sebanyak 110,000++ unit CD.   

01 GIRLS' GENERATION - FLOWER POWER


Tempat Pertama jatuh kepada lagu dari kumpulan GIRLS' GENERATION, "FLOWER POWER". Lagu ini di releasekan pada 21 November 2012. FLOWER POWER mendapat tempat pertama untuk BEST J-POP SONGS tahun ini. Muzik Video + Lagu sangat sesuai. heee GIRLS' GENERATION tahun ni fokus lebih pada pasaran Jepun. Sehingga kini ia terjual sebanyak 38,000++ unit CD. Kutipan single ini rendah kerana lagu FLOWER POWER turut dimuatkan dalam album ke-2 jepun mereka, "Girls Generation II ~Girls & Peace~" yang direleasekan seminggu selepas single ini dikeluarkan.

I Got A Boy "Taeyeon" Teaser Image


Akhirnya review telah berjaya disempurnakan hehehe Harap tahun 2013 mereka keluarkan lagu-lagu yang superb, awesome dan the best! :D Sampai disini dulu entri ini. Sebelum "close" jom layan lagu Tempat Pertama "12 BEST J-POP SONGS 2012" dari GIRL'S GENERATION - FLOWER POWER. Assalamualaikum & Bye bye :)


4 comments:

  1. ade link download tak ? pakcik nak download bagi bini pakcik...

    @ Berita Melayu

    ReplyDelete
  2. thanks!
    boleh buat reference...

    Baru nak berjinak-jinak dengar lagu jepun...

    ReplyDelete
  3. pak cik search je google. ade banyakkk hehehe

    ReplyDelete
  4. Razli Tahir : hee sama-sama. more info pasal artis jepun kat sini. http://www.generasia.com/wiki/Main_Page

    ReplyDelete