ROLLING IN THE DEEP

14:58:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut setia blog saya. Hee as usual? Apa khabar? Sekarang susah nak update sebab tak ada idea. hee So marilah baca kandungan-kandungan dalam entri kali ini : 

Pemberontakan Dalam Hati

Seperti apa yang korang baca kat tajuk entri tu. "ROLLING IN THE DEEP", semua orang pernah alami ni kan? Kat luar buat-buat gembira, tutup semua kesedihan. Kalau boleh tak nak sape pon tahu apa yang kita rasa sekarang kan? Kadang-kadang apa yang kita nak, mungkin akan dapat, atau mungkin tak akan dapat. Humm... Lagi-lagi kalau bab HATI. Kadang-kadang kita cuba untuk tidak menyakitkan hati orang lain tapi akhirnya, hati sendiri yang sakit. Now saya baru 21 tahun, banyak lagi perlu difikirkan untuk masa depan. Okey Let it be. hehehe :)  

Bertandang ke rumah Mama Jee

Minggu ni saya dan ein' akan bertandang ke rumah Mama Jee dan Ara sebab nak ambil sijil diploma yang dah pon boleh mula diambil 24 Oktober 2012. Semoga semua berjalan dengan lancar. Terima kasih Ara dengan Ein' nak teman saya ke Ipoh. Dah 6 bulan tak jejak Ipoh hee :)

Getaran Jiwa

*klik gambar untuk tumbesaran*

Haa Nak promote sikit ni. Jangan lupa saksikan drama "GETARAN JIWA" Arahan Michael Ang pada 11 November 2012 di TV1 pukul 9 Malam. Drama ni adalah pencalonan untuk Anugerah Tribute P.Ramlee. Set jam okey! hehehe Antara pelakon-pelakon dia: Izzue Islam, Fir Affendi, Amar Baharin & Marsha Milan Londoh. Tengok jangan tak tengok!! :) 

Sampai disini dululah entri kali ini. Semoga apa yang korang rancangkan hujung minggu ini berjalan lancar okey. Sekarang musim hujan, bawaklah payung kemana saja okey. Jaga kesihatan yee. hehe Jumpa di entri seterusnya. Assalamualaikum Bye bye.

haa... sebelum "close" jom layan dulu lagu dari Adele - "Rolling In The Deep". Enjoy.

0 comments: