CINTA

20:11:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers & followers. Entri kali ni mungkin entri terakhir untuk bulan Jun 2012. hee. Entri kali ni entri pasal CINTA. hehe Mesti korang suka kan pasal Cintan Cintun ni. Semua orang pernah alami rasa CINTA ni. Tipulah kalau dia cakap dia tak pernah rasa cinta. Cinta bukan saja pada pasangan kita, tapi Cinta kita juga pada Tuhan, Rasul, Keluarga dan kawan-kawan. =) hehehe.. Tanpa bebel panjang, jom baca ni.


Sifat Cinta

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.



Haa... panjang tak. saya copy je. saya bukan pakar dalam cinta eh. hehehe. Okey haa Sekarang saya nak share pasal "TANDA TANDA KITA DAH JATUH CINTA" hehehe :



1. Rindu

Setiap hari anda akan terbayang-bayang wajahnya dan terngiang-ngiang suaranya di telinga anda. Sehari tidak berjumpa bagaikan setahun lamanya. Saat itu anda akan resah dan tidak senang duduk dan kalau boleh anda ingin berjumpanya atau berhubung dengannya setiap saat dan setiap waktu.
Apabila anda tidak dapat berjumpanya anda akan menggunakan cara lain untuk melepaskan rindu mungkin dengan menghubunginya, itu pun jika si dia tidak sibuk atau menatap gambarnya dan tersenyum sorang-sorang dengan membayangkan apa sahaja yang boleh melepaskan rindu anda padanya.


2. Menjadi Manja Dan Romantis

Ada kalanya juga cinta boleh mengubah seseorang itu daripada seorang yang serius kepada seorang yang manja dan romantis. Mungkin selama ini anda tidak pernah membeli anak patung atau bunga, tetapi sesudah anda (lelaki) memiliki seseorang yang istimewa di dalam hati anda akan membuang perasaan malu anda untuk ke kedai dan membeli anak patung di hari jadinya.
Begitu juga dengan wanita, mungkin anda tidak pernah membeli selain dari barangan wanita anda akan ke kedai untuk membeli barangan lelaki untuk dihadiahkan pada si dia pada hari jadinya.


3. Sering Ungkapkan Kata-Kata Cinta

Secara tidak sedar anda akan sering mengungkapkan kata-kata cinta yang tidak pernah anda ucapkan sebelum ini. Kalau sebelum ini anda amat payah untuk mengatakan “saya rindukan awak”, “saya tidak boleh hidup tanpa awak”, “awak istimewa buat saya”, dan sebagainya pasti anda akan menyebutnya demi untuk meyakinkan si dia untuk menerima anda. Kadangkala sampai terbawa-bawa di dalam mimpi.


4. Filem Cinta, Lagu Cinta, Buku Cinta Dan Majalah Cinta

Secara tidak sedar juga anda akan mula berminat untuk menonton filem berunsur cinta, mendengar lagu-lagu cinta, membaca buku dan majalah yang berkaitan cinta. Sedangkan sebelum ini anda lebih berminat untuk menonton filem aksi, lagu-lagu rock, dan membaca buku komik. Itulah tandanya anda telah jatuh cinta.


5. Sentiasa Bersama

Disaat anda jatuh cinta, anda sentiasa ingin disampingnya dan kalau boleh setiap hari dan apa yang si dia dan apa yang anda lakukan ingin dilakukan bersama. Belajar, makan, menonton wayang, membeli belah dan sebagainya ingin bersama-sama. Anda akan merasakan anda tidak boleh buat semuanya tanpa si dia.
Walau sehebat mana pun anda jatuh cinta dengan si dia, jangan sesekali anda lupakan rakan-rakan dan ahli keluarga anda. Ramai yang jatuh cinta tetapi selepas itu mula lupakan rakan-rakan yang dahulunya selalu anda menemani mereka bersukan, makan, belajar, menonton wayang, membeli belah dan sebagainya dan juga begitu dengan ahli keluarga kerana cinta boleh mengubah anda. Anda harus ingat, sekiranya anda di dalam kesusahan belum lagi pasti orang yang anda cintai itu akan menolong anda, tetapi rakan-rakan dan ahli keluarga ini yang akan membantu anda dengan sebaik yang mungkin.


Hee macam mana? ade tak antara 5 tu terjadi kat korang. hee mesti pernah punye. hee sekadar nak share share. hee anyway, Cinta cinta jugak tapi pelajaran yang tinggal ye.hehe (untuk yang masih belajar. heheh) Okeylah sampai disini dulu entri ni. Jumpa bulan Julai nanti. hee Assalamualaikum byebye =)

0 comments: