Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Bulan Ramadan, bulan penuh berkat bakal menjelma tidak lama lagi. Anda pastinya sedang mencari tempat berbuka puasa untuk Ramadan nanti bersama keluarga, rakan-rakan atau cari untuk buka puasa bersamarakan sekerja. Apa kata anda berbuka puasa di AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur. Mari MOMI kongsikan apa yang menarik untuk berbuka puasa secara bufet dekat sini nanti. | Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Info Mengenai Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2027 Kuala Lumpur di Thyme Out Café, AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur ini bermula pada 10 Februari 2027 hingga 7 Mac 2027 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Bufet buka puasa yang bertemakan 'Selera Ibunda' ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama yang tersayang. Diskaun sehingga 25% boleh anda dapatkan untuk pembelian awal baucar. Untuk pengetahuan anda, Thyme Out Café mempunyai pensijilan Halal dari JAKIM.

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Senarai Hidangan Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Pelbgai hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet Thyme Out Café di AICB Centre of Excellence terdiri daripada masakan tempatan dan antarabangsa. Antara hidangan yang menjadi tumpuan di meja bufet seperti Asam Pedas dalam Periuk Tanah tiba di meja dengan kuah yang masih menggelegak. Udang Galah, Telur Ikan Mayong dan Kepala Ikan melengkapkan sajian yang kuahnya masam dan pedas. Selain itu, ada juga Ikan Patin Masak Tempoyak. Isi ikan sungai yang lembut dan kuah masam-masam enak pasti membuatkan kita ingin menambah lagi sepinggan nasi.

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Bagi yang menggemari hidangan bersup, Sup Gearbox direneh perlahan-lahan bersama tulang bersumsum bagi membolehkan rasa lada serta rempahnya meresap ke dalam kuah. Bukan itu sahaja, ada juga Kambing Ouzi dihidangkan bersama nasi kabsah, raita pudina dan salsa tomato. Di Stesen Bakar-Bakar pula ada kerang, ikan tilapia dan ikan keli yang disertakan dengan cicahan air asam atau sambal kicap. Satay ayam dan satay daging lembu turut dihidangkan bersama kuah kacang. Selain itu, anda juga boleh cuba Bubur Lambuk Terengganu, Lemang Daun Lerek, Ketupat Palas yang dibungkus dengan tangan, Rendang Tok dan Rendang Itik yang dimasak perlahan-lahan, serta serunding ayam dan serunding daging lembu.

Pilihan gulai pula termasuk Gulai Daging Tetel, Gulai Tulang Rusuk Lembu, Gulai Ayam Kampung dengan Nanas, Gulai Nangka Muda dan Gulai Ikan Kering dengan Terung. Gulai dibiarkan mereneh perlahan-lahan, seperti ibu dahulu yang membiarkan gulainya di atas dapur sambil menyiapkan lauk-pauk lain. 

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Nak feel bazar Ramadan? Dekat sini pon ada. Hidangan menarik seperti Roti John, Shawarma Ayam, Laksa Kari Nyonya, Nasi Ayam Hainan, Dim Sum dan Pau serta Rojak Buah, Colek-Colek, Gado-Gado dan Pisang Goreng. Di sudut hidangan Barat, terdapat pasta, Shepherd’s Pie dan Mac and Cheese.

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Bagi yang suka meninjau pencuci mulut, pelbagai hidangan turut disajikan seperti Serawa Durian, Bubur Cha Cha, Pengat Pisang, Bubur Pulut Hitam, Kuih Seri Muka, Onde-Onde dan Kuih Koci. Selain itu, Ais Kacang, Cendol, Wafel, Kek dan Buah-Buahan Bermusim juga dihidangkan bersama. Sepanjang malam, anda boleh menikmati Air Kelapa, Air Tebu, Sirap Bandung Dan Jus Kurma. Semuanya serba lengkap! Tunggu apa lagi? Jom tempah berbuka puasa di Thyme Out Café di AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur.

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Harga Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Bufet Ramadan Di AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur bermula sepanjang bulan Ramadan 2027 iaitu dari 10 Februari 2027 hingga 7 Mac 2027 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadan Pullman KLCC Hotel & Residences adalah seperti berikut :

Harga Bufet 

  • Dewasa - RM158 nett
  • Kanak-Kanak (7-12 Tahun) - RM78 nett

Harga Early Bird

  • Diskaun 25% untuk tempahan dari 13 November 2026 hingga 19 Januari 2027
  • Diskaun 20% untuk tempahan dari 20 Januari hingga 14 Februari 2027

Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2027 - AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Alamat AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Berikut adalah alamat Pullman AICB Centre of Excellence : 
Thyme Out Café, AICB Centre of Excellence, 
10, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 
50480 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tempahan Bufet Ramadan 2027 di AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut dan tempahan bufet Ramadan di AICB Centre of Excellence Kuala Lumpur, sila hubungi Hubungi +603 2602 4200, WhatsApp +6011 3532 4120 atau e-mel thymeout[@]stfresources[.]com.

Carian : Bufet Ramadan 2027, Buffet Ramadhan 2027, Bufet Ramadan, Buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2027, Buffet Ramadhan Bukit Bintang 2027, Buffet Dinner Sempena Ramadan 2027



Post a Comment

0 Comments