Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Dah lama sangat tak kemaskini blog sejak tahun lepas lagi. Apa khabar semua? Harap anda semua sihat-sihat selalu. Dah lama MOMI tak muncul dekat blog, malah di media sosial pon dah lama tak nampak MOMI kongsikan post. Ke mana sebenarnya MOMI pergi? Jom sambung kisah selanjutnya.
![]() |
| Setahun Sebagai Seorang Game Streamer |
Cuba Bidang Lain Dari Yang Lain
Dalam kehidupan ini, macam-macam benda yang kita boleh cuba. Seorang Rafzan Tomomi bukanlah seorang yang sukakan cabaran tetapi kadang-kadang kita nak cuba sesuatu yang baru, yang luar dari kemampuan kita. Walaupun bekerja 9 jam sebagai Pereka, menjadi Content Creator dan juga Blogger separuh masa, masih rasa macam tak cukup. Jadi, MOMI cuba ke laluan baharu iaitu Streamer. Memandangkan hobi suka main game terutamanya Mobile, jadi apa salahnya untuk kita cuba main game dan berinteraksi bersama ramai orang melalui stream.
Disebabkan ingin fokus pada stream dan game, MOMI terpaksa melepaskan satu perkara besar dalam hidup MOMI, iaitu menjadi sebahagian dari team Jejak Rasa. Bermula 1 Disember 2024, MOMI buat keputusan untuk meninggalkan Jejak Rasa untuk memberi fokus sepenuhnya pada stream. Terima kasih Jejak Rasa diatas peluang yang diberikan selama ini. Semoga terus maju jaya!
Macam Mana Boleh Jadi Streamer?
Bermula niat untuk jadi seorang streamer game bila selalu (waktu malam selepas waktu bekerja), kebiasaanya MOMI akan bermain game online bersama rakan sekerja. Kami cuba pelbagai game termasuk Lunch Lady, PUBG Mobile, Dead by Daylight, Roblox dan juga Grand Theft Auto 5 (GTA 5). Masa tu terfikir "kalau jadi streamer pon best jugak ni".
MOMI juga terinspirasi untuk menjadi streamer dengan menonton siaran stream dari Streamer Game yang dikenali di Malaysia, Fluffiiee. Fluffiiee adalah antara streamer game yang terawal MOMI subscribe sebab seronok tengok live stream pada masa itu. Paling MOMI suka, content GTA Roleplay dari beliau yang membawa watak "Mak Jemah" dan "Acap Rose" di salah satu server terkemuka di FiveM ketika itu. Dari situ MOMI dapat inspirasi untuk jadi seorang streamer game. Nampak macam mudah, tetapi bila dah masuk ke dalam dunia tersebut, tak semudah yang disangka.
Beli Set Komputer Semata-mata Untuk Stream Game
Setelah sebulan lebih menunggu, akhirnya pada Julai 2024 MOMI telah memiliki set komputer sendiri untuk buat penstriman game. Rasa teruja yang sangat sangat bila ada komputer sendiri dan dapat rasa berbeza dari guna komputer riba (laptop). Sebelum beli, memang tanya rakan sekerja yang pakar bab-bab komputer ni hehe. Alhamdulillah, semuanya dah selamat dipasang dan dah boleh terus guna komputer tersebut.
Buka Saluran YouTube BUNNYMOMI
Saluran BUNNY MOMI di YouTube, mula aktif pada Julai 2024 dan sehingga kini telah mencapai lebih 1,900 subscriber. Saluran ini sebenarnya dah dibuka sejak tahun 2012 dan digunakan untuk muat naik video personal sahaja. Kemudian, pada Julai 2024 MOMI buat keputusan untuk menamakan semula saluran ini kepada BUNNYMOMI.
Untuk konten pertama MOMI sebagai streamer, MOMI hanya buat rekod skrin sahaja bermain GTA RP sebab kalau terus buat strim rasa macam janggal. Al maklumlah MOMI memang pemalu orangnya haha. Hampir setiap hari bertungkus lumus bermain game dan juga edit video untuk dimuat naik ke saluran YouTube MOMI. Server MORP (Minister of Roleplay) menjadi server pertama pilihan MOMI. Video pertama yang MOMI muat naik berjaya dapat 100 views memandangkan saluran YouTube masih baru pada ketika itu.
Kebiasaanya jalan cerita dirancang oleh streamer itu sendiri. Macam MOMI pula, konten yang MOMI hasilkan memang sangat 'random' dan jalan cerita berlaku ikut apa yang berlaku pada hari tersebut. Dari tak dikenali, terus dikenali oleh ramai orang. Paling seronok bila dapat ber-roleplay bersama streamer game yang terkenal di Malaysia, Team Bangkit Malaysia dan sekali bersama Kambing Golek dalam GTA RP.
'Kak Mel' Semakin Dikenali
Untuk saluran BUNNY MOMI, tidak asing lagi dengan nama "Mel" atau lebih mesra dipanggil "Kak Mel" yang merupakan salah satu karakter yang MOMI hasilkan di GTA RP. Pada awalnya, risau juga kalau orang tak boleh terima MOMI membawakan watak perempuan. Untuk pengetahuan anda, GTA RP ini tak kisah nak bawa watak apa, yang penting bila berada dalam server tersebut, lakonan anda sudah bermula. Disebabkan selesa dengan karakter wanita, jadi MOMI buat keputusan untuk bawa watak "Mel".
Bukan satu identiti, tetapi Mel ini sebenarnya banyak identitinya. Dalam FiveM banyak server Malaysia yang anda boleh masuk. Jadi setiap watak Mel diserver lain, adalah berbeza. MOMI senaraikan antara server serta watak yang MOMI bawak di dunia GTA RP :
- MORP - Melissa (Elisa D.Kiryou)
- ABRP - Melati Mell
- Hunix Survival - Melody Cinta
- PORTBAEK - Melina Pom Pom
- MyGeek - Mellya Asuka
- Nova Pixel - Meleona
- Metrofulus - Camelia Heart Eden
- EPIK - Melrose Anne Ryan
Dari Julai sehingga Disember 2024, memang MOMI fokus untuk membawa pelbagai watak dan Alhamdulillah diterima oleh ramai orang. Dari RP seorang diri ke RP bercinta dan juga berkeluarga, memang MOMI rasa seronok pada masa itu. Selain masuk ke dunia baru, dapat kenal juga kawan-kawan baru di alam maya. Masuk dalam server lebih 2 jam sehari, ada masa dari 9 malam hingga 4 pagi esoknya.
Titik Rendah Sebagai Seorang Streamer
Dalam keseronokan menghasilkan konten, pasti ada juga perkara yang tak seronok terjadi. Perkara yang paling nak dielakkan, akhirnya terjadi juga selepas 6 bulan menjadi seorang streamer. 3 hari selepas hari lahir MOMI, MOMI telah dimaki dan dikutuk didalam FiveM sebab membawa watak perempuan. Ketakutan dan rasa sakit dengar kata-kata itu sampai buat MOMI murung sampai rasa nak berhenti main game. Itu pertama kali rasa sangat 'down' sampai rasa murung. Nak makan tak lalu, nak bangun tidur jadi malas, nak buat apa pon jadi tak seronok.
Sebulan berehat stream game masa tu sebab rasa macam terasa yang teramat sangat. "teruk sangat ke aku?", "salah ke apa aku buat ni? aku tak kacau orang pon" yang sering terlintas difikiran. Ramai juga kawan-kawan bagi semangat dan kata-kata dorongan untuk kuatkan semangat. 6 bulan pertama, MOMI seorang yang sangat teruja, bersemangat untuk stream. Apa yang terjadi buat MOMI jadi kurang semangat.
Setiap hari rasa macam tak cukup. Orang yang menonton makin hari makin berkurang. Serius dari bulan 1 sehingga sekarang, masih ada rasa nak berhenti tu. Kadang-kadang kena memotivasikan diri untuk meneruskan apa yang MOMI sudah mulakan. Kerap juga berehat lama dari stream seminggu dua minggu untuk kembalikan semangat sendiri. Bila dah rasa semangat semula, mesti ada perkara yang buat MOMI rasa macam malas nak buat stream atau main game.
What's Next?
Sampai bila nak bersedihkan? Sekarang MOMI kembali bersemangat untuk hasilkan content di Youtube dan juga TikTok. Dalam masa setahun ini, banyak perkara yang MOMI belajar terutamanya sebagai seorang streamer. Ada masanya kita perlu berehat dan jangan terlalu memaksa diri. Selain GTA RP, MOMI juga stream game Roblox dan beberapa game lain. Harap anda boleh sokong saya dengan ikuti saya di media sosial gaming saya disini.
Sekarang MOMI dalam fasa untuk imbangkan semula kerja hakiki, content creator, blog dan juga stream game. Bermula September 2025, MOMI buat keputusan untuk aktif di semua platfrom content creator, blog dan juga stream game. Walaupun ambil masa untuk kembali aktif, MOMI cuba yang terbaik untuk menjadi yang lebih baik.
Terima kasih diatas sokongan terutamanya rakan-rakan dan juga keluarga yang banyak bagi kata semangat dan memahami seorang MOMI. I would like to thanks to semua kawan-kawan dalam game (nak sebut nama ramai sangat HAHA), terutamanya yang pernah ber-roleplay bersama MOMI sepanjang setahun lebih ini. And of course, terima kasih sangat sangat buat geng "Generasi Depresi' (Izzu, Muharam, Jamal & Azham) sebab tanpa diorang, takde la BUNNY MOMI ni hehe. Semoga ada rezeki lebih baik untuk kita semua pada masa hadapan. Terima kasih sekali lagi. Sayang semua orang. XOXO.


0 تعليقات