Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Kalau nak cari rumah, pastinya nak cari sebuah rumah yang cantik, moden dan nampak mewah. Barulah rasa selesa kalau kita duduk dalam rumah tersebut. Ciri-ciri rumah tersebut anda boleh dapati dekat Lumira, Eka Heights yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Mari MOMI kongsikan sedikit sebanyak mengenai perumahan di Eka Heights ini. | Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights

Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights
Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights


Mengenai Perumahan Lumira, Eka Heights

Eka Heights ialah pembangunan rancak baharu yang meningkatkan pengalaman hidup moden. Perumahan dua tingkat (Double Storey Link Homes) di Lumira, Eka Heights ini berkeluasan saiz 20' x 70'  dan binaan 1,607 kaki persegi. Menariknya, rumah ini memiliki 4 bilik tidur dan 3 bilik air yang selesa. Sebanyak 193 unit rumah yang akan dilancarkan untuk projek ini. Harga Lumira, Eka Heights bermula dari RM405,000. 

Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights
Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights

Terletak di sebelah barat Seremban, Eka Heights mudah untuk diakses ke laluan utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Hubungan KLIA. Ia terletak secara strategik di dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV), sebuah kawasan pertumbuhan baru muncul dari Greater Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan.

Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights
Lumira - Kawasan Perumahan Moden Dan Mewah Di Eka Heights

Kelebihan Miliki Perumahan Di Lumira, Eka Heights

Antara kelebihan untuk anda memiliki perumahan di Lumira, Eka Heights ialah seperti berikut : 

Mudah Membeli Barang Keperluan Dan Makanan

Pastinya anda akan cari kawasan yang ada kemudahan untuk makan dan membeli barang keperluan. Di Lumira, Eka Heights, anda  boleh dapati semua itu di Eka Biz. Eka Biz merupakan sebuah kedai dalam pembangunan Eka Heights, bakal menjadi tumpuan ramai dan direka semata-mata untuk penduduk di Eka Heights. 

Ia menjanjikan pelbagai kemudahan makan, riadah, dan membeli-belah yang disediakan terus pada mereka depan pintu. Lebih-lebih lagi, penduduk akan mendapat keistimewaan untuk memilih daripada pelbagai jenis berdekatan hab komersial, termasuk Sendayan MetroPark, Tiara Biz, dan Sendayan Merchant Square, memastikan pilihan yang luas untuk memenuhi keperluan membeli-belah mereka.

Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights
Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights

Kemudahan Aktiviti Sukan Dan Rekreasi Di Mageka Park

Alami gaya hidup yang diperkaya dengan alam semula jadi di dalam Mageka Park seluas 15.5 ekar. Anda bakal menikmati pemandangan taman yang indah, tasik yang tenang serta kemudahan lain untuk memastikan segalanya lengkap. Selain itu, terdapat juga kemudahan unjtuk bersukan dan rekreasi seperti gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, buaian gergasi, arca yang menawan, laluan refleksologi, plaza jam matahari, dan lain-lain. Terdapat juga kawasan taman permainan menyediakan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak kecil dan kanak-kanak untuk dinikmati.


Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights
Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights

Berdekatan Dengan Hab Pendidikan

Selain itu, untuk hab Pendidikan pula anda boleh hantar anak anda ke SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan yang hanya kurang dari 10KM jauhnya. Sementara itu, Masjid Sri Sendayan, mercu tanda baharu yang menjadi ikon semalaman di Bandar Seri Sendayan , juga kurang daripada 10km memandu dari Eka Heights.

Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights
Lumira - Kawasan Perumahan Moden Dan Mewah Di Eka Heights

Kemudahan Gaya Hidup Yang Komprehensif

Untuk riadah, anda boleh kunjungi d’Tempat Country Club, Country Club ini berorientasikan keluarga terbesar. Untuk aktiviti yang menyeronokkan, anda boleh ke X-Park Sendayan yang merupakan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan 34 ekar dengan ruang acara dan kemudahan sukan lasak terletak hanya 10km jauhnya.

Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights
Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights


Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights
Lumira - Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights

Maklumat Lanjut Mengenai Lumira, Eka Heights

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran untuk memiliki rumah di Lumira, Eka Heights, sila layari laman web Eka Heights : https://www.ekaheights.com atau hubungi 1800 88 2688 untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Instagram dan Facebook untuk perkembangan terkini. Jadikan Lumira sebuah rumah idaman anda!


إرسال تعليق

7 تعليقات

‏قال Eddy Rush
Dengar Cerita, Ni project baru kan?
Berapa harge nya?
‏قال Eddy Rush
Dengar Cerita, Ni project baru kan?
Berapa harge nya?
‏قال Sally Samsaiman
memang impian sungguh la Lumira niii...Sally suka sangat dia punya persekitaran...sempurna utk bina keluarga dekat sini...kan?
‏قال iena eliena
Best kan rumah macam ni. Ada banyak kemudahan berdekatan. Persekitaran yang cantik dan selesa.
‏قال Bebelan Cik Min
memang lawa rumah kat sini..kalo ada rezeki lebih memang berbaloi beli rumah kat sini
‏قال Rawlins GLAM
I is terpikat dengan layout yang moden dan luas. Dah la kemudahan banyak dan dekat.
‏قال Kak Sue
Suka sangat rumah kat sini, cantik dan banyak kemudahan.