Review Filem - Ghostbusters : Afterlife

Review Filem - Ghostbusters : Afterlife

Review Filem - Ghostbusters : Afterlife | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sebenarnya Tahun 2021 banyak juga filem menarik untuk ditonton. Salah satunya, filem yang Momi nak review ni. Momi nak review sebuah filem fantasi komedi dari Sony Pictures Entertaiment iaitu "Ghostbusters : Afterlife"Filem ini ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia bermula 2 Disember 2021. Best ke tak?  *Perhatian : Spoiler!* 


Sinopsis  Ghostbusters : Afterlife
Filem Ghostbusters : Afterlife yang diedarkan oleh Sony Picture Entertainment mengisahkan sambungan kepada dua filem "Ghostbusters" tahun 80-an, kali ini mengetengahkan seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan. Setelah diusir dari rumah mereka, kedua-dua beradik itu bersama ibu mereka berpindah ke sebuah rumah di Summerville, Oklahoma, yang diwariskan oleh datuk mereka. Selepas beberapa kejadian gempa bumi misteri berlaku di bandar itu, mereka mendapat tahu tentang kaitan mereka dengan `ghostbusters` dan legasi rahsia peninggalan datuk mereka.

Filem yang berdurasi selama lebih 2 Jam 4 Minit ini merupakan arahan bersama Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Annie Potts, Paul Rudd, Bill Murray, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Sigourney Weaver dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D D-BOX, 2D ATMOS D-BOX sahaja.

Review Filem - Ghostbusters : Afterlife

Ulasan Filem Ghostbusters : Afterlife
Peminat filem Ghostbusters pasti teruja dengan filem baru ini. Sebelum ini, Momi pernah review filem Ghostbusters (2016) (versi Reboot), jadi kali ini rasa nak menonton filem Ghostbusters : Afterlife dipawagam untuk ketahui jalan cerita terbaru kesinambungan dari 2 filem terawalnya.

Permulaan cerita agak lambat sedikit dengan memperkenalkan watak-watak tetapi dipertengahan cerita Momi rasa seronok menonton filem ini. Sekali sekala ia menggamit nostalgia lama dengan beberapa 'footage' dari Ghosbusters zaman dulu. Filem yang penuh dengan humor, buatkan jalan ceritanya lebih menarik. Sekali sekala ia diselitkan dengan perasaan sedih dan aksi yang 'awesome'! Kemunculan watak-watak dari filem lama juga menjadikan filem ini menarik. Secara keseluruhannya, filem Ghostbusters : Afterlife seronok untuk ditonton dan penuh dengan rasa nostalgia.


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG

إرسال تعليق

0 تعليقات