Kenali Simptom Awal Jika Anda Terkena Virus COVID-19

Kenali Simptom Awal Jika Anda Terkena Virus COVID-19
Sumber foto : hellodoktor,com

Kenali Simptom Awal Jika Anda Terkena Virus COVID-19 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bagaimana hari-hari anda melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Semoga anda semua sihat dan jaga kebersihan ya. Pejam celik, sudah 4 bulan dunia digemparkan dengan jangkitan virus korona (COVID-19), tapi banyak perkara tentangnya masih jadi tanda tanya.Jumlah individu yang dijangkiti juga meningkat perlahan-lahan menuju ke angka 2 juta.

Pelbagai jenis kajian telah dijalankan oleh saintis untuk memahami sifat dan mekanisme jangkitan virus tersebut. Namun, jika dilihat pada simptom, tiada gejala spesifik yang boleh dikaitkan dengan wabak COVID-19. Oleh sebab virus ini menjangkiti saluran pernafasan manusia, ia boleh menyebabkan beberapa simptom dan komplikasi seperti berikut:

Simptom
  • Demam
  • Selsema
  • Batuk
  • Sakit Tekak
  • Sesak Nafas

Komplikasi
  • Jangkitan paru-paru
  • Kegagalan Buah Pinggang
  • Kematian
  • Penyakit Pernafasan Akut Teruk

Mungkin ia lebih kurang sama dengan virus lain yang seperti demam selesema. Apa yang lebih bahaya adalah kebolehan virus ini untuk menjangkiti individu lain walaupun masih berada dalam tempoh pengeraman. 

Beza jangkitan selesema dan simptom virus korona baharu
Jika anda buat perbandingan antara virus korona baharu dan virus jangkitan selesema, kedua-duanya tidak mempunyai beza yang ketara berkaitan dengan simptom. Kedua-duanya merupakan virus yang menjangkiti sistem pernafasan. Mereka yang dijangkiti boleh melalui fasa tanpa simptom dan mereka yang berisiko tinggi boleh mengalami simptom teruk.

Kedua-dua virus ini disebarkan melalui sentuhan langsung, titisan air dan fomit (barang tercemar oleh virus). Oleh demikian, anda akan sedar bahawa langkah pencegahan bagi kedua-duanya juga akan jadi lebih kurang sama. Orang awam digalakkan membasuh tangan secara kerap dan memakai topeng muka sekiranya sedang sakit.

Kenali Simptom Awal Jika Anda Terkena Virus COVID-19
Sumber foto : hellodoktor,com

Faktor simptom COVID-19 yang perlu dilihat
Namun, jika dilihat keupayaan kedua-dua virus ini menjangkiti virus lain, ternyata kedua-duanya ada sifat berbeza! Untuk melihat keagresifan virus, kita perlu melihat kebolehan jangkitan virus ini untuk merebak pada individu lain. Ia diukur melalui nilai R-naught (R0). COVID-19 mempunyai nilai R0 yang lebih tinggi namun perbandingan secara langsung sukar untuk dilakukan. Ini berikutan kedua-dua virus muncul pada konteks dan masa yang berbeza.

Selain itu, kanak-kanak juga salah satu faktor yang berbeza di antara kedua-dua virus ini. Walaupun simptom COVID-19 boleh berlaku pada kanak-kanak, tapi kajian di China menunjukkan konteks jangkitan dengan orang dewasa agak berbeza. Maklumat klinikal terkini menunjukkan kanak-kanak mendapat jangkitan daripada orang dewasa! Kadar kematian COVID-19 juga kelihatan lebih tinggi berbanding dengan virus influenza.

Apa perlu dibuat jika saya ada simptom virus COVID-19?
Mereka yang menunjukkan simptom COVID-19 perlu memakai topeng muka dan mengamalkan jarak sosial. Jarak sosial merupakan satu amalan menjauhkan diri sendiri bagi mengelakkan penularan wabak. Antara amalan yang boleh dipraktikkan adalah:
  • Berdiri sekurang-kurangnya 2 meter daripada individu lain.
  • Elakkan dari berkumpul atau menyertai aktiviti kluster.
  • Tidak keluar ke tempat awam atau menggunakan kenderaan awam.

Oleh sebab jangkitan wabak ini boleh ditular oleh mereka yang ada simptom COVID-19 atau bebas simptom, tindakan menjauhkan diri dapat memutuskan rantaian jangkitan. Perkara ini wajib dibuat jika anda tinggal di zon merah yang telah ditanda oleh KKM. Jangkitan COVID-19 boleh berlaku apabila individu berjangkit yang mengalami simptom COVID-19, bercakap dengan individu lain pada jarak dekat dan menyentuh peralatan di sekeliling tanpa membasuh tangan.

Amalan jarak sosial dan langkah pencegahan lain merupakan senjata yang paling berkesan memandangkan simptom COVID-19 tidak boleh dijadikan tanda aras bagi diagnosis jangkitan wabak.

Secara konkulusinya, simptom COVID-19 bukanlah satu tanda yang boleh diharap dalam menentukan seseorang itu dijangkiti ataupun tidak.Ia kerana COVID-19 mempunyai tempoh pengeraman selama 2 minggu. Mereka yang bebas simptom COVID-19 turut berisiko untuk menyebarkannya kepada individu lain. Maka polisi terbaik bagi setiap individu adalah dengan mengamalkan jarak sosial semasa situasi wabak. Patuhi perintah kawalan pergerakan dan pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan.

Sumber : hellodoktor.com


إرسال تعليق

1 تعليقات