ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !


ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Kebiasaanya projektor kita sering nampak di office dan rumah dan saiznya boleh tahan besar juga. Rasanya lebih menarik kalau kita boleh bawa projektor kemana sahaja, lagi-lagi masa bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Kebetulan baru-baru ini, ViewSonic hadir dengan sebuah produk visual yang pastinya menarik. Apakah produk tersebut?

ViewSonic M1

ViewSonic Corp. kini memperkenalkan sebuah produk visual baharu iaitu Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 dengan speaker Harmon Kardon terbina didalam, yang mempamerkan inovasi terkini mereka. PViewSonic M1 ini membolehkan pengguna mengakses hiburan serta menaik taraf pengalaman hiburan dirumah dengan kualiti gambar dan bunyi yang tinggi.

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !
ViewSonic M1

Visual & Audio Yang Berkualiti Tinggi Dalam ViewSonic M1
Untuk pengetahuan anda, ViewSonic M1 ini bersifat mudah-alih dan mudah untuk digunakan dimana sahaja. Ia merupakan pilihan terbaik dengan bateri terbina yang mampu bertahan selama enam jam.  Selain itu, ia mengandungi 16GB memori didalamnya dan berteknologi LED yang tahan sehingga 30,000 jam untuk penggunaan yang berterusan.

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !
Bestnya main game dengan ViewSonic M1.

ViewSonic M1

Projektor ViewSonic M1 ini mampu memancarkan kecerahan sehingga 250 lumens dan juga ratio kontras 120,000:1. Ia juga memiliki lensa short-throw membolehkan imej yang besar dihasilkan dalam lokasi yang kecil. Tapak pintar yang integrasikan membolehkan ia memaparkan paparan 360 darjah dimana anda boleh menayangkan ia di dinding kosong atau siling.

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !
ViewSonic M1 membolehkan anda menonton menghadap siling.
Menariknya, ViewSonic M1 ini secara automatiknya akan buka dengan tahap kecerahan maksimum dengan serta merta selepas lensa dibuka. Selain itu, sistem keselamatan terbina-dalam akan menutup lensa buat sementara apabila objek dikesan berada terlalu hampir dengan projektor. Anda juga boleh menikmati imej sempurna di setiap sudut dengan sistem keystone automatik yang membetulkan imej diunjurkan oleh ViewSonic M1.

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !
ViewSonic M1 

Untuk audio pula, nikmati pengalaman audio yang menyeluruh  dengan Dwi-speaker Harman Kardon yang menyampaikan bunyi yang dalam, kuat dan memenuhi bilik secara 360 darjah. Ia sangat sesuai semasa anda menontong wayang dan mendengar muzik dirumah. Lebih menarik jika anda ada audio yang berkualiti tinggi. Pasti puas hati!

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !
Dwi-speaker Harman Kardon 


Pilihan Sambungan Yang Versatil dengan ViewSonic M1
Kelebihan yang menarik jika anda menggunakan ViewSonic M1 ialah ia memberikan pilihan sambungan yang versatil untuk perkongsian video dan kandungan multimedia lain yang mudah dengan menggunakan pacuan microSD yang terbina-dalam, sambungan USB 2.0 dan USB Jenis-C, Audio keluar dan HDMI. Untuk pengguna smartphone USB Jenis-C seperti Momi tentunya tiada masalah untuk menggunakannya.

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !
Pilihan Sambungan ViewSonic M1

Sambungan USB Jenis-C M1 membolehkan pengguna untuk strim video, FaceTime dan paparkan kandungan terus dari telefon ataupun tablet di mana jua mereka berada. Penggemar permainan video juga pasti seronok dengan ViewSonic M! kerana ianya boleh diunjurkan ke saiz yang lebih besar. Pengguna boleh menyimpan terus fail media ke dalam storan 16GB terbina dalam untuk dimain-balik semula dengan mudah.     

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !
Momi with ViewSonic M1

Untuk maklumat lanjut mengenai ViewSonic M1, anda boleh layari laman ini.

ViewSonic PX747-4K
Selain dari ViewSonic M1, sebuah lagi produk baru keluaran ViewSonic turut diperkenalkan iaitu ViewSonic Projektor ViewSonic PX747-4K. Projektor ViewSonic PX747-4K dengan kecerahan tinggi pertama ini direka untuk pengguna yang mahukan mengintegrasikan kandungan 4K ke dalam pengalaman skrin besar mereka, model terbaru ini hadir dengan resolusi 4K Ultra HD (3840x2160) dengan tahap kecerahan 3500 lumens. Ini adalah peluang terbaik anda untuk menaik-taraf pengalaman hiburan di rumah.

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !
ViewSonic PX747-4K

ViewSonic PX747-4K ini menggunakan teknologi XPR terkini untuk mengunjurkan 8.3 juta pixel ke mana-mana permukaan dan ia memberikan gambar yang jelas dan penuh dengan butiran, yang hanya boleh diberikan oleh paparan dengan resolusi empat kali ganda dari Full HD. Serius awesome! Untuk lokasi hiburan dengan pencahayaan ambien yang tinggi , ViewSonic PX747-4K datang dengan lampu 3500 ANSI Lumens untuk gambar yang terang dan jelas, walaupun di bawah cahaya lampu yang terang.

ViewSonic juga telah menggabungkan teknologi DLP ® TI DMD yang telah memenangi Anugerah Academy ke dalam ViewSonic PX747-4K dimana teknologi yang juga digunakan di 90% panggung wayang di serata dunia untuk unjuran digital. Pastinya ViewSonic PX747-4K menghasilkan warna yang tepat dan tahan lama dengan ratio kontras tinggi.

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !
ViewSonic PX747-4K

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !
ViewSonic PX747-4K

ViewSonic PX747-4K turut hadir dengan dua port HDMI dan sokongan HDCP2.2 yang serasi dengan peranti hiburan rumah seperti pemain Blu-ray 4K dan PS4 Pro. Anak kunci seperti Google Chromecast dan stik TV lain boleh terus disabungkan ke port USB untuk strim kandungan. Menarik kan?

Untuk maklumat lanjut mengenai ViewSonic PX747-4K  , anda boleh layari laman ini.

Harga ViewSonic M1 dan ViewSonic PX747-4K
Mesti tak sabar nak tahu berapa harga untuk ViewSonic M1 dan ViewSonic PX747-4K kan? Anda boleh dapatkan sekarang di pasaran pada harga RM1,349 (ViewSonic M1) dan RM5,999 (ViewSonic PX747-4K) di Lazada dan 11Street serta dari pengedar-pengedar yang sah. | ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !

ViewSonic M1 - Projektor LED Ultra-Mudah Alih Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja !
Seronoknya!

Untuk maklumat lanjut mengenai ViewSonic serta produk-produk keluarannya, sila layari laman rasmi ViewSonic. Ikuti perkembangan terkini mereka di Facebook. Bagi Momi, setiap rumah harus memiliki satu ViewSonic M1 yang pastinya ia banyak kegunaan dan menyeronokkan. 

إرسال تعليق

0 تعليقات