Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018! |  Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Baru-baru ini Momi menghadiri sesi food review di restoran Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral untuk memperkenalkan hidangan baru iaitu Nook Signatiure 3 yang terdiri dari pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut. Menu baru ini dicipta oleh Chef Eksekutif di Nook iaitu Arfizan Abdul Rahim. Apakah tiga hidangan dari Nook Signatiure 3? Jom baca selanjutnya.

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!

Mengenai Chef Arfizan Abdul Rahim
Berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang kulinari, Chef Arfizan memulakan kariernya dengan menjadi sebahagian dari 'banqueting team' di hotel sekitar Kuala Lumpur. Setelah menghabiskan 15 tahun mengasah kemahirannya dalam masakan Barat, Chef Arfizan beralih ke Dapur St Regis Barat sebelum dia melompat ke Aloft Kuala Lumpur Sentral sebagai Eksekutif Hotel Sous Chef pada 2017. Chef Arfizan kemudian dinaikkan pangkat ke Chef Eksekutif pada 1 Januari 2018.

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
Chef Arfizan Abdul Rahim

Nook Signature 3 
Hidangan 'Nook Signature 3' ini dimulakan dengan hidangan pembuka selera iaitu 'Warm Green Pea Soup with Seared Scallop, Lumpfish Roe and Parmesan Foam'. Sup kacang hijau panas yang dilengkapi dengan rasa ikan Roe dan kekapis yang manis. Pertama kali rasa memang sedap dan rasa kacang hijaunya, memang membangkit selera makan. Yang menariknya rasa kekapis yang manis, So nyum!

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
Warm Green Pea Soup with Seared Scallop, Lumpfish Roe and Parmesan Foam'

Seterusnya, adalah hidangan utama 'Nook Signature 3' yang perlu Momi pilih sama ada Slow Roasted Beef Tenderloin with Saffron Potato, Risotto Chips and Chives Béarnaise atau Pan-Seared Salmon Trout with Prawn Mousse, Taro Chips and Orange Beurre Blanc. Bagi Momi yang suka makan daging, Momi memilih Slow Roasted Beef Tenderloin , manakala yang menggemari 'seafood' boleh pilih Pan-Seared Salmon Trout sebagai hidangan utama. Pertama kali rasa Slow Roasted Beef Tenderloin with Saffron Potato, Risotto Chips and Chives Béarnaise ini boleh dikatakan sedap juga. Daging lembu yang dimasak 'medium' dilengkapi dengan kentang, bersama sos Chives Béarnaise

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
Slow Roasted Beef Tenderloin with Saffron Potato, Risotto Chips and Chives Béarnaise

Akhir sekali, bahagian pencuci mulut yang ditunggu-tunggu. Untuk pencuci mulut, Nook Signature 3 menghidangkan 'Vanilla Pana Cotta with Berry Gastrique, Mascarpone Ice Cream and Orange Sauce'. Rasa Vanilla Pana Cotta yang sangat kena dengan citarasa Momi, lagi-lagi dihidangkan dengan aiskrim Mascarpone, Berry dan sos Oren. Rasa nak repeat lagi! hehe. Momi suka sangat pencuci mulut ini sebab rasa dia sangat sempurna dan sangat awesome untuk penutup makan malam.

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
'Vanilla Pana Cotta with Berry Gastrique, Mascarpone Ice Cream and Orange Sauce'

Harga Set Menu Nook Signature 3 Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Mac 2018, Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral menawarkan  harga Nook Signature 3 termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut adalah seperti berikut :

  • RM98.00 (Dihidang Tanpa Wine) - Boleh Order Jus Secara Ala-carte
  • RM158.00 (Dihidang Dengan 'Wine')

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
Jus Epal

Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga hidangan Nook Signature 3 dihidangkan bersama wine yang berlainan. Untuk mereka yang tidak minum wine (terutamanya yang beragama Islam), anda boleh memilih pilih jus secara ala-carte (tidak termasuk dalam set menu Nook Signature 3 yang berharga RM98.) 

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
Momi bersama Chef Arfizan Abdul Rahim

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Hidangan Nook Signature 3 Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral , sila hubungi +60 327231188 atau sila layari Laman Rasmi - Aloft KL Sentral , Facebook Aloft KL Sentral dan Instagram Aloft KL Sentral.

Terima kasih Aloft KL Sentral!

إرسال تعليق

24 تعليقات

‏قال Siti Yang Menaip
tenderloin tu sedaaaaapnya nampak. sangat exclusive la hidangan2 ni..
‏قال ray
bestnye. teringin nk pegi sana
‏قال Pojiegraphy
Terdeloin tu sememangnya membuatkan kita menangis. HAHA. RM98 is not bad untuk sekali sekala/special occasion. Ada specific time ke menu ni available?
‏قال Rafzan Tomomi
Sekali sekala untuk cuba apa salahnya kan? hehe. oh ya, lupa mention. dia all-day dining. Bila-bila masa boleh order :D
‏قال Rafzan Tomomi
ye sis. kena cuba sekali :)
‏قال Rafzan Tomomi
kann... presentation pon dah nampak exclusive. rasanya apetah lagi hehe
‏قال MaisarahSidi
nampak sedap dan menyelerakan. lagi-lagi pencuci mulut tu.. sedapnyaaa. boleh juga cuba menu ni nanti di situ

www.maisarahsidi.com
‏قال Khir Khalid
Interior selesa dan hidangan pun kreatif.. menarik sgt sbb harga pun berpatutan dan berbaloi... menyelerakan! :)
‏قال Hasif Hamsyari
Wahhh bukan sembarangan chef tu! Nampak sangat kemas hasil air tangannya. Mesti sedap tu! Yumm...
‏قال Suria Amanda
Tak lambai2 akak pun..opis akak kat sebelah ALOFT ni je...dah beberapa kali gak makan kat situ...sedap..
‏قال Fiza Rahman
Wahhhh... Semua hidangan tu nampak sedap. Especially beef tenderloin dan pana cotta.
‏قال Syafiera Yamin
wow nampak ekslusif betul dari makanan dan dekorasi, dia punya target customer orang kaya ke tu? kita tak mampu la pula nak makan memahal, tengah ikat perut bulan ni hehehe
‏قال Rafzan Tomomi
memang nampak eksklusif. Sekali sekala rasa boleh sis hehe
‏قال Rafzan Tomomi
ye sis. memang mengancam selera saya hahaha
‏قال Mimie
Dessert tuh buat sy.melting sgt. Baca review momi terasa rasa di tekak. Nak nak makan panna cotta dgn aiskrim perghhh terbaik lah. Deko dessert pun nampak cantik dan menarik sagt
‏قال Fieza Sani
aduh duh duh..dekorasi dalam dia pun dah menarik..apa lagi makanan2 dia..terasa orang ada2 kalau sesekali makan kat sini..hehe
‏قال Zharif Azis
Bestnya momi makan sedap-sedap. The dessert is to die for. Nampak menyelerakan sgt.
‏قال NEEZA
high class presentation... nampak sedap pun ya, sebab neeza pernah makan dekat aloft ni walaupun berbeza hidangan... harga pun ok lah.. bawah rm100 je memang puas hati
‏قال amirnawawi
Sedapnyer mom. Aku dh la peminat stik macam ni. Jom la kita gi makan memana tempat jual stik macam ni. Ermm. Nak g Nook cam tak mampu je
‏قال Bella Jamal
Not fan of kacang hijau. Bila nampak dlm bentuk sup nampak sedap pula. Hidangan ala-ala master chef semuanya. Untunglah Momi dapat rasa.Kita tunggu putera raja belanja makan sini ajelah nanti. Huhu
‏قال Lia Hasty
Ish menarik betul lah hidangan Nook Signature 3 tu. Harga pun berpatutan. Kena cuba ni.

www.liahasty.com
‏قال Sunshine Kelly
Such a well balanced menu and I m am keen to try their pea soup with seared scallop.
‏قال Dunia Mommy Comel
menarik plak untuk special occasion
‏قال dr-Life
I will never resist tenderloin. So much drooling now on my hp. Oh dear, I really love the hotel and it's Cafe and restaurant there. Whenever I'm there for sure can never move away. Feel like just staying inside there forever.

Racheal