Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Anda sukakan kelainan? Apa kata anda singgah dekat Cheers Cheese dan rasai sendiri menu Cheese dalam minuman anda. Hari ini (23 Disember 2017) Momi sempat singgah dekat IOI City Mall Putrajaya untuk rasa sendiri minuman dari Cheers Cheese.
Untuk pengetahuan anda, cawangan pertama Cheers Cheese dibuka dekat Damansara Utama, Petaling Jaya dan kini ia membuka cawangannya yang kedua di IOI City Mall Putrajaya. Sempena pembukaan cawangan baharu, Cheers Cheese belanja 100 cawan percuma untuk pengunjung yang terawal.
Cheers Cheese memberi pilihan kepada 100 pelanggan terawal untuk memilih tiga jenis seleksi minuman pilihan iaitu Cheese Milk Tea, Cheese Jasmine Green Tea dan Cheese 4 Season Tea. Ini diantara minuman yang berkombinasikan krim keju yang dibuat secara 'handcrafted' . Momi berkesempatan untuk merasai minuman Cheese Milk Tea dan Cheese 4 Season Tea. Rasa kombinasi krim keju dan Milk Tea memang sedap!
Selain dari seleksi minuman krim berkeju, Cheers Cheese turut menawarkan minuman signature seperti Signatured Fruit tea, Cheese Avacado dan juga Cheese Mango. Menariknya selepas memesan minuman anda akan diberi butang bulat sementara menunggu minuman anda siap. Apabila sudah siap, ia akan berbunyi dan bergetar menandakan minuman anda sudah sedia untuk diambil.
Untuk pengetahuan anda, Cheers Cheese masih dalam proses untuk mendapatkan sijil sah halal oleh JAKIM. Jadi anda tidak perlu risau kerana bahan yang digunakan adalah selamat, segar, dan tidak menggunakan bahan tiruan.
Jangan lupa singgah Cheers Cheese di IOI City Mall Putrajaya dan rasa sendiri Cheese Milk Tea sebab Momi suka! hehe. Untuk maklumat lanjut mengenai Cheers Cheese, sila layari laman rasmi Cheers Cheese.
18 تعليقات
Kalau ade kat sini, memang nak try jugak air ni.
www.maisarahsidi.com