7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam


7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Siapa penduduk area Shah Alam, sila angkat tangan ! Tahukah anda, ada sebuah pusat hiburan keluarga yang dibuka di Sekysen 16, Avenue 2, Shah Alam iaitu IRDKL Mall. Terdapat pelbagai perkhidmatan hiburan yang disediakan khas untuk anda bersama keluarga atau rakan-rakan ketika berkunjung disini. Baru-baru ini Momi bersama rakan Blogger berkunjung ke IRDKL Mall dan merasai sendiri pengalaman sepanjang berada disini.

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

Mengenai IRDKL Mall Shah Alam
Pusat hiburan keluarga ini dimiliki sepenuhnya oleh syarikat hartanah IRDK Land Sdn Bhd, dan juga merupakan dibawah pimpinan IRDK Land Group Of Companies. Antara perkhidmatan yang disediakan IRDKL Mall Shah Alam ini ialah Karaoke, Wayang, Virtual Arcade Games, Digital Dart, British Pool dan Children Arcade.

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

Momi berpeluang untuk cuba beberapa tarikan dan perkhidmatan yang disediakan di IRDKL Mall Shah Alam ini. Menariknya disini disediakan perkhidmatan Wifi percuma untuk para pengunjung. Selain dari itu, IRDKL Mall juga menyediakan perkhidmatan seperti foodcourt dan Dewan (atau dipanggil TSR Hall) untuk disewa. Menarik bukan? Selain itu, turut disediakan surau untuk lelaki dan wanita.

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

TSR Cinemax (Tingkat 10, 11 & 14)
Momi kalau nak pergi mana-mana Mall, mesti tengok ada wayang ke tak? Berita baik penggemar tegar wayang, di IRDKL Shah Alam ada panggung wayang tau. Momi berkesempatan untuk menonton wayang filem 'Abang Long Fadil 2' di dalam panggung wayang TSR Cinemax. Walaupun masuk sedikit lewat dan duduk seat bawah, tak rasa macam duduk seat bawah sebab memang selesa dan tak sakit badan . Satu perkara yang Momi pui, sound sistem yang digunakan memang superb. Untuk pengetahuan anda,  TSR Cinemax dilengkapi dengan projektor 4K dengan bahagian atas garisan Harkness, teknologi audio Dolby Atmos, Auromax, DTSX, Klipsch yang pasti memberi impak dan kesan bunyi khas sewaktu menonton wayang.

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

"TSR Cinemax dilengkapi dengan projektor 4K dengan bahagian atas garisan Harkness, teknologi audio Dolby Atmos, Auromax, DTSX, Klipsch yang pasti memberi impak dan kesan bunyi khas sewaktu menonton wayang."  
7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

Satu perkara yang menariknya tentang TSR Cinemax ini, part makanan memang lain dari yang lain sebab menghidangkan nugget tempura, burger dan hot dog. Kebetulan masa tu tengah lapar, belilah Nugget Tempura (15 ketul) dalam RM12 macamtu. Memang puas makan nugget. Selain itu, seperti biasa mereka juga menjual popcorn, kudapan dan air dengan harga yang berpatutan. Jika anda berminat nak tengok wayang di TSR Cinemax, anda boleh muat turun aplikasi TSR Cinemax di Google Play Store. Boleh tengok filem yang ditayangkan serta boleh beli online lagi tau.

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

Virtual 9D Arcade (Tingkat 13)
Seterusnya, pemainan Virtual Reality 9D yang menjanjikan keseronokan kepada anda. Dengan hanya RM13, anda dapat merasai dua kali pengalaman menonton video dalam versi 9D. Terdapat lebih dari 50 video VR yang anda boleh pilih. Selepas pilihan video VR pilihan anda, anda akan duduk dan dipasangkan alat VR dikepala. Momi berpeluang mencuba dua kali, satu cerita pasal kisah misteri mata dan kedua, perlumbaan kereta. Nak lebih awesome, pilihlah yang main roller coaster, pasti anda akan berpusing-pusing bersama hehe.


7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

Karaoke Keluarga - Melody (Tingkat 12 & 15)
Karaoke? Wajib ada okay ! hehe. Di IRDKL Mall Shah Alam, turut disediakan Karaoke Keluarga-Melody untuk anda yang suka menyanyi. Apa yang menariknya, semasa melangkah ke pusat karaoke ini, tiada bunyi suara menyanyi, senyap je. Ini kerana setiap bilik mempunyai dinding yang kebal dan anda boleh menyanyi tanpa rasa malu hehe. Karaoke Keluarga ini menyediakan lagu baru dan juga lagu lama tau. Harga bermula RM25/jam untuk sebilik. Untuk info harga bilik Karaoke Keluarga - Melody, sila klik sini.

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

Children Arcade Games (Tingkat 13)
Nak bawa anak jalan-jalan? Mungkin anda boleh cuba ke sini, Children Arcade Games. Disini anda dihiburkan dengan permainan-permainan arcade yang mencuit hati anak-anak anda serta menggamit memori anda masa kecil dulu. Ada game tembak, game racing motor dan kereta serta banyak lagi. Purata harga untuk setiap game ialah RM3.00. Menarik kan?

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

Digital Darts (Tingkat 10 & 13)
Permainan Dart pon best juga. Kepada penggemar pemainan dart, IRDKL Mall menyediakan 7 mesin dart digital untuk anda dan ia selamat digunakan kerana tiada penggunaan logam di penghujung dart.

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

Video Simulator (Tingkat 13)
Tahukah anda? Dengan RM10.00 anda boleh cuba permainan Video Simulator kereta lumba yang memberi kepuasan seperti menaiki kereta lumba yang sebenar. Afzal dan Mawardi sempat merasa naik kereta lumba ini, ternyata memang terasa gegarannya. Kalau Momi naik tu, konfem menjerit-jerit tu hehe.

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

TSR Conference Hall (Tingkat 16 & 17)
Bangunan setinggi 17 tingkat ini, juga turut menyediakan dewan (hall) untuk majlis-majlis keramaian atau majlis perkahwinan. Masa lawatan Momi ke TSR Conference Hall ini memang sangat kagum dengan kemewahan dan besarnya dewan ini disamping hiasan lampu yang sangat cantik. Di Dewan ini juga boleh diadakan kursus, seminar, team building , pelancaran produk dan sebagainya. Harga kos sewaan di TSR Conference Hall ini ialah RM25,000 (untuk dewan sahaja untuk satu hari).

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

Di TSR Conference Hall juga turut disediakan VVIP Lounge untuk mereka yang ingin meraikan vip-vip, harga bermula dari RM2000-3000. Momi berpeluang melihat VVIP Lounge ni, memang mewah dan selesa tau. Turut disediakan surau dibahagian VVIP ini. Memang terbaik !

7 Tarikan Di IRDKL Mall, Shah Alam

Sekali sekala, apa salahnya meluangkan masa bersama mereka yang tersayang di IRDKL Mall Shah Alam. Siapa dekat area Shah Alam ni wajib datang. Nampaknya semakin ramai orang dah jumpa Mall kesukaan mereka. Anda bila lagi?

Alamat IRDKL Mall, Shah Alam 
No.1, Jalan Serai Wangi M 16/M, 
Alam Avenue 2, Seksyen 16, 
40000 Shah Alam, 
Selangor Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai IRDKL Mall, Shah Alam, sila layari :

atau, sila hubungi : 
Tel: (+603) 5522 2229
Email : enquiry@irdklmall.com

إرسال تعليق

16 تعليقات

‏قال Mrejoy
Menarik ni, terutamanya part permainan game tu. kena datang dan cuba! hehehe. :)

www.mrejoy.com
‏قال Ruby
Wah berapa banyak mall dah dibuka sekarang. Kempis poket mak camni hahaha. IrDKLand Mall. Ingatkan mall di KL td. Hahahahhaa. Shah Alam jauh. So poket mak selamat. Hahaha
‏قال Atikah Norbaki
wahhhh!!!! bestnya.... ada masa nak pergi lah!!!
‏قال Mahamahu
Firstime dengar pasal IRDKL Mall Shah Alam ni tak pernah dengar pun ni baru tahu menarik juga dalam tu..
‏قال Fatin Bella
Baru bukak ke? Kenapa tak pernah tahu? Aduhh. Thanks for the update babe!
‏قال ANZ
Nak try video simulator tu.mesti best kann
‏قال Luqman Zakaria
Kalau pergi nih seharian pon tak cukup momi..Kenapalah di Shah alam nun disana. Nak pergi..
‏قال sayaidaydotcom
Virtual 9D Arcade tu macam best jeeee. dah lama tak gi shah alam. macam-macam ada dah rupanya. hehehe
‏قال cindy
woo the video simulator look so cool!!
‏قال Mermaid
Tak pernah try lagi jalan kat Mall ni. Nanti la pi hehhe
‏قال Betty's Journey
The mall has a lot entertainment. The cinema looks so class
‏قال Rawlins GLAM
Ok. Ada tempat karock baru. Next location nak pergi memecahkan anak tekak nanti. Thanks Momi.
‏قال Nadhie Wueen
menariknya tempat ni. teringin nak try virtual 9D tu
‏قال SEJARAH ISLAM PAHANG
Terbaik, banyak tempat menarik dan makanannya nampak sedap ^^
‏قال Shah Alam Homestay
أزال أحد مشرفي المدونة هذا التعليق.
‏قال Amro
Enjoy, enjoy, dan enjoy. Itulah yg kita tau kan !!!