Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Momi memang peminat ayam goreng malah hampir setiap hari dalam menu mesti ada ayam. Rasanya tak lengkap kalau tak cuba ayam kampung untuk juadah makan tengah hari. Baru-baru ini Momi berkesempatan merasai Ayam Kampung di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium. Bagaimana keenakan rasanya?

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome telah membuka cawangannya yang baru di D'pulze Cyberjaya dengan nama Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium. Menariknya, restoran ini dibuka dibahagian luar D'pulze dan ianya dahulu merupakan tapak parkir VIP. Jadi memang senang anda nak jumpa sebab betul-betul depan pintu masuk dan laluan parkir. Bagi anda yang merokok atau sukakan suasana hangat, jangan risau restoran ini menyediakan ruang tertutup (berhawa dingin) dan ruang terbuka.

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Cerita bab makanan pula, Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium menyajikan hidangan yang panas-panas terus ke meja anda. Antara hidangan utama mereka ialah Set Nasi Ayam Kampung dan Set Nasi Ayam Kampung Butter yang sememangnya menjadi pilihan para pelanggan. Momi sempat merasa Set Nasi Ayam Kampung Butter sebab rasa macam kelainan sikit dan ternyata memang sedap sehingga licin satu set tu hehehe.

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Selain itu, Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium ini juga turut menghidangkan dalam set seperti set sarapan pagi, menu western dan menu ala carte. Antara hidangan lain yang mendapat sambutan para pelanggan ialah 'Satay Ayam Kampung', 'Gulai Kawah Daging Tetel', 'Pucuk Ubi Masak Lemak', 'Siput Sedut Masak Lemak', 'Ikan Bakar Tilapia' dan 'Ikan Bakar Keli'. Kalau bab air pula, anda kena cuba air Buah Naga dan air Durian Belanda . Memang segar.

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Promosi Istimewa Bulan Ogos 2017
Sepanjang bulan Ogos 2017 ini Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium mengadakan promosi potongan 50% diberikan kepada pelanggan restoran yang memesan menu set yang berharga RM10 dan ke atas. Contohnya set menu Nasi Ayam Kampung Goreng berharga RM12.90 pada hari biasa, anda boleh dapat pada harga RM6.50 sahaja. Make sure datang awal ya promosi ini bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari setiap hari. Sepanjang Ogos sahaja ya!

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Berita baik buat brader & sisturs, pelajar-pelajar yang singgah makan di sini boleh dapatkan potongan sebanyak 10% bagi menu yang dipesan. Hanya bawa kad pelajar dan tunjuk sewaktu ingin membuat bayaran di kaunter pembayaran. Bestnyaaa!

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Waktu Operasi Premium Outlet Restoran Ayam Kampung Velodrome 

10.00 pagi - 10.30 malam (setiap hari)

Alamat Premium Outlet Restoran Ayam Kampung Velodrome

Lot EX-GW-01
D'Pulze Shopping Centre
63000 Cyberjaya

Telefon : 010-3003077

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Untuk maklumat lanjut mengenai Premium Outlet Restoran Ayam Kampung Velodrome, sila layari : 


Terima kasih Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium!

إرسال تعليق

30 تعليقات

‏قال Hasif Hamsyari
Aiyoo sedapnya nampak ayam tu!! lapar jadinya kita pagi2 ni. Nama dia pun mengancam! Membuat adrenalin mengalir laju gitu!
‏قال Rafzan Tomomi
memang sedap. hehe.
kemain la adrenalin bagai tu haha
‏قال sayaidaydotcom
ayam kampung tu favorite kot! boleh la ajak islam datang sini nanti. hehehe
‏قال Rafzan Tomomi
ye iday. sedappp! nak repeat lagi nanti :)
‏قال Suria Amanda
Ok...akak tgh xde aelera sbb demam..tgok gambar makanan ni semua especially ayam kg tu...terus rasa lapar...bahaya ni...
‏قال Rafzan Tomomi
ye ke. hehee. betul tu, tgk ayam kampung goreng tu terus sihat hihi.
btw, get well soon kak :)
‏قال Mahamahu
Ayoiii ayam kampung memang menarik terbaik lah nanti boleh belanja kita kat sini ok tak awak...
‏قال Rafzan Tomomi
ye uolss. jom la makan. saya belanja dan awak bayar . tak gitu. eh ahahah
Ayam kampung ni kalau masak dengan betul senang makan tak liat . Tak banyak restoran yg ada menu ayam kampung ni
‏قال Hasif Hamsyari
Nasi ayam kampung butter tu buat saya kempunan lah! Haha. Sedapnya... Bila nak sampai sini ni! 😍
‏قال 仙妮
So tempting to try it esp the ayam & satay, just that cyberjaya a bit far for me ...Cheers, siennylovesdrawing
‏قال cc kak fas
Dibuka 10 pagi hgga 10.30 malam kut kan? Maybe ada error kut sbb u tulis 10 pgi hgga 10.30 pagi juga..
‏قال Rafzan Tomomi
Betul . Ayam dia sangat lembut dan senang nak makan :)
‏قال Rafzan Tomomi
Ye adik, nanti kita pergi ek hahaah
‏قال Rafzan Tomomi
Yaa soo tempting. :)
‏قال Rafzan Tomomi
Oh yaa. Baru perasan. Terima kasih ya. :)
‏قال Alia Farhan
Ya Allah ...dugaan tengok ayam kampung goreng malam2 hujan2 ni... huwaaaa mana nak carik ni kat Penang niii haaa
‏قال Rafzan Tomomi
sabar sis. hihi. tapi memang best ayam kampung dia. :)
‏قال Bro Framestone
Wowww siput sedut tue.. my fav setiap masa... Ayam kampung pun apa kurangnya
‏قال Mohd Zarin
Alamak.. sedapnya ayam kampung tu.. dah la tengah ada diskaun pulak tu...
‏قال Vieannie
Laparr wehh.. Teringin makan ayam lps tgk entri bro. Sate tu pun meliurkan 😭😭😁
‏قال Rafzan Tomomi
sedap sedap. saya sempat rasa sikit hehe.
‏قال Rafzan Tomomi
mohon pergi makan segera hehe
‏قال Rafzan Tomomi
haaa pergi cepat-cepat cari tu hehe
‏قال reezluv
memang tengok pun dah nampak sedap..nyum nyum
‏قال Rafzan Tomomi
kann.. kalau rasa mungkin lagi sedap ni hehe
Akak suka ayam kampong, chewy2 gitu, tu sate ayam kampong jugak ke dik?
‏قال Rafzan Tomomi
ye kak. sate ayam kampung. sedapp :)
‏قال SEJARAH ISLAM PAHANG
Bestnya, kalau inginkan rasa masakan ala Pahang jom baca ni http://sejarahislampahang.blogspot.my/2016/12/jalan-jalan-ke-pekan-sehari-sekitar.html
‏قال Rafzan Tomomi
hehehehe best.
wah menarik tu. thanks sebab share ya :)