Movie Review - Gods of Egypt

Movie Review - Gods of Egypt

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Movie Review kali ini nak borak pasal filem "Gods Of Egypt". Filem ni berkonsepkan zaman dahulu kala dan fokus di Mesir.  Adakah filem ni sehebat filem 'The Mummy'? teruskan membaca. :)  ::Amaran : Spoiler:: 

Download Gods Of Egypt 2016
SINOPSIS GODS OF EGYPT
Apabila Set, tuhan kegelapan Mesir, telah mengambil alih tahkta empayar Mesir, seorang manusia biasa bernama Bek telah bergabung dengan tuhan Mesir, Horus, dalam misi untuk menyelamatkan dunia dan juga kekasihnya. Filem arahan Alex Proyas ini dibintangi oleh Gerard Butler, Chadwick Boseman, Brenton Thwaites, Nikolaj Coster-Waldau, Courtney Eaton & Geoffrey Rush.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 8 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pengarah: Alex Proyas
Format: 2D




PEREBUTAN TAKHTA
Motif utama filem ini adalah perebutan takhta antara dua beradik. Disebabkan Set terlalu cemburu dan dengki dengan Osiris, Set telah datang dan buat kecoh semasa hari pertabalan Horus. Set berjaya membunuh Osiris dan menumpaskan Horus (anak Osiris) dengan mencabut kedua biji mata Horus . Masa ni memang tak suka dengan Set tu.


KISAH CINTA BEK & ZAYA
Well, manusia memang tak boleh lari dari kisah cinta. Dalam filem ni, diselitkan unsur-unsur cinta dan beberapa motif dalam "Gods of Egypt" adalah kerana cinta. Bek memang sayang sangat dengan Zaya, tapi sesuatu berlaku pada Zaya yang membuatkan Bek nak tolong beliau. Rasanya kalau filem ni dia fokus more action mesti awesome kot. huhu.


PERANGKAP YANG AWESOME
Apa yang Momi suka tentang filem ni masa Bek nak curi mata si Horus tu. Bukan senang nak melepasi perangkap-perangkap yang ada. Silap langkah boleh bawak maut woi. Memang mendebarkan. Ada satu lagi adengan yang diorang nak dapatkan 'biji mata' yang hebat, diorang kena lalui piramid tu yang ada perangkap yang lagi dahsyat. hehe.



BERAPA BINTANG?
Momi dengan ini ingin memberi 3 / 5 bintang untuk keseluruhan untuk filem ini. Jalan cerita dia boleh lah untuk korang layan dan ada sedikit 'humor'. Adakah Horus dan Bek berjaya menjatuhkan Set yang kejam tu?

Gods of Egypt 2016 Download |  Gods of Egypt 2016 Subtitle | Sinopsis Gods of Egypt 2016 Synopsis | Gods of Egypt Review | Poster Gods of Egypt 2016 | Gods of Egypt 2016 Torrent | Review filem Gods of Egypt 2016 | Barisan pelakon Gods of Egypt 2016 

إرسال تعليق

0 تعليقات