Masa tu perasaan macam-macam ada, ye la sebab risau apelah yang akan berlaku dekat sana. Memang pertama kali akan tinggal jauh bersama keluarga, so memang tak keruan dibuatnya. haha Masa tu hari pendaftaran pelajar KPTM Ipoh, jadi memang ramailah orang kan. Batch Mei 2009 ni istimewa sikit sebab dia ada 20 minggu masa belajar berbanding Batch Julai 2009, hanya 16 Minggu. hihi Selepas daftar, saya dibawa ke asrama lelaki dekat Tambun. Setelah sampai, daftar asrama pulak, so dapatlah rumah nombor 5, yang merupakan rumah paling awesome ketika itu. *tipu~* haha
Sampai je rumah tersebut, terus memilih bilik tengah. Mase tu saya rasa saya sorang je baru masuk bilik tu, terus pilih katil bawah (sebab dia katil double-dacker). Lepas tu barulah Hanif, Afiq & Jijie masuk. Seriusss! Rindu suasana bilik tu, walaupun ia sedikit kecil, ramai yang nak lepak situ hahahaha Rindu satu rumah, lagi-lagi masa bulan puasa, how sweet mereka tolong belikan makanan sahur saya, kejutkan saya sahur dan berbuka sama-sama. Paling best, mengemas satu rumah ramai-ramai sampai bersih. hahah Rindu weh :P Itulah sedikit sebanyak cerita dekat Ipoh. 3 tahun dekat sana, macam-macam hal terjadi, ada suka duka pahit manis. Haa.. Jom tengok antara gambar-gambar kenangan yang terpilih, (gambar masa mula-mula masuk takde sebab takde kamera canggih mase tu hahaha) :
:::2011:::
Mase ni 11 Mei 2011, kami sambut besday ke-20 Ein. hee Konon nak bagi kejutan la dekat ein. Mase tu saya menyorok dalam kereta Izzati, sambil pegang kek. Kejutan hampir-hampir terjadi tapi kantoi sebab ein dah nampak saya dari jauh. hahahaha Mase ni sangat kelakar. Apa-apa pon memori yang sangat bermakna buat ein
dalam gambar : Ainur, Rorol, Ein, Bazli, Azie, Akak (Fina), Rafzan Tomomi, Izzati, Ara.
:::2011:::
Tengah amek makanan kat ceramah GELL semua kelas puan Nurulhayati wajib pergi. Sangat best penceramah dia. heee Saya bersama Ara Kimora mengambil makanan . Konon sangat lapar la tu hahahaha
dalam gambar : Rafzan Tomomi, Ara
:::2010:::
Semasa penggambaran short movie untuk Sweetalker Production yang saya memainkan watak utama dalam short movie ini. Sebenarnya 2 kali shooting short movie ni atas sebab-sebab tertentu. Sangat seronok berada di Kuala Kangsar selama 2 hari :) Terima kasih Sweetalker Production sebab bagi kat saya peluang untuk berlakon dalam short movie "Alahai Cucu Nenek!"
dalam gambar : She, Akak (Fina), Rafzan Tomomi
:::2011:::
Masa saya ber-photoshoot bersama mereka. hee Sebenarnya saya baru je balik dari mandi-manda hahaha sebab tu pakai selipar je hahaha...Bagi saya photoshoot satu kepuasan.
dalam gambar : Ein, Hanis, Hafizah, Rafzan Tomomi, Ara, Rizal, Ee, Yazlie
:::2011:::
Sambut ulangtahun kelahiran Ara yang ke-20 . Mase tu kalau tak silap Ara dengan Ein baru balik dari Seremban . So kami yang lain prepare semua khas untuk Ara. hehehe... Saya seronok dapat sambut ni ramai-ramai.
dalam gambar : (Duduk) Bazli, Azmi, Syam, Afiq (Berdiri) Aida, Daus, Kak Fara, Ein, Ara, Akak (Fina) & Rafzan Tomomi
:::2011:::
Masa tengah hangout dengan keluarga Sahara kat Jaya Jusco kat Ipoh. Saya dengan Kak Long saya (Aida) posing dekat parking hahahah Sebenarnya tak boleh tangkap gambar rasenye tapi kami still berposing jugak. ahhaha sorry pak guard
dalam gambar : Aida, Rafzan Tomomi
:::2009:::
Mandi-manda kat Lata Kinjang tahun 2009. Mase ni baru je lepas pindah Rapat Setia. The original of dorm 16A. hehehe
dalam gambar : (Berdiri) Afiq, Ismaja, Syam, Que & Rafzan Tomomi (Duduk) Bazli, Farish
:::2011:::
Shooting sesaja kat Kolej. hee rehat yang terlalu lama, maka semua posing saja. hahaha Mase ni lawak sangat, dah macam ada kenduri kendara gitu hahahaa
dalam gambar : Ara, Rafzan Tomomi, Izzati, Raby, Azie & Ainur.
:::2011:::
Masa kami tengah jenjalan kat Tesco Pengkalan dengan Rorol. tapi rorol takde dalam gambar hahaha... Raby dengan Azie carik celekat udang. dan mereka jumpa. hee Sangat seronok.
dalam gambar : Rafzan Tomomi, Izzati, Azie & Raby
:::2010:::
Time tengah shooting, tetibe hujan pulak kat Kellie's Castle tu. Kami pon redah la hujan dan sempat lagi bergambar hahaha rindu pulak mase ni hahaha
dalam gambar : Hidir, Pyqa, Ismaja, Nisa & Rafzan Tomomi.
:::2011:::
Semester 4. Satu kelas DIM0405 (takde la semua) dok panjat atas bangunan kolej (walaupun dilarang) . Mereka sangat sporting hehehe
dalam gambar : Lop, Hidir, Meor, Azril, Joe, Adib, Raby, Rafzan Tomomi, Izzati, TebuWan, Fakrul, Ayie, Alif, Rafi & Muaz
:::2011:::
Makan malam BBQ bersama gadis Rokam 14. hee sangat seronok malam tu, makan dan makan dan makan! yeahuuu... Rase nak buat macam ni lagi lah. heheheh
dalam gambar : (Baris 1; Berdiri) Bazli, Akak (Fina), Wani, Aida, Rafzan Tomomi (Baris 2; Duduk) Raby, Nalynn, Ainur, Izzati, Ein (Baris 3) Ara, Tiara, Azie, Dila
:::2011:::
Hangout dengan keluarga sahara kat JJ. Nak jadikan cerita, masa kami Semester 5 ramai orang macam tak puas hati dengan kami (kot.. hahaha) kami gelarkan kami Keluarga Sahara sebab kejam hahhaha :P anyway, sangat rindu nak keluar macam ni lagi. hehehe
dalam gambar : Rafzan Tomomi, Ein, Ara, Aida
:::2009:::
Semester 1 tahun 2009. Mase ni kami lepak JJ dan kali terakhir kami bersama sebelum kak Iezah & Tasha pindah masuk Politeknik. Mase tu sangat sedih sebab diorang nak tinggalkan saya :') Seriuslahh saya kurus masa ni hahaha
dalam gambar : Rafzan Tomomi, Tasha, Kak Iezah
:::2012:::
Always be sisters, mase ni saya dengan ara lawan siapa pose lagi hebat sambil kamera terus je tangkap. hehehe Saya pon edit sikit-sikit jadikan dialog hahaha Rindu sangat
dalam gambar : Ara, Rafzan Tomomi
:::2012:::
Saje-saje je tangkap gambar dengan Syamsul Rizal. hehehe Sepatutnya saya pakai kasut, tapi Daus pinjam pulak. hahaha tukar la dengan selipar dia hehe
dalam gambar : Syamsul, Rafzan Tomomi
:::2011:::
Mase saya pergi Pulau Pinang (untuk pertama kalinya!) dengan Kak Ieqah, Izzati & Wan. Sangat excited jumpa air laut hehehhee. Serius rasa rindu pulak dengan diorang
dalam gambar : Kak Ieqah, Rafzan Tomomi
:::2010:::
Tengah jaga Explorace untuk KPTM Ipoh. heee Kami bersama Mentor kami jaga checkpoint dekat Dataran MBI, Ipoh.
dalam gambar : Que, Ecah, Rafzan Tomomi, Miss Afizah
:::2011:::
Saya jadi lecturer sementara yang lain jadi pelajar yang nakal. hahahah lawak gile. macam-macam kerenah
dalam gambar : Rafzan Tomomi, Meor, Faliq, Adib, Izzati, Raby, Azril, Alif, Tebu, Ayie
:::2009:::
Gambar ni dekat Gua Kek Lok Tong. Dekat je dengan asrama Gunung Rapat. Kami pon sesaja datang melihat keindahan disana hehe
dalam gambar : Bazli, Farish, Akak (Fina), Nisa, Rafzan Tomomi
:::2011:::
Mase pengambaran iklan untuk produk kami, Louder Bear. Lokasi penggambaran ni dilakukan di Taman Dr. hee... Sangat seronok. Terima kasih semua yang membantu.
dalam gambar : Ara, Rafzan Tomomi, Aida, Ein, Wani, Bazli, Daus, Akak (Fina)
:::2012:::
Kami berBBQ sekali lagi lepas habes presentation final semester :) sangat meriah dan banyak sangat saya makan. hee Korang memang best ah hehehe
dalam gambar : (Baris 1; Berdiri) Rorol, Izzati, Rafzan Tomomi (Baris 2;Tengah) Bob, Ainur, Tiara, Aida (Baris 3;Duduk) Fatin, Azie
:::2011:::
Mase kami photoshoot berempat kat Gunung Lang. Rasenye ni 1st time datang Gunung Lang. hehehe
dalam gambar : Ara, Rafzan Tomomi, Kak Fara
:::2011:::
Masa kat Gunung Lang jugak. Mase ni dah start bergiat dalam bidang modelling hahaha *tipu~~*.
dalam gambar : Ara, Rafzan Tomomi
:::2011:::
Gambar ni sama hari dengan gambar no.4, kali ni comel sikit hahahaha Bile lagi la nak photoshoot macam ni eh? cc : Yazlie. haha
dalam gambar : Hanis, Ara, Ein, Ee, Rizal, Yazlie, Rafzan Tomomi
:::2011:::
Mase kami buat kerja gila! hahahaha Kami pergi memandi kat Ulu Chepor. Yang uniknya ialah kami pergi mandi pukul 3.30 pagi. ahhaha Ini dinamakan Kerja Gila. Serius seronok weh! hahaha
dalam gambar : Nad, Daus, Azmi, Bazli, Rafzan Tomomi
:::2011:::
Bergambar dekat Penthouse. Sangat kelakar la hahaha dah macam kumpulan K-pop je weh. hahaha
dalam gambar : Ara, Izzati, Rafzan Tomomi, Raby, Ainur, Azie
:::2011:::
Photoshoot kat Taman Botani, kami memang suka berphotoshoot hahaha... Takde salah sorang tak lengkap gitu hahahah
dalam gambar : Ara, Ein, Rafzan Tomomi
:::2011:::
Photoshoot kat Gunung Lang bersama Sladunk Emas. hee Macam-macam memori kat sini. saya jadi model jugak untuk hari tersebut, tapi model untuk aida je la hahahaha
dalam gambar : Ara, Rafzan Tomomi, Ein, Bazli, Aida, Daus, Akak (Fina)
:::2012:::
Malam BBQ jugak. hee Azie cakap "Jom tangkap gambar macam SNSD". Haha sebab tu la semua buat style k-pop ehehehe
dalam gambar : Azie, Aida, Fatin, Ainur, Rafzan Tomomi, Tiara, Izzati
Atas bumbung kolej (dekat penthouse) hehe. Abaikan bibir saya kenapa begitu? Mungkin trend mase tu kot hahahaha.
dalam gambar : Adib, Rafzan Tomomi, Ayie, Muaz, Rafi, Joe, Tebu, Alif, Azril, Hidir, Faliq, Fakrul.
:::2011:::
Lepak dengan Geng Hek~Eh. heheh Mase ni nak pergi main bowling. :) lepas tu pergi karaoke.
dalam gambar : Rafzan Tomomi, Ein, Amirah, Ara
:::2011:::
Tangkap gambar kat atas bangunan kolej. Raby dan Izzati sangat berani panjat sampai atas hehe :)
dalam gambar : Raby, Rafzan Tomomi, Izzati
:::2011:::
Photoshoot bersama mereka kat Taman Botani. Ahh rindunya nak photoshoot kat sane. hehehe
dalam gambar : Ein, Akak (Fina), Ara, Rafzan Tomomi
::2012::
Masa nak ambil Sijil Diploma, gambar terakhir dekat KPTM Ipoh :D
dalam gambar : Ara, Rafzan Tomomi, Ein
I love you gais. <3
KPTM IPOH BATCH 2009-2012 | ASRAMA KPTM IPOH | BANGUNAN KPTM IPOH
6 تعليقات