Kisah Trip Ke Bangkok, Thailand 7 Mac - 10 Mac 2015 - Bahagian 2


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Jom sambung bahagian 2 #Siarsiar di Bangkok, Thailand. Baru je sampai dekat Bangkok, Nak buat apa ni? Jom baca :)

*simkad Thai*

Alhamdulillah sampai jugak dekat Don Mueng Airport, Bangkok, Thailand. (Untuk pengetahuan korang, masa dekat sini lewat satu jam dari waktu Malaysia. So sampai sana terus tukar jam, bagi mengelakkan pening nanti. haha ). Sampai sana memang plan nak beli nombor thailand, ade kedai jual sim kad dekat airport tu terus beli yang Internet Unlimited selama 7 hari. Harganya 290Bhat (dalam RM30 gitu) sahaja dan terus diorang masukkan dalam handphone korang. Bagi kitorang yang tak boleh takde internet sehari memang kene beli haha Facebook pulak free je lepas aktif sim kad tu. hee (Penting : Pastikan korang dah tukar duit RM ke Bhat siap-siap kat Malaysia, kalau boleh tukar lebih dan jangan lupa bawak RM100 atau RM200 untuk backup)


*mesin beli tiket keretapi*

Lepas selesai beli sim kad, kitorang nak ke Hotel pulak. Hotel yang kitorang book 4 hari 3 malam tu dekat Waterford Diamond Tower, Bangkok. Untuk kesana, kitorang mula-mula naik bas No. 6 (Tiket dalam 30-40 bhat) sampai dekat stesen keretapi BTS Mo Chit. Sampai stesen tu beli tiket keretapi (42Bhat) ke stesen Phrom Pong . Setibanya dekat stesen nak dituju tu, kene jalan kaki dalam 15-20 minit untuk ke Hotel tu. Sampai hotel masih awal la pulak dalam pukul 10.15 pagi macamtu tapi dah check in dulu, nanti senang terus naik je. Sementara tunggu pukul 2.00 petang untuk check in kitorang pon decide untuk jenjalan dulu dekat Bangkok. 


*menunggu keretapi datang*

Sekali lagi naik BTS dari stesen Phorm Pong ke stesen Siam (31 Bhat). (Penting : masa korang ke kaunter tiket, diorang akan tukar duit kertas korang ke syiling, jadi korang kene masukkan syiling sendiri dalam Mesin Tiket atau beberapa stesen ada mesin pakai duit kertas, so tak payah tukar). Mula-mula memang kekok dan tak faham macam mana nak beli tiket , lama-lama dah faham kot. hehe Semua wajah sangat lapar sebenarnya jadi nak cari tempat makanan.

*Yana Restaurant*

Kat sini memang susah nak cari tempat halal, jadi kitorang decide nak makan dekat restoran islam, Yana Restaurant yang terletak di MBK Mall, Bangkok. Dari stesen Siam ke MBK Mall tu ade la dalam 10-15 minit berjalan, memang letih. haha Kat situ pastinya semua makanan halal, pelayan situ memang sporting gilers. haha Makan situ dalam 200bhat gitu (Basmathi Rice with Grilled Chicken + Mineral Water + Blue Hawaii Italian Soda) Serius kenyang! haha Lepas makan tu masih jalan-jalan dekat mall tu, memang ramai orang. Penuh manusia dimana-mana! haha 


*Tempat kitorang menginap*

Lepas letih berjalan kembali ke Hotel (ngam-ngam pukul 2 petang). Terus naik bilik. Kitorang dapat bilik tingkat 46 okey! Paling atassss hahaha. Dia macam apartment, ada 3 bilik besar, 2 bilik air, 1 jamban dan dia memang besar! fuhh~ (Harga dalam 8800bhat - booking dekat Booking.com. Tips : pastikan pilih hotel/rumah sewa yang dekat dengan pegangkutan awam macam bas atau TBS, memudahkan perjalanan.) Tengok luar memang nampak penuh bandar Bangkok, super awesome! Penat jalan tu hilang lepas rasa angin sepoi-sepoi bahasa. Dan petang itu semua orang tidur sampai la petang nak ke malam. Penangan letih tak habis lagi tu haha.  

*saya dalam train itu*

Malam tu takde buat apa, saje singgah 7Eleven beli air atau makanan yang patut (pastikan ia ada tanda halal ye). Sempat jugak singgah beli, Pulut Mangga yang memang popular dekat Bangkok. Malam tu kitorang makan megi je, beli siap-siap kat Malaysia. hee Jimat kos okey. (Tips : Sila beli siap-siap kat Malaysia Megi, roti, biskut untuk makanan masa korang tetiba lapar, sana memang susah nak carik makanan yer. haha) Lepas makan apa lagi, tidur lerr. hahaha Tamat sudah hari pertama di Bangkok, ada lagi 3 hari tu buat apa? haha. Tunggu entri seterusnya esok! [Sambung Bahagian 3] Jom tengok beberapa gambar hari pertama yang sempat dirakam :

*demo beli tiket gitu*

*stesen-stesen BTS*

*sekadar hiasan*

*cantik!*

*pulut mangga,. nyum nyum*

*Tiket keretapi BTS*

*wefie semua orang*

*Black & White gitu*

*krik krik*

*ruang tamu*

*katil dia. nyaman~ haha*

*Bilik air*

*Ruang tamu lagi*

*sunset :)*

Foto by diorang
Edit by Rafzan Tomomi

Tempat Menarik di Bangkok | Cara nak naik BTS Bangkok | Tempat Makan Halal di Bangkok | Hotel terbaik di Bangkok | Bangkok Transportation

إرسال تعليق

0 تعليقات