Info Kesihatan
Kenali Simptom Awal Jika Anda Terkena Virus COVID-19
Sumber foto : hellodoktor,com

Kenali Simptom Awal Jika Anda Terkena Virus COVID-19 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bagaimana hari-hari anda melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Semoga anda semua sihat dan jaga kebersihan ya. Pejam celik, sudah 4 bulan dunia digemparkan dengan jangkitan virus korona (COVID-19), tapi banyak perkara tentangnya masih jadi tanda tanya.Jumlah individu yang dijangkiti juga meningkat perlahan-lahan menuju ke angka 2 juta.

Pelbagai jenis kajian telah dijalankan oleh saintis untuk memahami sifat dan mekanisme jangkitan virus tersebut. Namun, jika dilihat pada simptom, tiada gejala spesifik yang boleh dikaitkan dengan wabak COVID-19. Oleh sebab virus ini menjangkiti saluran pernafasan manusia, ia boleh menyebabkan beberapa simptom dan komplikasi seperti berikut:

Simptom
  • Demam
  • Selsema
  • Batuk
  • Sakit Tekak
  • Sesak Nafas

Komplikasi
  • Jangkitan paru-paru
  • Kegagalan Buah Pinggang
  • Kematian
  • Penyakit Pernafasan Akut Teruk

Mungkin ia lebih kurang sama dengan virus lain yang seperti demam selesema. Apa yang lebih bahaya adalah kebolehan virus ini untuk menjangkiti individu lain walaupun masih berada dalam tempoh pengeraman. 

Beza jangkitan selesema dan simptom virus korona baharu
Jika anda buat perbandingan antara virus korona baharu dan virus jangkitan selesema, kedua-duanya tidak mempunyai beza yang ketara berkaitan dengan simptom. Kedua-duanya merupakan virus yang menjangkiti sistem pernafasan. Mereka yang dijangkiti boleh melalui fasa tanpa simptom dan mereka yang berisiko tinggi boleh mengalami simptom teruk.

Kedua-dua virus ini disebarkan melalui sentuhan langsung, titisan air dan fomit (barang tercemar oleh virus). Oleh demikian, anda akan sedar bahawa langkah pencegahan bagi kedua-duanya juga akan jadi lebih kurang sama. Orang awam digalakkan membasuh tangan secara kerap dan memakai topeng muka sekiranya sedang sakit.

Faktor simptom COVID-19 yang perlu dilihat
Namun, jika dilihat keupayaan kedua-dua virus ini menjangkiti virus lain, ternyata kedua-duanya ada sifat berbeza! Untuk melihat keagresifan virus, kita perlu melihat kebolehan jangkitan virus ini untuk merebak pada individu lain. Ia diukur melalui nilai R-naught (R0). COVID-19 mempunyai nilai R0 yang lebih tinggi namun perbandingan secara langsung sukar untuk dilakukan. Ini berikutan kedua-dua virus muncul pada konteks dan masa yang berbeza.

Selain itu, kanak-kanak juga salah satu faktor yang berbeza di antara kedua-dua virus ini. Walaupun simptom COVID-19 boleh berlaku pada kanak-kanak, tapi kajian di China menunjukkan konteks jangkitan dengan orang dewasa agak berbeza. Maklumat klinikal terkini menunjukkan kanak-kanak mendapat jangkitan daripada orang dewasa! Kadar kematian COVID-19 juga kelihatan lebih tinggi berbanding dengan virus influenza.

Apa perlu dibuat jika saya ada simptom virus COVID-19?
Mereka yang menunjukkan simptom COVID-19 perlu memakai topeng muka dan mengamalkan jarak sosial. Jarak sosial merupakan satu amalan menjauhkan diri sendiri bagi mengelakkan penularan wabak. Antara amalan yang boleh dipraktikkan adalah:
  • Berdiri sekurang-kurangnya 2 meter daripada individu lain.
  • Elakkan dari berkumpul atau menyertai aktiviti kluster.
  • Tidak keluar ke tempat awam atau menggunakan kenderaan awam.

Oleh sebab jangkitan wabak ini boleh ditular oleh mereka yang ada simptom COVID-19 atau bebas simptom, tindakan menjauhkan diri dapat memutuskan rantaian jangkitan. Perkara ini wajib dibuat jika anda tinggal di zon merah yang telah ditanda oleh KKM. Jangkitan COVID-19 boleh berlaku apabila individu berjangkit yang mengalami simptom COVID-19, bercakap dengan individu lain pada jarak dekat dan menyentuh peralatan di sekeliling tanpa membasuh tangan.

Amalan jarak sosial dan langkah pencegahan lain merupakan senjata yang paling berkesan memandangkan simptom COVID-19 tidak boleh dijadikan tanda aras bagi diagnosis jangkitan wabak.

Secara konkulusinya, simptom COVID-19 bukanlah satu tanda yang boleh diharap dalam menentukan seseorang itu dijangkiti ataupun tidak.Ia kerana COVID-19 mempunyai tempoh pengeraman selama 2 minggu. Mereka yang bebas simptom COVID-19 turut berisiko untuk menyebarkannya kepada individu lain. Maka polisi terbaik bagi setiap individu adalah dengan mengamalkan jarak sosial semasa situasi wabak. Patuhi perintah kawalan pergerakan dan pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan.

Sumber : hellodoktor.com

April 18, 2020

Telefon Bimbit Pun Nak Kena Bersihkan Kalau Tak Nak Virus COVID-19 ‘Melekat’!
sumber : hellodoktor.com

Bersihkan Telefon Bimbit, Kalau Tak Nak Virus COVID-19 ‘Melekat’! Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys. Apabila wabak COVID-19 mula melanda, ramai di antara kita yang sudah mula mengambil berat berkenaan soal kebersihan diri dan sekeliling. Ada yang mula mencuci tangan dengan kerap, mula memakai topeng mulut dan hidung malah ada juga yang bertindak melakukan pembasmian kuman pada barang yang dibeli walaupun ia sebenarnya tidak perlu.

Ada yang lebih ekstrem, mencuci sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang dibeli dengan menggunakan sabun, kononnya untuk menyingkirkan virus COVID-19. Dalam kesibukan mencuci barangan seperti itu, ada satu benda yang mungkin anda terlepas pandang untuk dibersihkan. Apakah barangan tersebut? Ia adalah telefon bimbit anda. Walaupun telefon anda kelihatan bersih, hakikatnya ia tidaklah seperti yang disangkakan. 

Mengapa saya perlu bersihkan telefon bimbit?
Virus COVID-19 ini boleh bertahan hidup dalam persekitaran yang memiliki suhu bilik. Tempoh kelangsungan hidup virus ini juga bergantung kepada permukaan tempat ia berada seperti besi, kaca, seramik dan juga plastik. Berikut adalah tempoh masa virus ini boleh terus hidup pada permukaan tertentu :

tempoh masa virus ini boleh terus hidup pada permukaan tertentu

Bagaimana pula virus ini boleh berada pada telefon bimbit? Ia boleh terjadi dalam dua keadaan,
  1. Apabila telefon bimbit anda terkena titisan cecair daripada seseorang yang telah dijangkiti COVID-19 seperti batuk dan bersin
  2. Apabila virus tersebut berpindah daripada tangan anda setelah menyentuh permukaan-permukaan tertentu di tempat awam seperti tombol pintu, butang lif dan lain-lain lagi. 

Oleh itu, terdapat kemungkinan telefon bimbit anda juga mempunyai virus COVID-19 ini sekiranya anda tidak mencuci tangan selepas menyentuh sesuatu permukaan. Begitu juga apabila anda berada berhampiran dengan mereka yang dijangkiti. Tetapi ingat, tangan anda juga bukanlah punca terbesar virus ini berpindah ke telefon anda. Ia juga mungkin berpindah dari wajah anda sewaktu anda membuat panggilan telefon

Bagaimanakah cara untuk bersihkan telefon bimbit saya?
Sebelum mula mencuci telefon secara semberono, anda disarankan untuk merujuk kembali kepada laman web pengeluar atau pengilang telefon bimbit anda. Kadangkala, pengeluar akan memberikan arahan khusus berkenaan cara terbaik mencuci telefon bimbit agar ia tidak merosakkan telefon.
Selain itu, anda juga mungkin boleh melihat kepada kotak atau manual penggunaan telefon bimbit tersebut berkenaan cara bersihkan telefon.

Bagi kebanyakan telefon bimbit, berikut merupakan antara kaedah umum untuk bersihkan telefon agar ia lebih bersih dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan:
  1. Tanggalkan kesemua plug atau kabel terlebih dahulu.
  2. Gunakan kain yang lembut sahaja.
  3. Jangan sesekali menggosok telefon bimbit dengan cara yang kasar.
  4. Jauhkan telefon bimbit daripada sebarang cecair.
  5. Pastikan tiada sebarang cecair atau kelembapan daripada memasuki mana-mana lubang pada telefon.
  6. Jangan gunakan semburan aerosol dan cecair peluntur kerana ia boleh menghakis telefon bimbit anda.
Bahan apakah yang boleh digunakan untuk bersihkan telefon bimbit saya?
Bukan semua bahan pencuci boleh digunakan untuk mencuci telefon kerana sifat telefon itu yang sangat sensitif. Anda perlu menggunakan produk berasaskan alkohol kerana cecair sabun biasa boleh menyebabkan kerosakan pada telefon anda. Selain mencuci telefon, berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mencegah jangkitan COVID-19.

Antara bahan yang boleh digunakan untuk tujuan mencuci telefon ialah ethanol, isopropyl alcohol, hydrogen peroxide dan juga sodium hypochlorite. Namun, daripada kesemua jenis bahan tersebut, isopropyl alcohol adalah bahan yang paling kurang berbahaya terhadap salutan oleophobic yang terdapat pada telefon bimbit anda. 

Oleophobic adalah salutan yang membolehkan anda menyentuh skrin telefon tanpa perlu meninggalkan banyak kesan cap jari selain membolehkan anda mencuci skrin dengan lebih mudah. Anda boleh menggunakan produk yang mengandungi kandungan isopropyl alcohol seperti tisu basah atau alcohol swab untuk bersihkan telefon anda.

Jadikan produk berasaskan ethanol dan hydrogen peroxide sebagai pilihan terakhir untuk bersihkan telefon bimbit. Ini kerana, jika anda menggunakan kedua-dua bahan ini dengan kerap, ia boleh merosakkan lapisan oleophobic tersebut.

Berapakah kepekatan kandungan alkohol yang sesuai digunakan?
Kepekatan kandungan alkohol yang paling sesuai untuk bersihkan telefon anda adalah antara 70% hingga 80%. Alkohol tulen dengan kandungan 100% alkohol akan meruap dengan sangat cepat, oleh itu ia tidak sesuai untuk digunakan. Untuk hasil yang terbaik, larutan alkohol perlulah berada pada permukaan telefon selama sekurang-kurangnya 1 minit.

Walau bagaimanapun, bagi kepekatan alkohol yang lebih rendah daripada itu, ia mungkin tidak berkesan dalam membunuh virus. Oleh itu, pastikan bahawa produk yang anda gunakan mempunyai kepekatan kandungan alkohol sekurang-kurangnya 70%.

Kesimpulan
Jangan terkejut jika kami nyatakan kepada anda kuman yang berada pada telefon bimbit anda sebenarnya lebih banyak berbanding tempat duduk tandas di rumah anda. Ini kerana perpindahan mikroorganisma banyak berlaku daripada tangan anda kepada telefon bimbit.

Pada saat wabak COVID-19 sedang melanda, mencuci telefon bimbit adalah antara satu langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan. Ia bukan wajib tetapi pertimbangkan untuk bersihkan telefon anda sekiranya terkena rembesan cecair tubuh individu lain, atau selepas anda menyentuh mana-mana pemukaan di luar rumah. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Sumber : hellodoktor.com

April 13, 2020

Bersihkan Telefon Bimbit, Kalau Tak Nak Virus COVID-19 ‘Melekat’!