Ayam Kilau - Menu Ramadan Raya The Chicken Rice Shop

Ayam Kilau - Menu Ramadan Raya The Chicken Rice Shop
Ayam Kilau - Menu Ramadan Raya The Chicken Rice Shop

Ayam Kilau - Menu Ramadan Raya The Chicken Rice Shop | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Kita masih lagi dalam mood bulan Ramadan dan pastinya anda yang sedang mencari menu-menu menarik untuk dicuba untuk berbuka puasa serta hari raya nanti. Sempena itu, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu baharunya iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup khas buat semua peminatnya. Menu Ayam Kilau kini boleh dicuba mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi TCRS. 

Ayam Kilau - Menu Ramadan Raya The Chicken Rice Shop
Ayam Kilau - Menu Ramadan Raya The Chicken Rice Shop

Bulan puasa juga merupakan waktu yang istimewa di mana kita dapat berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan untuk berbuka puasa. Oleh sebab itu, TCRS berbesar hati melancarkan menu baharu ini untuk dinikmati bersama samada di restoran ataupun di rumah. Pemilihan perkataan ‘kilau’ ini dijelaskan kerana mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.

Menu Ayam Kilau ini boleh dipesan dalam 3 set berbeza – Meal A (set 1 orang), Meal B (set 2 orang) dan Meal C (set 4 orang) untuk pilihan makan seorang dan juga untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Harga bermula dari RM28.90.

Ayam Kilau - Menu Ramadan Raya The Chicken Rice Shop
Ayam Kilau - Menu Ramadan Raya The Chicken Rice Shop

Meal A (set 1 orang), Ayam Kilau (1/4) didatangkan bersama Pak Choy with Osyter Sause (kecil), semangkuk nasi, satu sup dan 1 Slurrrp Bandung. 

Meal B (2 orang makan), Ayam Kilau (1/4) didatangkan bersama Single Serve Chicken (pilihan seperti Roast/Steamed/Sou Sauce), Nyonya Pai Tee (biasa), pilihan sayur (Pak Choy with Osyter Sause (biasa) atau Spicy Ladies Fingers (biasa)), 2 mangkuk nasi, 2 sup dan 2 Slurrrp Bandung.

Meal C (set 4 orang) pula, Ayam Kilau (1/2) didatangkan bersama 1/4 Chicken (pilihan seperti Roast/Steamed/Sou Sauce), Nyonya Pai Tee (besar), pilihan sayur (Pak Choy with Osyter Sause (besar) atau Spicy Ladies Fingers (besar)), Penang Rojak, Penang Famous Chicken Rolls, 4 mangkuk nasi, 4 sup dan 4 Slurrrp Bandung. 

Ayam Kilau - Menu Ramadan Raya The Chicken Rice Shop
Ayam Kilau - Menu Ramadan Raya The Chicken Rice Shop

The Chicken Rice Shop amat menitikberatkan citarasa para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai jenis menu bersesuaian dengan hari perayaan dan TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya senantiasa dapat dinikmati demi menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, sila layari laman web rasmi The Chicken Rice Shop dan laman Facebook The Chicken Rice Shop. Enjoys!


Post a Comment

0 Comments