Pizza Hut Malaysia The Long Party Box

Pizza Hut Malaysia The Long Party Box
Pizza Hut Malaysia The Long Party Box

Pizza Hut Malaysia The Long Party Box | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Pernah makan pizza sepanjang 1 meter? Anda kini boleh rasainya dekat Pizza Hut Malaysia. Pizza sepanjang 1 meter atau ia dipanggil "The Long Part Box Get Together" ini mula dilancarkan pada Mei 2022 lagi. MOMI sangat teruja nak rasa sendiri pengalaman makan pizza sepanjang 1 meter ini. Apa yang menarik mengenai Pizza ini? Mari MOMI kongsikan.

Pizza The Long Part Box ini boleh didapati dalam 6 pilihan perisa 'topping' yang berbeza iaitu "Aloha Chicken", "Beef Pepperoni", "Chicken Pepperoni", "Hawaiian Chicken", "Island Tuna" dan "Veggie Lover". Yang menariknya, anda boleh menikmati pizza sepanjang 1 meter ini dengan 3 jenis sos pencicah iaitu BBQ, Cheese dan Chili Sauce. Pizza ini dijual pada harga RM99 untuk ala-carte dan hanya dijual untuk Dine-in dan Take Away sahaja (Untuk delivery tiada ya hehe).

Pizza Hut Malaysia The Long Party Box
Pizza Hut Malaysia The Long Party Box

MOMI berkesempatan untuk merasa sendiri Pizza The Long Part Box ini. First time nampak pizza sepanjang 1 meter ini, memang dah teruja habis. Seronok dapat makan pizza sambil cicah sos pencicah yang ada. Walaupun meja MOMI ada 7 orang, memang tak boleh habis sebab banyak. Pizza tetap rasa sedap ya. Air pon dapat 'free flow' seperti promosi yang MOMI nak ceritakan ini.

Pizza Hut Malaysia The Long Party Box
Pizza Hut Malaysia The Long Party Box

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Yang Ke-65 ini, anda bakal menikmati promosi istimewa untuk dine-in. Anda hanya perlu tambah RM10 untuk dapatkan minuman soft drinks secara 'free flow' ( untuk 10 pax). Promosi istimewa ini hanya dalam waktu terhad iaitu 30 Ogos 2022 hingga 11 September 2022. Cepat dapatkan Pizza The Long Part Box ini dan nikmati promosi istimewa sempena Merdeka. 

Pizza Hut Malaysia The Long Party Box
Pizza Hut Malaysia The Long Party Box

Pizza Hut Malaysia The Long Party Box Get Together
Baru-baru ini MOMI dijemput ke majlis The Looooooooong Party Box Get Together pada 27 Ogos 2022 di Pizza Hut Kota Damansara. Lebih dari 20 Blogger dan Media yang hadir ke majlis ini. Majlis meriah dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pengenalan mengenai Pizza The Long Part Box. Serius seronok sangat, sambil makan sambil main game. MOMI pon sempat sertai 1 permainan berkumpulan dan kumpulan kami menang. Seronoknyaa! Dapat hadiah hehe. Terima kasih Pizza Hut Malaysia untuk majlis ini. 

Pizza Hut Malaysia The Long Party Box
Pizza Hut Malaysia The Long Party Box

Pizza Hut Malaysia The Long Party Box
Pizza Hut Malaysia The Long Party Box

Untuk maklumat lanjut mengenai Pizza Hut Malaysia, sila layari laman web rasmi Pizza Hut Malaysia. Ikuti juga mereka di media sosial, Facebook dan Instagram


Post a Comment

1 Comments

Sis Lin said…
Ingat nak beli gak laa, tapi duk fikir, camne nak bawa balik masuk kete ek hahahaha