Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir) | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Ulang Tahun Ke-10 Blog @RAFZANTOMOMI tidak lama lagi. Sementara menunggu harinya, MOMI nak kongsikan entri yang dah lama tak update, jadi MOMI kembalikan semula sempena Ulang Tahun Ke-10 ini iaitu "Saya & Gambar". Kali terakhir MOMI update entri ini pada tahun 2020, lepas tu terus lupa haha. Memandangkan MOMI suka sangat bergambar, jadi MOMI saja nak kongsikan gambar sepanjang 10 tahun dari blog ini. Disamping itu, MOMI boleh throwback semula kenangan-kenangan dari tahun 2012 hingga kini. Mari MOMI kongsikan bahagian keempat dan akhir entri ini  (dari 2020-2022).

2020

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Mencari kurta atau baju Hari Raya memang jadi satu kerisauan untuk Momi untuk cari yang 'plus size' punya. Kebetulan ada satu butik yang terletak di Shah Alam iaitu Cirgaro Apparel ada jual kurta bersaiz besar sehingga 4XL. Ini job terakhir diluar sebelum pandemik COVID-19 melanda negara kita. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Nook kembali dengan konsep yang baru disamping menerapkan norma baharu iaitu "Eat-all-you-can-Lah!". Konsep ini akan diteruskan untuk anda menikmati makanan dengan selasa dan mengikut SOP (pada masa itu). menampilkan lebih dari 50 hidangan yang boleh anda nikmati dengan bayaran RM98 sahaja (sah sehingga 31 Julai 2020). 50 jenis hidangan dalam "Eat-all-you-can-Lah!" bakal menemui anda di meja makan termasuk pelbagai jenis menu tempatan dan antarabangsa. Best juga konsep ni, jarang-jarang Hotel buat konsep ni hehe.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun 2020, McDonald's Malaysia sekali lagi membawakan kepada anda papan tanda Mekdi bukan sahaja di Bukit Bintang malah di restoran-restoran terpilih di seluruh negara. Ini juga bersempena ulang tahun ke-38 syarikat itu sejak pembukaan restoran McDonald’s pertama di Bukit Bintang. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Kalau hujung tahun pastinya ramai yang teruja menantikan tahun 2021 dan yang menyambut Krismas pastinya tidak sabar untuk berkumpul seisi keluarga. Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral juga tidak ketinggalan untuk membawa kemeriahan suasana perayaan ini dengan hidangan-hidangan yang lazat khas buat anda. Nook masih dibuka seperti biasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mematuhi SOP yang ditetapkan pada waktu itu.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Momi kongsikan resipi istimewa 'California Raisins Marble Cake'California Raisin Marble Cake adalah pemanis mulut yang sesuai untuk musim perayaan. Gabungan Marble Cake dan California Raisins menambah kemanisan rasa kek dengan bau yang lazat dan menyelerakan. Sesuai dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan. Kek ini MOMI masak bersama emak, dua kali tau buat baru jadi haha.

2021

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Preview bufet ramadan di The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong. Semua hidangan dekat sini memang layan lah. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Sekali lagi untuk tahun 2021, Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral tidak jemu menjemput MOMI untuk ke bufet preview makanan untuk Krismas dan Tahun Baru 2022.  Antara menunya ialah 'Turki Panggang Itali' (Italian Roast Turkey) yang lazat yang disapu dengan oregano dan disumbat dengan 'Apple Chestnut Ciabatta', mengikut resipi tradisional dari Lombardy, 'Kambing Panggang Tuscan', 'berinspirasikan Itali, bebola keju, makanan laut di atas ais, stesen 'ceviche', pai enak dan banyak lagi. 

2022

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)


McDonald's memperkenalkan ciri baharu iaitu 'Order & Collect' yang terdapat dalam aplikasi McDonald’s. Ciri aplikasi baharu ini menawarkan pengalaman yang lancar dengan membolehkan anda memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana anda ingin mengambil pesanan, secara terus melalui telefon pintar mudah alih. Majlis pertama untuk tahun 2022.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Dah lama tak jumpa Blogger rama--ramai kan? Awal tahun ini berkempatan jumpa semula rakan-rakan Blogger Malaysia di majlis sambutan Ulang Tahun Kelahiran Khai Artzfar beserta Ulang tahun blognya pada 22 Februari 2022 di Santapan Ummi's Sentul Village. Serius seronok dapat jumpa semua dekat event, sempat la bergelak ketawa berborak bersama hehe. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

MOMI dengan makanan tidak dapat dipisahkan. Tahun ini lain macam ya rasa nak pergi preview Buffet Ramadan. Mungkin sebab sudah 2 tahun kita tak dapat rasa raya. Tahun ini memang MOMI terima banyak juga jemputan bufet Ramadan. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Tempat makan yang selesa dan berhawa dingin serta sesuai untuk mereka yang suka ambil gambar. Jika anda datang menaiki kereta, mungkin susah sikit nak cari parkir. Waktu yang sesuai untuk datang ke Garage 51 adalah pukul 3:00 petang hingga 5:00 petang. Dulu-dulu pergi sebab viral Milkshake Garage 51 yang meriah, jadi tak pesan makanan dekat sini. Harganya bagi MOMI sangat berbaloi dengan rasa dan portion makanannya. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Memang puas hati dengan Superior Room ini dengan bilik yang cantik serta bilik air yang besar. Selain itu, tidur juga sangat nyenyak dengan katil dan bantal yang premium. Bilik yang memiliki keluasan 32.4 sqm ini menyediakan kemudahan seperti Katil Twin, Meja dan Kerusi Untuk Buat Kerja, TV LED, Coffee dan Tea Maker, Pengering Rambut, Seterika dan Papan Seterika, Minibar, Rain Shower dan Kemudahan Bilik Mandi.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Lain macam rasa bulan puasa pergi LEGOLAND® Theme Park. Terletak di Iskandar Puteri, LEGOLAND® Theme Park ini menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ada 8 area yang boleh anda lalui termasuk "The Beginning", "LEGO® Technic", "LEGO® City", "LEGO® Kingdoms", "Miniland", "Imagination", "Land of Adventure" dan "LEGO® Ninjago World". Selain itu, ada tempat untuk anda makan dan juga membeli belah disekitar LEGOLAND® Theme Park. 


Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian Akhir)

Akhir sekali, gambar bersama keluarga pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Tahun ini raya pertama tak lengkap, jadi kami lengkapkan gambar raya kami pada hari raya keempat. Memang serius meriah dan kecoh. Bukan senang nak kumpul satu keluarga, ambil gambar bersama. Memang semua sporting habis. 

--------

Phewwww...! Bukan senang ya nak cari gambar-gambar ni, memang MOMI ambil secara rawak sahaja. In sha Allah, nanti setiap bulan atau tahun, MOMI akan kembalikan entri "Saya & Gambar" ini. Ye la, nak cari 'content-content' menarik jugak, kalau tak mesti anda bosan tengok MOMI update pasal hiburan sahaja kan? hehe. Okaylah, sampai disini sahaja entri kali ini. Terima kasih sebab sudi baca dari entri pertama hingga entri terakhir Saya dan Gambar edisi ulang tahun ke-10 ini. Harap anda seronok melihat kenangan-kenangan MOMI bersama keluarga dan rakan-rakan. =)


Post a Comment

0 Comments