Resipi Biskut Samperit

Resipi Biskut Samperit
Resipi Biskut Samperit

Resipi Biskut Samperit | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Raya tinggal beberapa hari sahaja lagi, pasti ramai yang sedang buat biskut raya. Kebetulan MOMI dapat job untuk buat kuih semperit menggunakan Butter Anchor, jadi MOMI rajin nak 'update' blog untuk resipi biskut semperit. Jom MOMI kongsikan.

Bahan-Bahan Biskut Semperit
Sebelum nak mula, pastikan kesemua bahan ini cukup ya. Berikut adalah Bahan-Bahan Biskut Semperit. (Resipi ini MOMI rujuk pada blog Resipi Che Nom)  : 

  • 250g Anchor Butter
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan Gula Icing (90g)
  • 1 cawan tepung jagung (120g)
  • 2 cawan tepung gandum (250g)
  • 1 cawan tepung kastad (120g )
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Buah ceri merah

Resipi Biskut Samperit
Resipi Biskut Samperit

Cara Penyediaan Biskut Semperit
Selepas lengkap kesemua bahan diatas, barulah kita boleh buat biskut raya ini. Sebelum mula, pastikan anda potong kecil ceri merah untuk hiasan. Berikut adalah cara penyedian biskut Semperit: 

  1. Sediakan mangkuk atau bekas besar.
  2. masuk dan hancurkan Anchor Butter yang sudah lembut didalam mangkuk adunan. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan gula icing, kuning telur dan esen vanilla lalu teruskan menggaul sehingga sebati.
  4. Masukkan pula tepung kastard, tepung jagung dan secawan tepung gandum. Gaul dahulu dan kemudian, masukkan cawan kedua tepung gandum sedikit demi sedikit.
  5. Rehatkan adunan seketika.
  6. Masukkan kedalam acuan.
  7. Tekan adunan secara beralun satu persatu diatas loyang.
  8. Hiaskan dengan potongan ceri merah
  9. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit. Ubah suhu ikut jenis oven anda gunakan.
  10. Sedia untuk dihidang.

Resipi Biskut Samperit
Resipi Biskut Samperit


Cantik kan kejadiannya? Resipi ini memang selalu Cik Esah buat untuk hari raya. Kali ini, MOMI sendiri cuba buat biskut Semperit dan ternyata bukan mudah ya hehe. Kalau anda ada masa, boleh lah cuba sendiri buat biskut Semperit. Selamat Hari Raya guys!

Post a Comment

0 Comments