2021 Review & Happy New Year 2022

 2021 Review & Happy New Year 2022

2021 Review & Happy New Year 2022!  | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Memandangkan setiap tahun Momi update tentang review tahun 2021, jadi masih belum terlewat untuk Momi ucap, Selamat Tahun Baharu 2022 kepada semua pembaca blog Momi! Seperti biasa, awal-awal tahun ini semua orang bersemangat untuk memulakan tahun baharu mereka dengan azam dan semangat yang baru. Momi juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi mengenai semangat tahun 2022. Jadi entri kali ini, Momi nak kongsi dengan anda imbasan tahun 2021 dan harapan untuk tahun 2022.

2021 Review & Happy New Year 2022

Imbasan 2021
Tahun 2021 masih lagi tahun yang mencabar dan sukar buat kita semua kan? Tahun 2021 Momi dan keluarga telah diuji sebagai pesakit COVID-19 pada bulan Ogos 2021. Bermula dengan Kak Long, kemudian semasa kami kuarantin bersama Emak, Momi dan adik pula yang positif COVID-19. Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang selalu mesej Momi tanyakan khabar dan progress kesihatan Momi. Jangan lupa untuk dapatkan vaksin ya guys hehe. (Kisah selanjutnya boleh baca disini.)

Dah habis kisah sedih, ada berita gembira untuk Momi. Untuk kerja hakiki, Alhamdulillah diberi peluang untuk sambung kontrak. Lagi-lagi dapat kontrak yang lebih baik dari sebelumnya. Pada April 2021, Momi telah dilantik sebagai pegawai COS, setelah 9 tahun bekerja sebagai piecemeal. Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk lantikan ini.  

Alhamdulillah, dalam musim pandemik ini juga dimurah rezeki dengan banyak berkolaborasi dengan jenama-jenama seperti McDonalds Malaysia, Foodpanda, MarryBrown, Chocomel, Aloft Kuala Lumpur Sentral, MR.DIY, Matrix Concept Holdings, Mister Potato, Garci Pro, DuitNow dan banyak lagi. Terim kasih sangat-sangat buat PR dan rakan-rakan Blogger yang beri kepercayaan dekat Momi untuk kolaborasi ini.

Tahun 2021 secara ringkasnya, ada 'up and down' tapi kebanyakkanya khabar baik berbanding berita buruk untuk Momi. Terima kasih buat mereka yang selalu ada dengan Momi terutamanya keluarga dan kawan-kawan seperjuangan. Sayaaang semua!

2021 Review & Happy New Year 2022

Harapan 2022
Untuk tahun 2022 ini, harapan Momi adalab ingin berusaha lebih keras lagi dan lagi untuk mencapai apa yang Momi inginkan. Seperti tahun lalu, Momi nak renew untuk memantapkan media sosial Momi dan target untuk berkolaborasi bersama jenama-jenama besar. Semoga tahun 2022 ini Momi akan menjadi yang lebih baik, lebih hebat, lebih cantik (haha) dan semuanya dipermudahkan. Doakan Momi ya ! :)

Semoga tahun 2022 kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi dan lagi. In Shaa Allah. Momi nak minta ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2022 dengan penuh semangat dan senyuman ya guys! Jaga diri, jaga kesihatan dan jangan lupa untuk dapatkan vaksin ya guys! 


Post a Comment

0 Comments