Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi  | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Anugerah Guru Inspirasi McDonald's kembali! Anugerah Guru Inspirasi McDonald's adalah anugerah tahunan yang diberikan oleh McDonald's Malaysia sebagai penghargaan kepada guru yang telah memberi komitmen sepenuh hati dalam mengasuh pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk jadi yang lebih baik. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi

Untuk kisah guru yang kedua ini, Momi nak kongsikan serba sedikit mengenai Encik Mohd Zulkhairi bin Umar dari SK Permatang Keledang, Pahang. Cikgu Zulkhairi atau panggilan mesranya, Cikgu Zul mula mengajar di Bahasa Melayu di SK Permatang Keledang pada tahun 2017. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi

Beliau dicalonkan kerana sikap dan kesungguhannya ketika mengajar di dalam kelas. Apabila mengajar di dalam kelas, beliau akan mengajar dengan bersungguh-sungguh agar semua muridnya dapat mengikuti setiap perkara yang diajar serta sangat tegas ketika mendidik murid-murid di sekolah. Dalam ketegasan ketika mengajar, beliau juga senang didekati dan disenangi oleh murid-murid di sekolah. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi

Selain itu, Cikgu Zul membantu menaikkan prestasi sekolah serta menggalas tanggungjawab sebagai penyelaras tahun enam. Beliau juga sering memberikan ceramah Bahasa Melayu di daerah Pekan. Beliau juga sangat aktif membantu panitia Bahasa Melayu daerah Pekan. Sejak beliau mengajar dari tahun 2017, mata pelajaran Bahasa Melayu di SK Permatang Keledang, Pahang sering mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi

Untuk kisah penuh mengenai Cikgu Zulkhairi yang dicalonkan oleh anak muridnya, anda boleh layari link ini :  https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominees/2681.

---------

Rakyat Malaysia telah menunjukkan penghargaan mereka dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka dari 2 - 18 April 2021. Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, 25 guru akan menjadi penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari Guru nanti.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zulkhairi

Warganegara Malaysia yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan pula mendapat baucar McDonald's yang bernilai RM200. Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan akademik prestasi pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan luar kotak, melampaui tuntutan tugas untuk menolong pelajar, dan mewujudkan kesan positif kepada diri pelajar.

Nantikan keputusan dan pemenang untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 pada penghujung Mei ini. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald's, sila layari https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi.


Post a Comment

0 Comments