Tony Roma's Fortune Feast

Tony Roma's Fortune Feast
Tony Roma's Fortune Feast


Tony Roma's Fortune Feast | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tahun baharu cina akan tiba tidak lama lagi dan pastinya Momi boleh bayangkan kemeriahan yang bakal diraikan oleh mereka yang menyambutnya bersama keluarga dan rakan-rakan. Tony Roma's juga tidak ketinggalan untuk meraikan Tahun Baharu Cina ini bersama anda dengan promosi 'Fortune Feast Menu'. Apa yang menariknya 'Fortune Feast Menu' dari Tony Roma's ini? Mari Momi kongsikan. 

Tony Roma's Fortune Feast
Tony Roma's Fortune Feast
Bersempena dengan perayaan paling penting dalam kalendar Cina, Tony Roma's membawa kembali 'Fortune Feast Menu' sebagai simbol penting untuk bersatu dan berkumpul. Sempena Tahun Tikus ini, Tony Roma's menghidangkan pelbagai hidangan menarik dalam 'Fortune Feast Menu' ini. Paling penting adalah melambungkan "Yee Sang" yang merupakan simbol kemakmuran, kelimpahan, kesihatan dan bertuah. Untuk itu, Tony Roma's menawarkan dua jenis Ong Lai Salad iaitu 'Ong Lai Salad with Crispy Salmon Skin' dan 'Fortune Salad with Grilled Salmon and Crispy Salmon Skin'


Ong Lai Salad with Crispy Salmon Skin
Tony Roma's Fortune Feast
Ong Lai Salad with Crispy Salmon Skin


Ini bukan "Yee Sang" biasa kerana ia terdiri daripada bahan khas seperti radish segar, zucchini, nanas, lobak merah, kubis merah, 'red capsicum', walnut, won tan goreng, serbuk dan kulit Salmon yang rangup. Dalam setiap gigitan, anda akan mendapat untuk merasai kesegaran salad segar dan kulit salmon yang sempurna. Memang puas!
Harga : RM38.88 nett 


Fortune Salad with Grilled Salmon and Crispy Salmon Skin
Tony Roma's Fortune Feast
Fortune Salad with Grilled Salmon and Crispy Salmon Skin


Sama seperti Ong Lai Salad di atas ia terdiri daripada bahan seperti radish segar, zucchini, nanas, lobak merah, kubis merah, 'red capsicum', walnut, won tan goreng, serbuk cuma ia lebih rangup. Untuk rasa lebih 'kick', ia mempunyai Kulit Salmon yang rangup dan Salmon Grilled.
Harga : RM58.88 nett 


Dah puas ber-yee sang, sekarang anda boleh cuba hidangan pembuka selera yang lazat dalam 'Tony Roma's Fortune Feast'. Anda boleh pilih antara dua (2) jenis pembuka selera yang berbeza seperti berikut : 


Fortune Dip
Tony Roma's Fortune Feast
Fortune Dip


Buka selera anda dengan beberapa 'Crispy Potato Chips' dan 'French Toast' dalam Rich Chipotle Beef and Beans.
Harga : RM28.88 nett


Trio Happiness
Tony Roma's Fortune Feast
Trio Happiness


3 perisa kepak ayam dalam satu pinggan yang pasti membuka selera anda. 3 perisa tersebut ialah Red Hot Buffalo Wings, Salted Egg Chicken Wings dan Flaming Spicy Chicken Wings.
Harga : RM68.88 nett


Selepas makan pembuka selera, mestilah nak makan hidangan utama pula. Untuk Tony Roma's Fortune Feast ini , ia menawarkan dua hidangan yang pastinya sesuai semasa berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan seperti: 


Reunion Meal
Tony Roma's Fortune Feast
Reunion Meal


Gabungan 3 hidangan kegemaran ramai dalam satu pinggan memang sangat sesuai untuk dikongsi bersama. Anda dapat rasai Flame Grilled Lamb Ribs, BBQ Chicken dan Signature Kickin’ Shrimp. Ketiga-tiga gabungan ini memang lengkap!
Harga : RM138.88 nett


Short Ribs With Honey Plum Sauce
Tony Roma's Fortune Feast
Short Ribs With Honey Plum Sauce


Short Ribs with Honey Plum Sauce dengan rasa manis dan masamnya sangat menyelerakan. Rasa dagingnya pula sangat lembut. Ia dihidangkan bersama 'Mashed Potatoes', 'Fire Roasted Vegetables' dan 'French Toast'. Kalau makan memang puas!
Harga : RM98.99 nett


Review
Untuk Fortune Feast ini, Momi nak ajak anda untuk cuba Trio Happiness dulu tau. 3 rasa ayam yang berbeza memang sangat menyelerakan, lagi-lagi yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk hidangan utama nak 'suggest' anda cuba Short Ribs With Honey Plum Sauce untuk rasai kepuasan makan makan daging yang sangat premium. Memang wajib cuba! Untuk Yee Sang, memang puas hati makan dan lambung hehe. Kalau nak lagi best, cuba Fortune Salad with Grilled Salmon and Crispy Salmon Skin.


Yummms! Selain itu, anda boleh nikmati hidangan di atas dengan iga pilihan air buah yang 'refreshing' iaitu Cranberry Caloda, Golden Ang Pow dan Pineapple Ong Lai. Minuman ini ditawarkan pada harga RM20.88 nett.


Tony Roma's Fortune Feast
tiberrr..


Surprise Birthday Untuk Momi
Terima kasih Tony Roma's Malaysia sebab buat suprise hari lahir untuk Momi bersama dua lagi tetamu lain. Serius memang terkejut sebab ingatkan orang lain punya, sekali diri sendiri punya hahaha! Kalau anda nak tahu, jika anda datang ke Tony Roma's pada hari lahir anda, anda akan dapat kek aiskrim secara percuma. Best kan? Terima kasih for the Ice Cream Cake. Lovee sangat!

Tony Roma's Fortune Feast
Yeayy !

Memang puas menikmati semua hidangan lazat 'Fortune Feast' dari Tony Roma's ini! Sekarang giliran anda pula untuk cuba sendiri ya. Ia boleh didapati setiap hari pada bila-bila masa termasuk hujung minggu dan cuti umum di semua cawangan Tony Roma's di seluruh Malaysia bermula 2 Januari hingga 1 Mac 2020. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti media sosial mereka di Facebook, Instagram dan Twitter. Selamat menjamu selera guys!

إرسال تعليق

0 تعليقات