California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia

California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia
California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia

California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Pastinya ramai yang menggemari Kismis California atau dikenali dengan 'California Raisins'. Bukan sahaja enak dimakan, malah ia juga boleh dimasukkan dalam masakan. Baru-baru ini Momi ke majlis ‘Samplings On the Fourteen Restaurant’ di Berjaya University College untuk merasai kemanisan masakan berasaskan resipi yang dicipta khas menggunakan California Raisins.

Kesemua resipi dicipta oleh chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin, Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Erich Anton Roos. Para tetamu yang hadir bukan sahaja dapat menjamu selera dan beramah mesra dengan chef selebriti malah dapat melihat sendiri bagaimana sajian makan malam disediakan.

California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia
California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Resipi sajian gourmet yang disediakan oleh dua chef tersohor ialah 'California Raisins, Crab & Cauliflower' (Kismis California, Ketam & Kubis Bunga) , 'California Raisin Pasta With Fennel & Prawns' (Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang) dan 'California Raisins With Beef Short Ribs & Winter Fruits' (Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk) oleh Chef Emmanuel Stroobant. Manakala Chef Erich Anton Roos menyediakan pencuci mulut iaitu 'Symphony of California Raisins' (Simfoni Kismis California) yang terdiri daripada Mufin Kismis California dengan krim, Aiskrim Kayu Manis Kismis California dan Paf epal.

California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia
California Raisins, Crab & Cauliflower 

California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia
California Raisin Pasta With Fennel & Prawns 

California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia
California Raisins With Beef Short Ribs & Winter Fruits

California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia
Symphony of California Raisins

Mengenai Chef Emmanuel Stroobant

Chef Emmanuel Stroobant yang merupakan chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Michelin ini telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre.

Mengenai Chef Erich Anton Roos
Chef Erich Anton Roos, warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat masa ini beliau berpangkalan di Bangkok, memainkan peranan yang lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.

California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia
California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Menurut Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Malaysia, Encik Richard LieuCalifornia Raisins adalah makanan snek yang sihat berbanding makanan snek lain, kerana California Raisins manis secara semula jadi dan tidak mengandungi sebarang gula tambahan. California Raisins juga merupakan bahan serba guna yang boleh mengilhamkan pelbagai sajian masakan – baik sajian pembuka selera dan sajian utama mahupun manisan dan minuman – lebih-lebih lagi dalam keadaan pengguna zaman sekarang lebih mementingkan kesihatan dan gemar mencuba sesuatu yang serba baharu.

Satu paket California Raisins boleh dimasukkan ke dalam beg tangan atau beg bimbit. Ia juga mudah diselitkan dalam bekas makanan tengah hari, beg gim dan laci meja tulis anda. California Raisins juga mampu dibeli, tidak mudah rosak dan senang digunakan terus dari kotak – tidak perlu dibasuh, dikupas atau dicincang – membolehkan seseorang mencipta sajian dengan mudah. Kismis bukan sahaja lazat dan membuka selera, tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu-isu kesihatan yang semakin meningkat disebabkan diet tidak sihat.

California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia
California Raisins - Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Sungguhpun kecil, kismis mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Kismis mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semula jadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak & kolesterol. Kismis ialah snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resipi masakan dan roti serta kek. Antara kelebihan California Raisins termasuk:

  • Semula jadi sepenuhnya
  • Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan rendah natrium (garam) secara semula jadi
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  • Sumber serat
  • Sumber nutrien
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.


Terima kasih RAC dan California Raisins atas jemputan. Semua hidangan memang sedap-sedap belaka. Untuk maklumat mengenai California Raisins dan resipi, sila layari laman web rasmi Calraisins www.calraisins.org dan www.caraisins.com. Anda juga boleh ikut perkembangan terkini mereka di Facebook: @RACAsean.


إرسال تعليق

0 تعليقات