Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel

Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel
Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel 

Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tak sabarnya nak buat persiapan untuk raya lagi-lagi nak 'survey' butik yang ada kurta yang cantik dan ada saiz. Mencari kurta atau baju Hari Raya memang jadi satu kerisauan untuk Momi untuk cari yang 'plus size' punya. Kebetulan ada satu butik yang terletak di Shah Alam iaitu Cirgaro Apparel ada jual kurta bersaiz besar sehingga 4XL. Entri kali ini Momi nak kongsikan mengenai kurta-kurta dari Cirgaro Apparel.

Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel
Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel 

Mengenai Cirgaro Apparel
Cirgaro merupakan syarikat bumiputra yang menawarkan fesyen modest wear / moden nusantara sejak dari tahun 2016. Pada peringkat awal , Cirgaro Apparel menawarkan produk mereka hanya di talian dan di pejabat urusan mereka di Seksyen 7 Shah Alam. Hasil daripada sambutan yang sangat mengalakan pada peringakt awal pengenalan Cirgaro Apparel di pasaran online dan juga di event-event raya seperti Mood Republik, jenama Cirgaro bergerak melangkah membuka butik pertama mereka di Tingkat 1 Plaza Shah Alam pada 2017. 

Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel
Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel 

Cirgaro Apparel menambah lagi cawangan butik mereka di tingkat 2 Aeon Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun pertengahan tahun 2019. Walaupun telah membuka 2 cawangan butik, Cirgaro Apparel tetap aktif dalam jualan atas talian melalui website mereka www.cirgaro.com , Zalora , Lazada dan Shopee. Selain dari kurta lelaki, Cirgaro Apparel juga menawarkan produk yang berkualiti tinggi seperti Kurta Kanak-kanak  (1 hingga 12 tahun), Baju Melayu Moden, Baju Kemeja Lengan pendek, Baju Kurung Moden, Blouse, Long skirt, Tudung, Songkok, Sampin, Kain Pelikat dan Butang Baju Melayu.

Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel
Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel 
Penggunaan Fabrik Khas Sesuai Untuk Cuaca Di Malaysia
Untuk pengetahuan anda, fesyen baju melayu moden yang dibawa oleh CGO Apparel hanya baju sahaja (top only) dan boleh digayakan dengan seluar khakis , seluar jeans , hatta kain pelikat (bukannya sedondon dengan seluar). Jadi ia sesuai untuk dipakai bukan sahaja Hari Raya malah hari-hari biasa seperti pejabat dan majlis sosial yang lain.

Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel
Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel 

Ia mengunakan fabrik khas Hybrita Cotton Mix dan Hybrita 100% Cotton yang lebih sesuai untuk cuaca malaysia. Produk busana Cirgaro Apparel sememangnya terkenal dengan keselesaan dan praktikal untuk dipakai oleh semua golongan masyarakat. 

Saiz Sehingga 4XL
Bercerita mengenai saiz, pihak CGO menitik beratkan soal saiz Malaysia yang sebenar jika dibandingkan dengan jenama popular di Malaysia yang lain. Lebih lagi statistik penduduk di Malaysia sememangnya penduduk di Malaysia mempunyai tubuh badan yang lebih besar (bukan tinggi) berbanding negara Asia yang lain. Golongan plus size juga mempunyai keinginan untuk berfesyen mengikuti perkembangan trend semasa. 

Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel
Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel 
Kalau dulu, golongan 'plus size' seperti Momi perlu menempah pakaian degan tukang jahit, kini lebih mudah untuk dapatkan pakaian di Cirgaro Apparel. Serius memang rasa gembira bila cuba sendiri baju di butik dan memang muat, lagi-lagi coraknya memang menepati citarasa Momi. Lepas ni senang nak cari baju raya dekat Cirgaro Apparel sahaja hehe.

Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel
Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel 

Butik CGO Yang Strategik
Salah satu kualiti yang ditawarkan oleh CGO Apparel adalah, CGO Apparel menempatkan butik CGO dilokasi yang strategik di shopping mall yang memudahkan para pelanggan untuk membeli belah dengan Cirgaro. Butik CGO Apparel menawarkan kemudahan untuk membeli belah dengan selesa, kemudahan parking kereta, keselamatan terjamin tanpa perlu bersesak-sesak dan staff mereka juga sangat friendly. Jangan segan-segan nak tanya saiz tu ye hehe. Butik Cirgaro Apparel dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel
Baju Kurta Plus Size sehingga 4XL Di Cirgaro Apparel 

Untuk maklumat lanjut mengenai Cirgaro Apparel, sila layari laman Website Rasmi Cirgaro Apparel. Untuk perkembangan terkini pula, sila layari media sosial Cirgaro Apparel di Facebook Page Cirgaro ApparealInstagram Cirgaro Apparel dan Youtube Cirgaro Apparel



Alamat Butik Cirgaro Apparel Plaza Shah Alam
Lot F4A , Level 1
Plaza Shah Alam
Persiaran Ampuan Zabedah
Seksyen 9
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Alamat Butik Cirgaro Apparel Aeon Kota Bharu
Lot S03 , Level 2
Aeon Kota Bharu
Jalan Sultan Yahya Petra
15050 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

Whatsapp Hotline : 016 8811 430

Post a Comment

4 Comments

Putera Chantek said…
Wah akhirnya pencarian saya utk baju abam sado plus size akhirnya selesai .. tgk review ok gak brand nie .. tq tomi
Nisa Kay said…
Heyyy! Kita pun suka shopping dekat Cirgaro niii! Material berkualiti sangat tau! Banyak kali basuh pun tak lusuh atau berbulu pun kain. Pilihan warna pun banyak. Rambang mataa nak pilih!
Rafzan Tomomi said…
yessss! terbaik kan
Rafzan Tomomi said…
ye sisss. memang tepatlah jumpa Cirgaro Apparel ni sis hehe