Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini Momi menyertai sebuah program anjuran oleh Alam Flora iaitu 'Cyber Eco Hunt 2019'. 'Cyber Eco Hunt 2019' ini merupakan kerjasama Alam Flora bersama DHES (DRB-Hicom Environmental Services Sdn Bhd) yang menghimpunkan seramai 30 orang pengamal media termasuk KOL, Influencer dan Blogger. Jadi entri ini Momi ingin kongsikan kisah sepanjang 'Cyber Eco Hunt 2019'. 

Untuk  'Cyber Eco Hunt 2019' ini, peserta dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu kategori KOL, kategori Influencer dan kategori Blogger. Untuk keseluruhan, ada 7 checkpoint yang harus kami lalui sepanjang hunt berlangsung. Peserta dinilai melalui kreativiti yang disampaikan untuk beritahu pengikut mereka di media sosial seperti Instagram (post dan stories), Facebook dan Twitter. Serius excited nak tahu apakah tugasan disetiap checkpoint


Checkpoint 1 : Square Footage Calculator
Lokasi : DRB-Hicom 

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Peserta perlu mengira harga yang dikenakan oleh DHES untuk membersihkan lantai mengikut ukuran yang diberikan. Kena buat kira-kira sikit hehe. Untuk Checkpoint pertama ini, tugasan media sosial peserta kena bergambar menggunakan 'Scrubbing Machine' dan kami juga diberikan tunjuk ajar tentang cara cara untuk mengendalikan alatan pembersihan yang digunakan oleh pihak DHES.


Checkpoint 2 : Work Safety & A Gardener's Life
Lokasi : DRB-Hicom 

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Masih lagi di lokasi yang sama, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan pertama ditugaskan untuk menggunakan alatan pembersihan lengkap dengan ciri ciri keselamatan seperti goggle, topi dan sarung tangan dan kumpulan kedua ditugaskan untuk memakai dan memasang harness safety dengan betul. Untuk tugasan media sosial, peserta perlu mengambil gambar ikut kumpulan yang diberi. Momi dapat kumpulan pertama, tengok sahaja bagaimana Momi pose diatas sambil mencakar dedaunan hehe.


Checkpoint 3 : A Create Campaign
Lokasi : River of Live, Kuala Lumpur

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Untuk tugas seterusnya, peserta dikehendaki membuat satu video atau foto untuk kempen buang sampah ke dalam tong sampah dengan cara yang kreatif. Disamping itu, video/foto bersama kapsyen tersebut mestilah memberi kesedaran kepada pengikut betapa pentingnya membuang sampah ke dalam tong sampah.

Checkpoint 4 : Love Food Hate Waste
Lokasi : Boutiqe Cafe, Muzium Tekstil, Kuala Lumpur

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Tugasan keempat pula, peserta meneruskan perjalanan ke Boutiqe Cafe di Muzium Tekstil yang berada berdekatan dengan River of Life untuk makan tengahari. Disini peserta perlu ambil gambar sebelum dan selepas makan. Tugasan ini perlu diwar-warkan ke media sosial untuk kempen 'Love Food Hate Waste' dan makan sehingga habis. Untuk pengetahuan anda, 15000 dari 33000 tan sampah yang dibuang setiap tahun adalah dari sisa makanan. Memang banyak ya. Jadi, mulai sekarang kalau makan kena habiskan dan elakkan pembaziran yang berlebihan.

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Checkpoint 5 : Alam Flora 3R on Wheels

Lokasi : Apartment Presint 9 Fasa 7, Putrajaya


Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Untuk checkpoint dan tugasan seterusnya, peserta dibawa ke Apartment Presint 9 Fasa 7 untuk membantu kempen 'Alam Flora 3R on Wheels'. Disini, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membantu surirumah menggoreng sepaket Karipap 'frozen' dan menolong mereka jual minyak masak terpakai dengan harga RM1.10/sekilo di Alam Flora 3R on Wheels yang berada di kawasan perumahan tersebut. Baru tahu rupanya ada perkhidmatan macam ni, jadi kalau ada minyak masak terpakai bolehlah datang ke lokasi Alam Flora 3R on Wheels.

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Checkpoint 6 : Alam Flora Buy Back Centre
Lokasi : Alam Flora Buy Back Centre, Presint 9, Putrajaya

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Masih lagi Presint 9 Puterajaya, peserta dibawa ke Alam Flora Buy Back Centre untuk tugasan seterusnya dimana kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencari lokasi barangan kitar semula menggunakan Google Maps. Selepas itu, peserta dikehendaki mengasingkan barangan mengikut tiga kategori iaitu tin, plastik dan kertas untuk ditimbang dan dijual di Alam Flora Buy Back Centre.

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES


Checkpoint 7 : Integrated Recycling Facility
Lokasi : Putrajaya

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Akhir sekali, tugasan ketujuh di checkpoint ketujuh di Integrated Recycling Facility (IRF). Disini peserta didedahkan dengan proses mengasingkan sampah mengikut kategori masing masing dilakukan. Sebenarnya Momi terkejut sebab banyak sampah walaupun diasingkan mengikut kategori. Memang awesome!

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

----------------------------------

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Alhamdulillah, selesai juga semua tugasan di 7 checkpoint. Lokasi terakhir kami untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan dekat The Glass Suite Marina Putrajaya. Tahniah kepada semua para pemenang Cyber Eco Hunt 2019 termasuk diri sendiri untuk Checkpoint ke-6. Serius, sepanjang program ini berlangsung banyak sebenarnya yang Momi belajar untuk merawat dan menjaga alam sekitar. Terima kasih kepada Alam Flora dan DHES diatas peluang untuk sertai Cyber Eco Hunt 2019. Momi berharap program seperti ini diteruskan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES
Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora dan DHES

Alam Flora

Laman Web Rasmi
Instagram 
Facebook 

DHES

Laman Web Rasmi
Instagram
Facebook

إرسال تعليق

3 تعليقات

‏قال Illya LeYa
Tengah bergotong-royong pun comel taw awak ni Momi. Apa-apa pun tahniah
‏قال Rafzan Tomomi
heheh terima kasih sis.
‏قال Hasif Hamsyari
Amboi! Suka tengok posing bang Momi tau. Tak pernah mengecewakan ya. Btw bagusnya usaha macam ni. Boleh mendidik kita menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab. Semoga terus konsisten! Woohoo!