Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1? - Arissto Italian Coffee

Arissto Italian Coffee - Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1?
Arissto Italian Coffee - Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1?

Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1? | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini Momi berkesempatan ke Malaysia Coffee Fest 2019 yang bertempat di New Wing 1Utama Shopping Centre. Pelbagai jenama bersama berhimpun dalam Malaysia Coffee Fest 2019 yang diadakan selama 4 hari ini (25 Julai - 28 Julai 2019) dan paling menarik perhatian adalah booth Arissto Italian Coffee. Menariknya Momi dapat melihat sendiri macam mana mereka menggunakan mesin dan dapat rasai sendiri kopi dan teh premium yang disediakan.

Arissto Italian Coffee - Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1?
Arissto Italian Coffee - Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1?

Arissto Italian Coffee - Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1?
Arissto Italian Coffee - Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1?

Bercerita mengenai Arissto Italian Coffee ini, Momi baru tahu yang mereka sedang menawarkan harga untuk sewaan mesin kopi (Coffee Machine) dengan harga RM1 sahaja sebulan. Yang bestnya lagi bila tak perlu kontrak dan boleh pulangkan bila-bila masa sahaja untuk hentikan langganannya. Mesin kopi tersebut menggunakan teknologi stim tekanan tinggi Itali Espresso dan membangunkan Presso untuk menghasilkan kopi yang terbaik. Selain dari kopi, anda juga boleh gunakan mesin tersebut untuk buat teh premium. 

Arissto Italian Coffee - Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1?
Arissto Italian Coffee - Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1?

Kalau beli mesin kopi, mestinya kena ada kapsulnya pula. Arissto Italian Coffee telah menyediakan beberapa jenis kopi yang anda boleh cuba seperti Espresso (Luna), Affagato (Lonely), Rose Cappucino (In Love), Iced Coffee (Amico), Milk Chocolate (Choco & Milk), Latte (Sunrise & Milk) dan Cappucino (Passion & Milk). Selain dari kopi, ada juga disediakan variasi teh premium seperti Rose Black Tea, Ceylon Black Tea, Green Tea, Earl Tea dan Passion Fruit Black Tea.

Arissto Italian Coffee - Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1?
Arissto Italian Coffee - Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1?

Untuk pengetahuan anda, Arissto Italian Coffee juga telah melancarkan pakej yang membolehkan semua pemegang kad kredit dan kad debit menikmati mesin kapsul Itali yang inovatif. Bayaran ini juga merangkumi semua yuran perkhidmatan dan penyelenggaraan untuk mesin kopi. Untuk pakej yang ditawarkan, anda haruslah melanggan sebagai Member, VIP dan Gold dan hanya perlu langgan sebanyak 20 kapsul secara bulanan sahaja. Untuk maklumat lanjut anda boleh lihat pada gambar dibawah ini : 

Arissto - Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1?
Pakej Sewaan Coffee Machine Arissto RM1

Menarik kan? Jika anda berminat untuk melanggan atau ada soalan mengenai Arissto Italian Coffee dan sewaan mesin kopi Arissto Italian Coffee RM1, sila ikuti laman media sosial Arissto Italian Coffee di Facebook dan Instagram. Selamat ber-coffee guys! 

Post a Comment

1 Comments

mommysado said…
Untuk yang nak mencuba guna mesin kopi yang ni berbaloi juga. Pelan tu khas untuk korporat sahaja atau yang awam pun boleh guna sekali?