Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City

Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City
Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City

Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Perasan tak baru-baru ini, ramai pengguna lebih cenderung untuk menghasilkan video mahupun menonton video di laman media sosial mereka. Jadi bersempena sambutan Ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka bersejarah pada 15 April 2019, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil insiatif menganjurkan satu pertandingan Vlog MBMB 2019.

Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City
Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City

Pertandingan menggunakan Vlog dipilih seiring dengan kencederungan medium tersebut yang dilihat popular dalam kalangan masyarakat kini. Sambutan kali ini juga sangat istimewa kerana Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka yang bertemakan 'Melaka The Gateway To Historic Malaysia 2019/2020'. Malah pertandingan yang bertemakan The Uniqueness of Melaka City berkonsepkan empat elemen iaitu makan-makan@ Melaka City, jalan-jalan @ Melaka City , jom shopping @ Melaka City, dan Culture @ Melaka City Melaka

Apa yang menariknya semua penyertaan (video blogging) ini hanya berdurasi selama 5 minit sahaja, dan akan dimuat naikkan ke Instagram, Facebook dan YouTube. Tujuan utamanya pertandingan vlogging ini bagi mempromosikan tempat, yang menarik  makanan yang sedap dan budaya negeri Melaka. Juri-juri terpilih, serta Micheal Ang telah diberi tugas bagi mengadili setiap video yang dihantar dan menepati seperti “simple but creative” tapi ada isi ceritanya dan mengikut syarat – syarat yang ditetapkan ujar Micheal Ang

Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City
Michael Ang selaku barisan juri Pertandingan Vlog MBMB 2019

Menurut Micheal Ang pertandingan vlogging ini mampu menarik minat anak anak muda terutamanya dimana ia merupakan trend terkini dan semua orang pergi mana atau buat apa kena record dan share di media sosial. Menerusi vlogging ini juga memudahkan semua orang untuk mengetahui dan akses tempat tempat yang menarik di Melaka, melalui internet , YouTube, dan media sosial , serta Blogger untuk sama sama membantu Kerajaan Negeri untuk mempromosikan lagi kempen Tahun Melawat Melaka secara amnya.

Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City
Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City

Syarat Pertandingan Vlog MBMB 2019
Berikut adalah syarat wajib jika anda ingin menyertai pertandingan Vlog MBMB 2019 : 

1. Tempoh Penyertaan : 1 - 31 Mac 2019*

2. Pendaftaran : Pendaftaran Online dan syarat-syarat pertandingan sila layari:-
http://msdesk.mbmb.gov.my/event/daftar.cfm

3. Yuran Penyertaan :
Warganegara : RM 100.00
Antarabangsa : USD 50

Bayaran atas nama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
RHB Islamic Bank Berhad
2540 1300 0099 67

Hadiah Pertandingan Vlog MBMB 2019
Hadiah yang ditawarkan dalam enam kategori termasuk tempat pertama dengan wang tunai RM7000.00 berserta penginapan 3 hari 2malam di Melaka dan sijil penyertaan. Manakala bagi hadiah tempat kedua : wang tunai RM5000.00, penginapan 3 hari 2malam di Melaka dan sijil penyertaan , tempat ketiga : wang tunai RM3000.00, penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan. Turut diberi hadiah bagi kategori Suntingan Terbaik, Catchy Tagline dan ‘Like dan Share’ dengan wang tunai RM2500.00 bagi setiap kategori masing-masing.

Segala syarat dan sebarang pertanyaan bolelah melayari sesawang www.mbmb.gov.my atau hubungi seperti yang tertera di bawah ini : 

1. Norhaszurah
http://www.wasap.my/60122291510/vlogmbmb
2. Shahida
http://www.wasap.my/60136528223/vlogmbmb
3. Akmal
http://www.wasap.my/60136510987/vlogmbmb

Jom sertai Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City
#vlogMBMB
#vlogMBMB
#theuniquenessofmelakacity
#visitmelaka2019


إرسال تعليق

0 تعليقات