Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN”

Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN”
Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN”

Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN” | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Perhatian kepada kaki-kaki contest, Momi ingin kongsikan kepada anda sebuah contest yang sedang berlangsung. Sempena musim perayaan ini, SF Coffee bekerjasama dengan MyDebit “Wave2Win” bakal memberi peluang kepada peminat tegar kopi untuk memenangi hadiah bernilai RM225,000.


Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN”
Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN”

Hadiah Menarik “Wave2Win”
Pertandingan yang berlangsung selama empat bulan ini merupakan pertandingan secara besar-besaran dimana penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia. SF Coffee dan MyDebit akan memilih dua pemenang bertuah yang bakal memenangi hadiah seperti mesin kopi La Marzocco, pengisar kopi serta latihan kopi profesional yang bernilai RM40,000.

SF Coffee merupakan sebuah jenama yang menghargai seni serta menggalakkan orang ramai untuk mendalami sisi kreatif mereka. SF Coffee turut menawarkan hadiah yang menarik seperti empat buah kamera DSLR bersama aksesori yang bernilai RM10,000 setiap satu, lapan buah iPhone yang bernilai RM5,200 setiap satu dan hadiah lain seperti jam tangan berjenama Apple, fon kepala berjenama Marshall dan banyak lagi.

Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN”
Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN”

Cara Untuk Menyertai “Wave2Win”
Bagi menggalakkan mod transaksi yang cepat, lancar dan selamat, anda boleh mengikuti tiga langkah mudah ini:

  • Langkah 1 : Belanja sekurang-kurangnya RM30 menggunakan kad MyDebit didalam satu resit yang sama di mana-mana cawangan SF Coffee,
  • Langkah 2 : Isikan butir peribadi anda di belakang resit,
  • Langkah 3 : Masukkan resit anda ke dalam kotak khas ‘Wave2Win’ yang disediakan di setiap cawangan SF Coffee.

Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN”
Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN”

Menurut Cik Koo Sue San, Pengurus Besar San Francisco Coffee, SF Coffee adalah mengenai perjuangkan kemudahan dan kecekapan untuk memenuhi keperluan individu yang bercita-cita tinggi yang sentiasa sibuk – pandangan sama yang dikongsi bersama MyDebit. Katanya :

Kami amat berbesar hati dengan sokongan dan sambutan hangat yang diberi oleh rakyat Malaysia sejak dari awal lagi. Bagi sambutan Tahun Baru ini, kami ingin mengambil kesempatan dengan menunjukkan rasa terima kasih kepada pelanggan setia dan juga pelanggan baru kami dengan menyediakan pelbagai hadiah lumayan yang mereka boleh menangi.
Tambahnya lagi,

Di SF Coffee, kami memastikan hanya kopi yang terbaik, segar serta aroma yang harum disediakan buat pelanggan kami. Oleh itu, kami juga akan memastikan dua pemenang utama kami akan diberi latihan yang terbaik agar mereka dapat lebih mendalami ilmu mereka tentang cara menghasilkan secawan kopi yang sempurna.

Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN”
Minum Kopi Di SF Coffee Dan Sertai “WAVE2WIN”

Pertandingan “Wave2Win” sedang berlangsung dari sekarang sehingga 28 Februari 2019. Masih ada masa lagi untuk anda sertainya. Untuk maklumat lanjut mengenai SF Coffee dan pertandingan “Wave2Win”, sila layari laman web rasmi SF Coffee atau layari Facebook kami di Facebok Rasmi SF Coffee.

إرسال تعليق

1 تعليقات

‏قال Sis Lin
Kita dah minum dan dah wave dan dah sertai juga..
Harap-harap menanglah hehehehe