Munafik 2 - Movie Review


Munafik 2 - Movie Review

Munafik 2 - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem melayu yang bergenrekan seram iaitu filem "Munafik 2". Munafik 2 merupakan filem sekuel dari filem Munafik (2016) dan dikeluarkan oleh Skop Production. Filem ini mula ditayangkan pada 30 Ogos 2018 dan telah mendapat respon yang positif dikalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Munafik 2
Filem Munafik 2 ini mengisahkan Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya. (Trailer Munafik 2)


Filem yang berdurasi selama 2 Jam 1 Minit ini merupakan arahan Syamsul Yusof. Filem ini membariskan pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan bersama bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun  (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Munafik 2 - Movie Review

Review Munafik 2
Munafik 2 wajib ada dalam list menonton wayang tahun 2018. Bagi mereka yang belum menonton filem pertamanya, Munafik (2016) disyorkan untuk menonton dahulu. Apa yang Momi boleh katakan untuk filem kedua ini, jalan ceritanya penuh dengan unsur islamik dan banyak mesej yang berguna yang disampaikan. Namun begitu, filem Munafik 2 ini kurang seramnya berbanding filem pertama. Rasanya semasa menonton, rasa macam tak dibenarkan terlelap sebab setiap adengan berlaku back-to-back. Paling penting, ada banyak plot twist ya, jadi pastikan anda fokus menonton setiap babak.

Salah satu rasa teruja nak menonton filem ini ialah kemunculan Maya Karin sebagai Sakinah. Kita sedia maklum Maya Karin popular dengan genre seram beberapa tahun lalu dan rasanya penglibatan Maya Karin menambah lagi seri dalam filem ini. Lagi-lagi adengan Sakinah kena rasuk sampai panjat pokok bagai tu memang seram. Selain dari Maya, penampilan Mawi sebagai Ustaz Azhar juga menarik perhatian Momi. Watak Ustaz Azhar dibawa dengan baik sekali oleh Mawi. Selebihnya kesemua pelakon membawa watak dengan baik sekali.

Keseluruhannya, Munafik 2 mampu membuat anda rasa insaf seketika. Bukan sekadar filem seram tetapi penuh dengan unsur islamik yang patut kita jadikan teladan bersama. Banyak sebenarnya nak cerita tapi Momi rasa lebih baik anda menonton sendiri di panggung wayang. In shaa Allah berbaloi. Semoga Syamsul Yusof buat sambungan untuk filem Munafik ini. Dengarnya akan ada Munafik 3 nanti. Sama-sama kita nantikan ya!

p/s : Tahniah team Munafik 2 kerana berjaya mengutip sebanyak 21.6 Juta dalam masa 4 hari tayangan. Terbaik!

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG
Poster Filem Munafik 2 2018 Download  | Filem Munafik 2 2018 Subtitle | Filem Munafik 2 2018  Synopsis | Filem Munafik 2 2018 Malay Subtitle | Filem Munafik 2 2018  Torrent | Review Filem Munafik 2 2018  | Barisan pelakon Filem Munafik 2 2018  |  Review Filem Munafik 2 2018  Bahasa Melayu | Review Filem Munafik 2 Malay | Filem Munafik 2 2018 Online Streaming | Filem ke-2 Munafik

إرسال تعليق

4 تعليقات

‏قال Illya LeYa
Wahhh..ranking yg tinggi diberi.. Memang nak kena tonton ni
‏قال Mrs. A
Satu lagi positif reviews lagilah tak sabar nak pegi tengok ni hahahaa...
‏قال Nurul Syahirah
yeahhhh.. munafik 2 memang best ! tapi tak seseram munafik 1.. banyak pengajaran yang disampaikan..
‏قال Cik Ash
wahhh bila la nak g tengok ni... tak sabar tengok sambungan yang pertama