Wiko Tommy 3 - Smartphone Multi-tasking Yang Trendy & Youthful !

Wiko Tommy 3 - Smartphone Multi-tasking Yang Trendy & Youthful !

Wiko Tommy 3 - Smartphone Multi-tasking Dengan Harga Mampu Milik ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Rasanya zaman sekarang satu smartphone tak cukup untuk Blogger seperti Momi. Mana taknya, setiap hari kena update blog dan sosial media. Masa sedang update tu mesti Whatsapp masuk, notifikasi sosial media masuk, jadi satu smartphone tak cukup untuk Momi. Nasib baik Momi jumpa satu smartphone untuk jadikan smartphone kedua iaitu 'Wiko Tommy 3' dari Wiko Mobile.

Wiko Tommy 3 - Smartphone Multi-tasking Yang Trendy & Youthful !

Banyak kelebihan sebenarnya jika jadikan 'Wiko Tommy 3' sebagai smartphone kedua. Untuk Momi, ia lebih memudahkan urusan email dan Whatsapp. Bukan apa, kadang-kadang bila nak fokus semasa edit gambar menggunakan aplikasi pasti perlukan fokus sepenuhnya. Momi tak suka sebenarnya bila notifikasi masuk, mesti akan terus buka dan lupa nak edit gambar haha. Selain itu, ia juga memudahkan Momi ketika buat Live di aplikasi 'Live Stream'. Dengan smartphone kedua, boleh buat dua kerja dalam satu masa. Best kan?

Wiko Tommy 3 - Smartphone Multi-tasking Yang Trendy & Youthful !

Apa itu Wiko Tommy 3?
Terlebih dahulu, Wiko Mobile merupakan smartphone keluaran Perancis dan jenama ini masih baru dan bakal menempah nama di pasaran dunia. Wiko Mobile mula beroperasi pada tahun 2011 di Selatan Perancis dengan harapan dapat menghasilkan produk yang memudahkan kehidupan seharian manusia. Kehadiran "Wiko Tommy 3" sememangnya memudahkan kehidupan seharian mereka yang sibuk terutamanya Blogger dan Influencer. Menariknya, anda boleh dapat sebuah smartphone yang memiliki ciri yang menepati kehendak masa kini seperti :
- 18:9 Format Widescreen
- 5.45" IPS Display
- 4G LTE
- 16GB ROM (Expandable via MicroSD)
- 8MP Rear Camera & 5MP Selfie Flash Front Camera
- Camera Features (Auto-HDR, Live filter, Face beauty and more)
- Android 7.1 (Nougat)
- Dual SIM

Wiko Tommy 3 - Smartphone Multi-tasking Yang Trendy & Youthful !

Selain itu, 'Wiko Tommy 3' didatangkan dalam empat variasi warna iaitu Cherry, Anthracite, Gold dan Bleen. Variasi warna untuk Wiko Tommy 3 ini nampak berkualiti, 'trendy' dan 'youthful'. Keistimewaan yang ada pada Wiko Tommy 3 ialah ia memiliki paparan yang lebih besar dan bentuk padat, memiliki kelajuan RAM yang baik, imej yang menarik dan memiliki kesan khas dan boleh menggunakan split screen dengan baik.

Wiko Tommy 3 - Smartphone Multi-tasking Yang Trendy & Youthful !

Harga Wiko Tommy 3
Jangan terkejut ya, dengan ciri seperti diatas anda boleh milikinya dengan harga RM499. Tak percaya? Sila percaya ya! hehe.

Wiko Tommy 3 - Smartphone Multi-tasking Yang Trendy & Youthful !

Promosi Ramadan Wiko Tommy 3
Sempena bulan yang mulia ini, Wiko bermurah hati untuk mengadakan promosi istimewa sempena Ramadan. Menariknya Wiko telah mengurangkan harga Wiko Tommy 3 ke RM329! Wow! Sememangnya berbaloi kepada mereka yang sedang mencari smartphone kedua. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk mendapatkan free gift seperti iRing, Headphone dan Selfie Stick (sementara stok masih ada) jika anda membeli dengan pengedar yang sah.

Promosi Ramadan Wiko Tommy 3 ini bermula 15 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018. Anda boleh beli sekarang dengan pengedar yang sah iaitu Lazada, Shopee, Wiko Malaysia dan ada waranti selama 120 hari (terma & syarat). | Wiko Tommy 3 - Smartphone Multi-tasking Dengan Harga Mampu Milik ! 

Wiko Tommy 3 - Smartphone Multi-tasking Yang Trendy & Youthful !

Untuk maklumat lanjut mengenai Wiko Tommy 3 dan juga produk keluaran Wiko, sila layari laman web rasmi Wiko. Jangan lupa ikuti Wiko di Facebook dan Instagram untuk perkembangan terkini dan promosi.

#wikomobilemy #wikoTommy3 #wikoraya 

Post a Comment

2 Comments

iam.umifuzy said…
murah jugak tuu
Shafyqah Azahar said…
cantiklah body phone ni hahaha kena kumpul duit ni buat phone kedusa