Pra-Pelancaran Komik Edisi Istimewa Lawak Kampus & Boboiboy Galaxy : Superior !

Pra-Pelancaran Komik Edisi Istimewa Lawak Kampus & Boboiboy Galaxy : Superior !

Pra Pelancaran Komik Edisi Istimewa Lawak Kampus & Boboiboy Galaxy : Superior ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Peminat komik Lawak Kampus dan siri animasi Boboiboy Galaxy siap sedia! Kadokawa Gempak Starz dan Animonsta Studios Sdn Bhd bakal hadir dengan sebuah komik edisi istimewa 'LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR' pada Ogos 2018 nanti. Majlis Pra Pelancaran komik ini telah diadakan pada 26 Mei lalu di Atria Shopping Gallery. 

Pra-Pelancaran Komik Edisi Istimewa Lawak Kampus & Boboiboy Galaxy : Superior !

Kadokawa Gempak Starz mencari kerjasama dengan pemaju industri kreatif tempatan untuk menghasilkan komik istimewa dan signifikan buat peminat mereka. Mereka telah berkolaborasi bersama Animonsta Studios yang merupakan pemaju kandungan animasi tempatan popular untuk siri televisyen terkenal, 'BoboiBoy' untuk menghasilkan komik istimewa bersama 'Lawak Kampus'.

Pra-Pelancaran Komik Edisi Istimewa Lawak Kampus & Boboiboy Galaxy : Superior !

Dalam penghasilan komik edisi istimewa ini, artis komik 'Lawak Kampus', Encik Keith Chong bersama 10 artis komik Kadokawa Gempak Starz berkerjasama dengan tiga orang artis komik dan dua orang penulis dari Animonsta . Momi rasa teruja apabila 'crossover' karakter komik dan animasi digabungkan. Sure gempak!

Pra-Pelancaran Komik Edisi Istimewa Lawak Kampus & Boboiboy Galaxy : Superior !

Sempena menyambut ulang tahun ke-15 'Lawak Kampus', para peminat 'Lawak Kampus' berpeluang untuk hadirkan diri ke Atria Shopping Gallery bermula 21 Mei 2018 sehingga 24 Jun 2018 untuk mengambil gambar bersama pelbagai paparan kreatif yang mempamerkan sentuhan budaya tempatan Malaysia. Sempena pra-pelancaran ini merangkumi sesi soal jawab media bersama CEO Kadokawa Gempak Starz, Encik Chris Yew, artis komik 'Lawak Kampus', Encik Keith Chong, CEO Animonsta Studios, Encik Nizam Razak dan Chief Content Officer Animonsta Studios, Encik Anas Abdul Aziz.

Pra-Pelancaran Komik Edisi Istimewa Lawak Kampus & Boboiboy Galaxy : Superior !

Para peminat 'Lawak Kampus' dan 'BoboiBoy' yang hadir pada majlis pra-pelancaran ini berpeluang untuk buat pesanan awal (pre-order), yang terhad kepada 1,000 salinan sahaja. Menariknya mereka yang buat pesanan awal akan menerima hadiah eksklusif dan berpeluang mendapat autograf artis komik sesama sesi autograf.

Pra-Pelancaran Komik Edisi Istimewa Lawak Kampus & Boboiboy Galaxy : Superior !

Harga Komik Edisi Istimewa 'LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR'
Untuk pengetahuan anda, komik edisi istimewa 'LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR' ini dijual pada harga RM25.00 dan ia tersedia dalam bahasa Melayu yang hanya akan dijual secara eksklusif di kedai buku Popular bermula 31 Ogos 2018.

Pra-Pelancaran Komik Edisi Istimewa Lawak Kampus & Boboiboy Galaxy : Superior !

Sinopsis 'LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR'
Perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung antara pelajar SMK Lawak Kampus dan SMK Pulau Rintis menjadi huru hara apabila kapa angkasa Adu Du mendarat di padang sekolah. Adu Du telah menjumpai Sfera kuasa berbahaya yang boleh mengancam keselamatan, namun tiba tibai ia melancarkan kuasanya! 

Sedang semua orang sibuk selamatkan diri, Cikgu Noodle dan Ciciko tertangkap menyebabkan mereka lenyap sekelip mata. Alamak! Apa yang Vanness, Boboiboy, Froggy dan rakan rakan harus lakukan? Adakah Cikgu Noodle dan Ciciko terperangkap dalam dimensi misteri dibawa oleh Sphera kuasa? | Pra Pelancaran Komik Edisi Istimewa Lawak Kampus & Boboiboy Galaxy : Superior !

Tunggu apa lagi? Jangan lupa dapatkan ya komik edisi istimewa 'LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR' ini. Pasti akan rasa teruja dengan gabungan dua komik dan animasi ini. 

Post a Comment

0 Comments