Buffet Ramadhan 2018 - 'Joms Buka' Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "The Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "The Joms Buka" Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Pastinya anda sedang mencari tempat makan yang menarik untuk berbuka puasa nanti kan? Okay, apa kata anda berbuka puasa di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral. Nook membawakan kepada anda lebih dari 150 pilihan makanan termasuk masakan melayu, masakan kegemaran tempatan dan lebih hidangan antarabangsa yang bertemakan "Warisan Kampung".


Buffet Ramadhan 2018 - "The Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Sempena Ramadan 2018, Nook telah menampilkan 'Gerai-Gerai' untuk pilihan anda. Gerai-Gerai tersebut adalah seperti berikut; Kambing Golek Berempah Kuzi, Nasi Ayam dan Itik, Warung Satay, Bubur Lambuk Beratur dan air minuman istimewa sepanjang Ramadhan  - Air Bandung, Calamansi, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Kopi Hang Tuah, Jus Tebu, Date Juice dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Hidangan 'signature' yang pasti akan ada semasa Buffet Ramadan di Nook ialah 'Slow Braised Beef Rendang' atau "Rendang Daging'. Dimasak lebih dari 7 jam bersama garam, lada, kayu manis dan bunga lawang, pastinya akan membangkitkan selera anda untuk menikmati buffet Ramadan. 

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Selain dari itu, Nook juga menghidangkan sajian kegemaran semasa berbuka puasa iaitu Kari Daging Kentang, Ikan Masak Asam Pedas Melaka, Gulai Daging Tetel, Masak Lemak Telur Itik, Kepah Masak Lemak, Sayur Rampai Goreng dan banyak lagi. Hidangan ini dilengkapkan juga dengan seleksi nasi iaitu Nasi Putih, Nasi Hujan Panas dan Nasi Minyak Jagung.

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Bukan itu sahaja, malah Nook juga menghidangkan makanan yang selalu kita jumpa sesama Ramadan seperti Kerabu, Tauhu Sumbat, Gado Gado, Ulam-Ulaman, Murtabak, Roti John, Rojak Buah, Goreng Pisang, Cempedak dan Keropok Lekor. Selain itu, Joms Buka di Nook juga menampilkan hidangan masakan cina, india dan 'western' seperti Wok-fried Butter Milk Prawn, Sze Chuan Style Bean Curd with Minced Chicken, Laksa Sarawak, Lasagna, Smoked Barbecue Chicken Wings dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Paling penting, yang paling Momi cari masa Buffet Ramadhan ialah pencuci mulut. Di Nook, mereka menyediakan pelbagai pencuci mulut yang menarik seperti Kuih Muih Melayu, Sago Gula Melaka, Ais Krim Potong dan Air Batu Campur. Disamping itu, turut dihidangkan Pandan Crème Caramel, Berries Brownie Trifle, Marble Cheesecake Slices dan Water Chestnut Jelly with Strawberry Pearl.
  
Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadhan 2018 - "Joms Buka" Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Harga Buffet Ramadhan 2018 Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Menarik kan? Okay, Buffet Ramadhan 2018 di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral akan bermula sepanjang bulan Ramadhan 2018 iaitu dari 16 Mei 2018 - 14 Jun 2018 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam.  Harga Buffet Ramadhan Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral adalah seperti berikut :

  • Dewasa (Seorang) - RM138/ Nett

Early Bird Offer! 
Tempah awal untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral dari 1 April sehingga 15 Mei !

Beli Sebelum 15 Mei 2017 pada harga RM100 untuk 1 - 35 baucar, RM90 untuk lebih dari 36 baucar.
Promosi isttimewa untuk Joms Buka @ Nook juga masih dibuka semasa Ramadan berlangsung. Anda boleh menikmati sehingga 20% diskaun dengan menggunakan kad kredit Maybank, CIMB, Citibank and HSBC untuk 10 orang dalam satu masa.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Buffet Ramadhan Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral , sila hubungi +60 327231188 atau sila layari Laman Rasmi - Aloft KL Sentral , Facebook Aloft KL Sentral dan Instagram Aloft KL Sentral.


Terima Kasih Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral  !

إرسال تعليق

1 تعليقات

‏قال adarain
tak sabar nak Ramadhan boleh makan buffet nanti. hahaha