Tomb Rider - Movie Review

Tomb Rider - Movie Review

Tomb Rider - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem yang bergenrekan aksi dan pengembaraan iaitu filem "Tomb Rider". Filem Tomb Rider ini merupakan filem 'reboot' dari video game yang dikeluarkan pada tahun 2013 dengan nama yang sama dan dikeluarkan oleh Warner Bros. Pictures. Filem ini mula ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan telah mendapat review yang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Tomb Rider 
Filem Tomb Rider ini mengisahkan tentang Lara Croft adalah anak seorang penjelajah yang hilang ketika ekspedisi ke sebuah pulau terpencil. Beberapa tahun selepas kehilangan ayahnya, Lord Richard Croft , Lara telah memulakan ekspedisinya sendiri untuk mencari ayahnya selepas beliau menemui pita rahsia dalam bilik ayahnya. Dapatkah Lara jumpa apa yang dicari?  (Trailer Tomb Rider)
Filem yang berdurasi selama 1 Jam 58 Minit ini merupakan arahan Roar Uthaug. Ia membariskan pelakon seperti Alicia Vikander, Walton Goggins, Daniel Wu, Dominic West dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX.

Tomb Rider - Movie Review
Tomb Rider - Movie Review

Review Tomb Rider
Filem reboot dari video game? Sejujurnya Momi tidak pasti sama ada sudah menonton filem Tomb Rider lakonan Angelia Jolie, sebab tak ingat hehe. Okay, Jalan ceritanya boleh dikatakan okay sahaja. Memfokuskan pada perkembangan watak Lara Croft dan 'flashback' bersama ayahnya.  Filem ini banyak juga menghidangkan adengan aksi yang best. Yang menariknya ada beberapa plot twist berlaku dipertengahan cerita cuma pada penghujungnya masih banyak persoalan yang bermain diminda penonton. Untuk watak utama, "Lara Croft" yang dibawakan oleh Alicia Vikander boleh dikatakan okay sahaja. Kalau Alicia boleh mantapkan lagi susuk badan dan karakternya pasti watak Lara Croft sangat menyinar dan gah gitu.

Keseluruhannya, sebuah filem 'reboot' yang okay sahaja untuk ditonton, sekadar hiburan gitu. Bagi anda peminat video game Lara Croft, pasti anda akan rasa berbaloi menonton filem ini dilayar perak. Seperti yang Momi nyatakan di atas, terdapat beberapa persoalan yang tergantung. Mungkin mereka nak buat sambungan ke nanti? Kita sama-sama tunggu ya!


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG
Poster Tomb Rider 2018 Download  | Tomb Rider 2018 Subtitle | Tomb Rider 2018  Synopsis | Tomb Rider 2018  Malay Subtitle | Tomb Rider 2018  Torrent | Review filem Tomb Rider  2018  | Barisan pelakon Tomb Rider 2018  |  Review filem Tomb Rider 2018  Bahasa Melayu | Review Tomb Rider 2018  Malay | Tomb Rider 2018 Online Streaming

إرسال تعليق

0 تعليقات